KHUTBAH JUMAAT DAN HIKMAHNYA

KHUTBAH JUMAAT DAN HIKMAHNYA

Hari ni khatib baca khutbah dengan suara yg sekejap perlahan dan sekejap nyaring . Terkejut kejut sidang jemaah , terjaga dari tidur .

Setiap peraturan dlm agama ada hikmahnya yg tersendiri . Hikmah berarti sesuatu rahsia berharga disebalik sesuatu yg zahir . Begitu juga larangan berkata2 ketika khutbah jumaat . Berkata , " diam !  Shj pun dah dilarang , tetapi kenapa ?

Ialah untuk menutup peluang orang2 dari berkata2 walau dengan apa2 alasan sekalipun .

Kenapakah berkata2 ketika khutbah itu dilarang ?

Supaya kita sendiri dapat memberi perhatian kpd khutbah tersebut dan supaya tidak mengganggu sidang jamaah yg lain .
Apa yg penting sangat dengar khutbah tu ?  Adakah semata2 kerana kalau tak dengar khutbah maka kita tak akan dapat apa pahala ?

Itulah yg dikatakan syariat , iaitu peraturan2 yg diturunkan agar kita manusia mendapat faedah dari hikmah2nya .

Sekarang , bagaimana pula orang yg ketika khatib berkhutbah dia tertidur , berkhayal , mengumpat kahatib atau penulis khutbah di dalam hatinya shj , atau dia berfikir2 akan apa yg akan dilakukannya selepas jumaat nanti ?

Dengan itu berarti beliau itu sudah tidak mendapat apa2 kesan dari nasihat2 yg disampaikan oleh si khatib , dan itulah hikmat sebenar dari tujuan khutbah , iaitu memberi nasihat dan pengajaran.

Sekarang , khatib membaca nasihat , bukan memberi nasihat ..

Apabila kita menjalani syariat disertai dengan merebut hikmat2 dari syariat itu , in sya Allah kita akan berjaya .

Al-Jumu'ah : 2 - هُوَ الَّذِى بَعَثَ فِى الْأُمِّيِّۦنَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ ءَايٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتٰبَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِى ضَلٰلٍ مُّبِينٍ

Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Apabila kita tafsirkan hikmah sebagai sunnah , apa macam ?

“ Sungguh, Kami telah memberikan hikmah kepada Luqman supaya dia bersyukur kepada Allah. Barangsiapa yang bersyukur maka sesungguhnya dia telah bersyukur untuk dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang kufur, sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.” (Luqman : 12)

Ayat ini sudah menerangkan apakah itu hikmah .

Di dalam ayat ini , hikmah dibayangkan sebagai  kebijaksanaan yg dapat menerbitkan rasa syukur kpd Allah .

Manusia selalu tafakur atas pemberian2 Allah , maka Allah pun memberinya kebijaksanaan bhwa dia mesti bersyukur kpd Allah .  "  Tidakkah semestinya aku menjadi hamba yg bersyukur ?  Sabda Nabi saw kpd isteri tercintan  S. Aishah .

Nabi yg ummi , yg tidak dapat menulis atau membaca tulisan , telah dibangkitkan untuk :

1 ) membacakan ayat2 Allah
2 ) menyucikan hati dan jiwa manusia
3 ) mengajarkan al kitab , walaupun baginda sendiri seorang ummi . Baginda mengajar manusia cara membacanya dan memahami maksudnya
4 ) mengajar hikmah atau kebijaksanaan .

Sudahkah kita mengkaji hikmah atau kebijaksanaan yg diajarkan oleh Rasulullah saw , ataukah kita hanya memerhatikan kpd hukum hakam shj ? Kita buat yg disuruh dan tinggalkan yg dilarang ?  Sedangkan diutuskan Rasulullah saw itu atas 4 perkara ???

Al-Baqarah : 21 - يٰٓأَيُّهَا النَّاسُ اعْبُدُوا رَبَّكُمُ الَّذِى خَلَقَكُمْ وَالَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa,
Kita beribadat kpd Allah setiap hari . Bermacam2lah ibadat yg kita lakukan . Apa hikmah atau kebijaksanaan yg dibuahkan oleh ibadat2 tadi ?

Buah dari ibadat itu ialah sebagaimana yg diserukan oleh pak khatib jumaat :  ittaqullah , ittaqullah !!
Ittaqu = peliharalah olehmu /  kamu peliharalah

Kamu peliharalah hubungan mu dengan Allah dan peliharalah perintah2Nya .

