ANTARA DUA DARJAT

ANTARA DUA DARJAT

Apabila qiamat sudah menjelma , bumi bergoncang dengan sedahsyat2nya , gunung2 pun tercabut , berterbangan dan hancur menjadi debu . Ketika itu manusia akan terbahagi kpd 3 golongan iaitu golongan kanan , golongan kiri dan orang2 yg dahulu mendahului yg dipanggil juga sebagai golongan muqorrobin .
Al-Waqi'ah : 7-10
وَكُنتُمْ أَزْوٰجًا ثَلٰثَةً
dan kamu menjadi tiga golongan.
فَأَصْحٰبُ الْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحٰبُ الْمَيْمَنَةِ
Yaitu golongan kanan. Alangkah mulianya golongan kanan itu.
وَالسّٰبِقُونَ السّٰبِقُونَ
Dan orang2 yg amat mendahului
أُولٰٓئِكَ الْمُقَرَّبُونَ
Mereka itulah yang didekatkan kepada Allah.
Golongan yg terbaik ialah golongan yg ketiga itu , iaitu golongan muqorrobin . Bagaimana mereka dapat mencapai kedudukan itu ?  Sudah pastilah dengan berlari sekencang2nya dalam pertandingan melakukan kebajikan , sehingga mereka menjadi yg terbaik di kalangan yg terbaik . Merekalah juara2 dalam kebaikan ,  jauh mendahului peserta2 yg lain .
Bilangan mereka tidak ramai sangat , majoritinya terdiri dari ummat yg terdahulu dan sebahagian kecil pula adalah dari kalangan ummat yg kemudian .
At-Taubah : 100
وَالسّٰبِقُونَ الْأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهٰجِرِينَ وَالْأَنصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُم بِإِحْسٰنٍ رَّضِىَ اللَّهُ عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ وَأَعَدَّ لَهُمْ جَنّٰتٍ تَجْرِى تَحْتَهَا الْأَنْهٰرُ خٰلِدِينَ فِيهَآ أَبَدًا ۚ ذٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
Orang-orang yang terdahulu mendahului dan terawal dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan ikhsan , Allah ridha kepada mereka dan merekapun ridha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.
Mereka itulah di antara contoh muqorrobin . Mereka itu mendahului dalam ilmu dan iman , dididik oleh Rasulullah saw , mereka beribadat dan berjihad dengan sebaik2nya di bawah asuhan baginda , hingga mereka menjadi orang2 yg berjaya . Mereka itu diseru oleh Allah swt dengan sebutan yg mesra " wahai orang yg beriman " .

Antara dua darjat !
1 ) Antara golongan kanan dan Muqorrobin

Apa yg menjadi persolan ialah , apakah perkara yg membuatkan mereka dapat berlari begitu kencang sekali ?? 
Apakah perbezaan mereka dengan kita ??  Adakah mereka lebih berilmu , yg menjadikan amalan mereka lbh berqualiti berbanding amalan kita ??  Ataukah mereka membanyakkan amal sebanyak2nya , sehingga kerana umur mereka yg panjang , maka menjadilah mereka itu sebagai orang2 muqorrobin ?  Kita fikirkan ini semua kerana sudah semestinya kita semua ingin menjadi muqorrobin , iaitu yg terbaik di sisi Allahh swt .
Apakah sebenarnya perkara yg menyebabkan ummat Islam terbahagi kpd 2 golongan itu , iaitu golongan kanan dan golongan muqorrobin ? 

2 ) Antara sudah islam dan sudah beriman

Di lain ayat pula disebutkan 2 golongan , iaitu orang yg diterima sebagai orang Islam tetapi belum benar2 beriman dan orang yg diterima sebagai orang yg beriman .
Al-Hujurat : 14 -16
قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah islam ', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ ءَامَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِۦ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجٰهَدُوا بِأَمْوٰلِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِى سَبِيلِ اللَّهِ ۚ أُولٰٓئِكَ هُمُ الصّٰدِقُونَ
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka itulah orang-orang yang benar.
قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَمَا فِى الْأَرْضِ ۚ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Katakanlah: "Apakah kamu akan memberitahukan kepada Allah tentang agamamu, padahal Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang di bumi dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu? "
Apakah maksud wajaahadu bi amwalihim waanfusihim ?
Wajahadu = berjihad , berjuang , berusaha dengan sangat sungguh2 dgn mengharungi segala kesukaran
Amwalihim = harta2 mereka
Anfusihim = diri2 mereka , jiwa2 mereka .
Apabila seseorang itu berusaha bersungguh2 dgn mengharungi segara kesukaran2 ,  dengan harta benda dan diri , kerana Allah semata2 , maka dari segi syariat mereka sudah termasuk kedalam golongan yg berjihad dgn harta dan jiwa . Janganlah pula kita beranggapan jihad dengan jiwa itu semestinya dengan senjata api ! Tersilaplah anda jika begitu !

3 ) Antara islam dan ihsan

Ada pula hadith Nabi Muhammad saw yg menyebutkan tentang kedatangan malaikat Jibril sebagai seorang manusia yg berpakaian serba putih kepada kumpulan sahabat2 Nabi saw yg sedang berkumpul bersama2 baginda saw . Hadis tersebut agak panjang , dan di sini aku tuliskan terjemahannya shj .
Maksudnya:  Daripada Saiyidina ‘Umar Radhiallahu ‘anhu beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia duduk menghampiri Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:  Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.  Lalu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Ilah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau.Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.
Dia bertanya:  Terangkan kepadaku tentang Iman. Baginda bersabda:  (Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para Malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.  Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. 
Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan. Baginda bersabda: Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu.
Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Kiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Kiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. 
Kemudian Baginda bertanya: Wahai ‘Umar!  Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?  Aku berkata: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.  Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.  (Hadis riwayat al-Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasa’i, Abu Dawud Ibn Majah dan Ahmad, musnad ).

