ATOM
ATOM
Jisim terbentuk dari zarah-zarah atom. Zarah atom terbentuk dari apa?
Kata ATOM adalah berasal dari istilah Yunani yg bermakna benda yg paling kecil, paling halus dan tidak boleh dibelah lagi. Pada asalnya ia adalah merupakan satu kata filosofi shj tanpa pembuktian secara saintifik. Tetapi pada 1800+ pakar sains telah dapat membuktikan kebenaran teori zarah yg paling halus itu, tetapi ia bukanlah zarah yg tidak boleh dibelah. Zarah yg paling halus itu pula terdiri dari 3 bahan utama iaitu proton, neutron dan elektron. Inilah 3 bahan utama yang membentuk jisim.
Secara filosofi, apabila kita melihat sesuatu jisim, atau mass, apa yang kita lihat ialah ENERGY atau tenaga. Tenaga itu pula adalah tidak lain melainkan SIFAT semata-mata. Semuaa benda yg kita boleh sentuh dan lihat itu adalah tenaga pada hakikatnya dan tenaga itu pula adalah SIFAT. Dari yg paling bawah lapisan bumi yang 7, hingga ke atas 7 petala langit, semuanya adalah tenaga dan tenaga itu adalah sifat.
Pakar sains tidak berhenti mengkaji untuk mengetahui sifat atom atau jisim itu, hingga akhirnya mereka dapat membuktikan bahwa jisim yang dibentuk oleh koleksi atom adalah sebenarnya masih boleh dihancurkan hingga musnah. Apa yang terhasil dari kemusnahan jisim ialah tenaga atom, atau tenaga nuklear yg sangat kuat. Formula persamaan jisim dan tenaga itu telah dijumpai oleh Albert Einstein, iaitu E=mass X C x C . C adalah kelajuan cahaya.. Kelajuan cahaya ialah 299,792-458km/saat.
So the energy equivalent of one gram (1/1000 of a kilogram) of mass is equivalent to:89.9 terajoules25.0 million kilowatt-hours (≈25 GW·h)21.5 billion kilocalories (≈21 Tcal) [33]85.2 billion BTUs[33]or to the energy released by combustion of the following:21.5 kilotons of TNT-equivalent energy (≈21 kt) [33]568,000 US gallons of automotive gasoline
Berapakah kuantiti tenaga di dalam 1gm jisim?
Ia mengandungi 21.5 kiloton TNT atau sama dengan tenaga yg terhasi dari 568,000 gelen US gasoline!
Cahaya dan nyala api juga adalah sifat. Bunyi yg kita dapat dengar adalah tenaga dan ia adalah sifat. Haba adalah tenaga dan ia adalah sifat. Tenaga letrik sudah barang tentu adalah tenaga, dan ia adalah sifat. Semuanya itu adalah sifat, tetapi telah dibentuk, difesyen menjadi cahaya, nyala api, electromagnet dan jisim. Kemudian semuanya itu diberi aturan yang tertentu yang dipanggil SUNNATULLAH. Dalam bahasa sains moden sekarang adalah hukum fizik.
DARI MANA DATANGNYA SEMUA ITU
Dari mana dan siapakah sumber atau punca kesemua sifat yg begitu hebat itu. Siapakah ZAT yg empunya segala sifat itu? Apabila ada sifat, sudah tentu SIFAT itu adalah manifestasi dari ZAT. Sudah tentulah ZAT yang pasti wujud itu adalah ZAT ALLAH, yg tidak sama dengan hakikat keujudan semua makhluk yg fana ini !
Allah itu wujud dan kewujudannya adalah sebenar-wujud. Kewujudan makhluk pula adalah bagaikan fatamorgana, kerana hakikatnya makhluk itu adalah manifestasi dari sifat KUASA ALLAH jua. Apabila cahaya matahari menyinari gurun yg panas, udara yg panas di atas gurun itu membentuk seakan-akan air ditengah padang pasir, padahal ia hanyalah udara panas semata-mata. Ada tetapi tiada, tiada tetapi ada.
Dengan ilmu Allah yg Maha Hebat, dibentuknya tenaga menjadi atom, atom membentuk jisim, jisim membentuk alam, terhasil juga tenaga elektromagnetik, cahaya, nyala api dll, maka terbentuklah alam kasar ini yg terikat dengan peraturan yg begitu rumit, dan menyeluruh.. TIDAKLAH KAMU LIHAT PADA PENCIPTAAN AL RAHMAN ITU SESUATU YG TIDAK SEIMBANG. LIHATLAH PADA KALI KEDUA, PASTI MATAMU AKAN TERTUNDUK DENGAN LEMAH...
TERCENGANG
Dari mana datangnya kami ini? Begitulah minda mereka tercengang kehairanan memikirkan akan hakikat keujudan alam dan dan diri mereka sendiri. Sebahagian dari mereka itu akhirnya dapat menemui hakikat kebenaran asalnya penciptaan yg hebat ini, dan kebanyakan yg lain pula telah terpesong, engkar dan mungkir! Mereka tidak dapat menemui sejarah asal penciptaan sekalian makhluk ini. Pemikiran mereka menjadi bercelaru dan bingong seperti orang konyol. Mereka gagal untuk menyingkap rahsia diri mereka, padahal jika mereka berjaya menemuinya, tentulah mereka akan dapat mengenali betapa besar dan hebatnya Yang Maha Pencipta itu.
Dengan interaksi kesemua barang ciptaan itu terbentuk jugalah kejadian yg menghairankan, iaitu masa dan tempat. Dan terbentuk juga jiwa-jiwa makhluk yg menghairankan.. mampu berfikir dan mampu mempunyai kehendak dan keinginan.
Comments
Post a Comment