Apabila anda masuk ke 1 negeri , ada 2 perkara yg anda mesti buat .
1 )  Baguskanlah hubungan baikmu dengan Raja negeri itu
2 )  Patuhilah semua perintah2 Raja atau undang2 negeri

Ramailah orang hanya patuh kpd undang2 Raja , tetapi malangnya mereka tidak jaga hubungan baik dengan Raja negeri itu , sedangkan raja itu suka dikenali dan disembah .

Manusia diciptakan untuk mengabdi kpd Allah swt .

Janganlah ingat bhwa mengabdi itu sekadar mengerjakan apa yg disuruh . Inti kepada pengabdian ialah menjaga hubungan dengan Raja . Hubungan dengan Raja ialah konsentrasi .  Konsentrasi ialah ingat kpdNya dengan sepenuh penumpuan .

Kerana itulah seseorang akan mendapat dari solat itu setakat mana dirinya ada dlm solat itu . Kalau tubuhnya solat , sedangkan dirinya ada di pasar 100% , apakah yg dia dapat ?

Buah dari solat ialah taqwa , dan takwa itu ialah pelihara .

Sabda Rasulullah S.A.W :“ Sukakah kamu akan diberitahu sebaik-baik amalan kamu dan sebersih2nya di sisi Tuhan kamu, paling tinggi darjat kamu, lebih baik dari mendermakan emas dan perak, lebih baik dari kamu menetak leher musuh dan mereka menetak leher kamu ? Para sahabat menjawab : Bahkan .  Baginda bersabda:   Zikrullah.    ( HR Tarmizi dan Ibn Majah ).

Sabda Rasulullah SAW:   “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka,   dan mereka juga memotong leher kamu!”   Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.”    (Hadis riwayat Al- Baihaqi )

Telah mendahuluilah  orang-orang “Mufarridun”, Sahabat bertanya: Siapakah Mufarridun itu ya Rasulullah? Nabi menjawab: Orang-orang yang banyak ingat Allah, laki-laki, maupun perempuan (H.R. Muslim – Shahih Muslim II hal 467, & 1100 Hadits Terpilih/Qobasum Min Nuri Muhammad SAW hal 80 ) .

Dan selalu saja Jibril menasihatkan kepadaku agar ingat ALLAH, sampai saya kira suatu ucapan tidak bermanfaat kecuali disertai ingatan kpd Allah  (H.R. Jabir bin Abdullah Al-Anshariy r.a., Nashoihul Ibad/Nasehat Penghuni Dunia hal 209)

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:  “Tiada pernah anak Adam mengamalkan suatu amalan yang lebih selamat baginya daripada seksa Allah selain berzikir kepada Allah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Al-Ahzab : 41
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
Hai orang-orang yang beriman,  ingatlah Allah dengan ingatan yg  sebanyak-banyaknya.

Setelah banyak tahun Nabi Muhammad saw membina taqwa , akhirnya sudah sangat baguslah hubungan mereka dengan Allah , maka Nabi saw telah dimikrajkan untuk mendapat perintah solat 5 waktu .

Sabda baginda daripada sahabat Abu Hurairah ra : Maksudnya: “tidak ada suatu kaum yang berdiri meninggalkan suatu majlis padahal mereka itu belum sempat berzikir kepada Allah ta’ala di majlis itu melainkan mereka berdiri (meninggalkannya) adalah (mereka) seperti bangkai keldai dan bagi mereka itu kekecewaan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lainnya dengan Isnad shahih)

Maksudnya : ‘Barangsiapa yang duduk pada suatu tempat, sedang dia tiada berzikir kepada Allah pada tempat itu, adalah baginya kurang daripada Allah. Barangsiapa yang berbaring pada suatu tempat pembaringan, sedang dia tiada berzikir kepada Allah adanya, adalah baginya kurang daripada Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Maksudnya: “tiada duduk suatu kaum pada suatu majlis, sedang mereka tidak berzikir kepada Allah dan tidak berselawat kepada Nabi, melainkan ke atas mereka kurang . Jika Allah menghendaki , mereka disiksa dan jika Dia menghendaki , mereka diberi pengampunan.” ( HR Ath-tirmidzi , hadis Hassan)

Apa yg perlu kita fahami ialah , apakah maknanya berzikir ?  Adakah makna berzikir itu kita membaca tasbih , tahmid dan tahlil ?  Bagaimana jika bacaan itu tidak disertai ingatan , dapatkah dikatakan zikir juga ?  Bukankah makna zikir itu ingat ?

Begitu juga solat . Ayat 14 Surah To Ha  kita disuruh "  dirikanlah solat untuk ingat Aku ( li zikry = untuk ingat aku ) .

Bagaimana jika solat itu dilakukan oleh tubuh jasmani , sedangkan hati dan jiwa tidak ingatpun pada Allah ?  Di mana zikirnya kalau begitu ??

Comments

Popular Posts