4 ) Antara juhala dan ulama'
Fatir : 27 - 28
أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجْنَا بِهِۦ ثَمَرٰتٍ مُّخْتَلِفًا أَلْوٰنُهَا ۚ وَمِنَ الْجِبَالِ جُدَدٌۢ بِيضٌ وَحُمْرٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهَا وَغَرَابِيبُ سُودٌ
Tidakkah kamu melihat bahwasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَآبِّ وَالْأَنْعٰمِ مُخْتَلِفٌ أَلْوٰنُهُۥ كَذٰلِكَ ۗ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمٰٓؤُا ۗ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.
Al-Baqarah : 269
يُؤْتِى الْحِكْمَةَ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِىَ خَيْرًا كَثِيرًا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُولُوا الْأَلْبٰبِ
Allah menganugerahkan al hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).
At-Taubah : 122
وَمَا كَانَ الْمُؤْمِنُونَ لِيَنفِرُوا كَآفَّةً ۚ فَلَوْلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرْقَةٍ مِّنْهُمْ طَآئِفَةٌ لِّيَتَفَقَّهُوا فِى الدِّينِ وَلِيُنذِرُوا قَوْمَهُمْ إِذَا رَجَعُوٓا إِلَيْهِمْ لَعَلَّهُمْ يَحْذَرُونَ
Tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam ilmu agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
Al-Mujadilah : 11
يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوٓا إِذَا قِيلَ لَكُمْ تَفَسَّحُوا فِى الْمَجٰلِسِ فَافْسَحُوا يَفْسَحِ اللَّهُ لَكُمْ ۖ وَإِذَا قِيلَ انشُزُوا فَانشُزُوا يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجٰتٍ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Hai orang-orang beriman apabila dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Selain dari itu ada banyak sekali hadis2 dan nasihat sahabat Nabi saw berkenaan ilmu :
Daripada Abu Darda’ radiallahuanhu berkata: Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:  Barangsiapa yang menyusuri jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya Malaikat meletakkan sayapnya untuk menaungi penuntut ilmu kerana redha atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan di laut. Kelebihan seorang alim berbanding seorang abid ialah ibarat rembulan kepada bintang-bintang yang lain, Sesungguhnya para ulama ialah pewaris nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ilmu, barangsiapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar. HR Abu Daud dan At-TIrmizi .
Daripada Muawiyah radiallahuanhu berkata: Rasulullah i bersabda:  Barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan baginya, maka Allah akan menjadikan dia faham dalam bidang agama. HR Bukhari dan Muslim .
Berkata Muaz bin Jabal: “Tuntutlah ilmu, sesungguhnya menuntutnya kerana Allah adalah satu bentuk ketakwaan, mencarinya adalah ibadah, mengulangkajinya adalah tasbih, mengkajinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, menyampaikannya kepada ahlinya adalah mendekatkan diri kepada Allah. Dia adalah teman kala keseorangan dan sahabat ketika bersendirian.”
Daripada Anas radiallahuanhu berkata: Rasulullah saw bersabda:  Barangsiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, maka dia di dalam sabilillah sehinggalah dia pulang . HR At-Tirmizi .
Wah ! Sudah jelas kelihatan bhwa di akhirat nanti , secara kasarnya darjat orang2 Islam akan terbahagi dua . Majoritinya adalah darjat baik , dan minonoritinya pula dapat mencapai tahap yg tertinggi . Tetapi persolannya tetap sama , iaitu apa yg menentukan darjat mereka itu , dan bagaimana golongan yg tertinggi dan hampir dengan Allah swt dapat mencapai tahap tersebut ??

Pada 1 hari Aishah ra telah bertanya kpd Rasulullah saw , " Darjat di akhirat nanti akan ditentukan oleh ilmu ataukah amal mereka ?  Apabila Rasulullah saw menjawab ilmu , maka Aishah bertanya lagi , "  Bukankah darjat mereka itu ditentukan oleh amalan mereka ? "  Seterusnya Rasulullah saw menerangkan dengan cara menyoal kembali : Bukankah amal itu mengikut ilmunya ??

Dari kisah tadi maka sudah fahamlah kita bhwa sememangnya amalan seseorang itulah yg membawa kepada darjat di akhirat nanti , tetapi amalan itu pula adalah mengikut setakat mana ilmu mereka . Sebagai contohnya di dunia ini , umumnya pendapatan kita adalah mengikut pekerjaan kita dan pekerjaan pula mengikut ilmu yg kita ada . Pekerjaan yg lbh baik datangnya dari ilmu yg lbh baik juga , dan pekerjaan yg kurang baik adalah datang dari kurangnya ilmu .

Seseorang itu dapat mencapai darjat yg tinggi , samaada dengan gelaran muqorrobin , mukminin , mukhsinin atau ulama'  adalah bermula dengan ilmunya atau lbh tepat lagi kefahaman dalam agama .  Tetapi ilmu itu pula hendaklah diterjemahkan kepada amalan pula , bukannya ilmu yg mandul !!  Itulah sebabnya Rasulullah saw pun menyebutkan , " Barang siapa yg Allah hendak berikan kebaikan kpdNya maka diberiNya faqehu fiddeen       ( faqeh dalam agama ) . HR Bukhari dan Muslim dari Muawiyah .

Comments

Popular Posts