ASAL KEJADIAN, NUR MUHAMMAD, INDERA BATIN DAN DIMENSI ALAM
ASAL KEJADIAN, NUR MUHAMMAD, INDERA BATIN DAN DIMENSI ALAM
Nur Muhammad
Ada satu hadith Nabi saw yg dipertikaikan kesahihan periwayatannya berkaitan Nur Muhammad . Ia dipertikaikan kerana masaalah pada perawinya ( sanad ) , bukan pada isi ( matan ) . Hadis itu ialah tentang Nur Muhammad sebagai penciptaan yg pertama , dan semua makhluk Allah yg lain diciptakan dari Nur Muhammad . Beginilah kupasannya :
Yg mula dicipta adalah Nur Muhammad = Nur yang terpuji dari Nur Jamal Allah SWT . Nur Jamal Allah bukanlah zat Allah , bukan WajahNya . Nur Jamal bermakna cahaya keindahan .
Nur Jamal Allah adalah sifatNya . Sifat tidak semestinya melekat dengan zat . Ada sifat yang tidak melekat dengan zatnya . Contoh : besi yang panas membara , sifat panasnya itu dapat dirasakan oleh jari kita walaupun jari itu jauh dari besi . Begitu juga panas matahari . Sewaktu Jibril mikraj bersama nabi , Jibril tidak dapat melepasi satu tahap kerana tidak mampu bertahan dengan NurNya . Dari Nur yg indah inilah diciptakan makhluk tahap pertama iaitu dipanggil Nur Yang terpuji . Kenapa terpuji? Kerana ia kenal kepada Allah dan berIman kpdnya . Nur terpuji ini terus menerus bertasbih kepada Allah dan mentauhidkan Allah .
Dari makhluk yg pertama inilah diciptakan segala makhluk yg lain , samada arasy , kursy , malaikat , jin , manusia , langit , bumi , jiwa etc . Artinya , tubuhnya segala makhluk tersebut di bentuk dari Nur Muhammad , kerana itu tubuh makhluk itu sentiasa bertasbih kepada Allah , tanpa kecuali , samada makhluk yang taat atau yg maksiat , tubuhnya sentiasa bertasbih kepada Allah .
Nur Muhammad itu masih ujud dan terus bertasbih kepada Allah . Cara mengetahuinya ialah buka indra batinmu dan teruslah dengar semua tasbih2 dari sekalian makhluk itu
Al-Hadid : 1 سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ Semua yang berada di langit dan yang berada di bumi bertasbih kepada Allah (menyatakan kebesaran Allah). Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. .
Itulah Nur Muhammad yg bertasbih . Meja itu dicipta dari Nur Muhammad , maka ia terus menerus bertasbih , tetapi hanya dapat didengar oleh telinga hati , bukan telinga kasar ni . Tetapi kebanyakan telinga hati sebenarnya telah tumpul kerana terlampau lama tidak digunakan..
Tetapi biasanya telinga hati kanak2 masih sangat baik . Begitu juga , telinga batin orang yang hampir meninggal dunia akan dapat melihat tempatnya kelak samada bahagia atau celaka . Indra batin orang yg berbakat juga sangat baik , walaupun mereka bukan ahli ibadat . Mungkin atas faktur keturunan .
Mengkaji indera batin adalah serupa macam sains diri kita sendiri yang jika kita faham dan tahu tekniknya maka ia sangat berguna dalam kehidupan . Ilmu mata batin , bagaimana kaedah yang betul menggunakannya dll bukanlah syariat . Ia adalah salah satu alat dalam kehidupan kita ini yg dapat membantu membaiki agama kita . Contoh2 lain alat yang semacam ini ialah handphone yang berguna untuk mendengar bacaan al Quran , mendengar azan dan sumber bacaan dan video dan sebagainya .
Janganlah terus menuduh orang yang percaya kepada konsep Nur Muhammad tu semuanya sesat . Ia adalah perbezaan pendapat . Ada yg kata hadis itu daif , tetapi percaya kepada konsep Nur Muhammad tadi tidaklah menjadikan seseorang itu musyrik selagi ia tidak menjejaskan ubudiah atau tauhid kepada Allah . Yg salah itu ialah apabila dikatakan Nur Muhammad di ciptakan dari Zat Allah !
Ada juga orang yg berfaham bahwa diri batinnya ialah Nur Muhammad atau Nur terpuji . Oleh sebab itu , dia tidak akan diazab di hari hari akhirat nanti . Dia berhujah , masakan Allah akan mengazab Muhammad yg terpuji . Ini pun fahaman yg salah . Disebabkan fahaman sebegini , penganutnya beranggapan tidaklah ada apa2 bahaya jika mereka melakukan maksiat kepada Allah kerana hakikatnya mereka adalah Nur Muhammad . Allah sudah menyatakan dgn jelas bahwa di akhirat nanti ada orang yang bahagia dan ada orang yg celaka .
Indera batin
Indera batin dinamakan juga ilmu kasyaf ghaib , iaitu indera untuk melihat atau mengesan alam yang lebih tinggi dari alam dimensi ke4 atau alam jisim . Indera batin ini boleh dipelajari dan mungkin juga datang secara spontan sahaja , maksudnya indera batin tanpa belajar .
Alam dimensi non-material yang bebas dari rupa dan bentuk yang didiami oleh jin adalah sukar untuk ditembusi oleh manusia yang terbatas oleh sempadan alam material. Ada ketikanya di mana manusia itu sama ada dengan sengaja atau tak sengaja boleh melepasi sempadan yg memisahkan kedua2 alam ini. Dlm keadaan yang tak bersedia, seseorang itu boleh jadi sasau & sukar mengawal keadaan dimana dia tidak punya persediaan ilmu atau pengalaman untuk berhadapan dan memahami apa yg berlaku di alam dimensi yang lain .
Contoh lain terbukanya indera batin tanpa proses belajar ialah seperti apa yg dilihat dan didengar oleh orang yg hampir mati , ketika cerebral cortex menjadi lemah kerana kekurangan bekalan darah dan zat makanan atau ia telah di kuasai oleh emosi yg terangsang di limbic system. Pada waktu itu ia akan melihat dan mendengar bermacam2 perkara seperti gangguan alam jin dan penglihatan alam malakut . Berbagai2 penyamaran syaitan boleh terjadi ketika itu. Ketika itu minda analisis pun tidaklah setajam ketika dia sihat . Orang yg baik sewaktu kehidupan didunia , Insya Allah akan di bantu oleh Allah .
Diriwayatkan bahawa Imam Ahmad pada saat berada dalam sakaratul maut terdengar mengucapkan, “Menjauhlah, menjauhlah!” Tatkala dia bertambah pulih, ditanyakanlah kepadanya tentang hal itu. Imam Ahmad pun berkata, “Sesungguhnya syaitan menggigit hujung jariku seraya berkata, ‘Wahai Ahmad, kau lepas dariku!’”
Orang yang memang dah belajar bab ini mungkin menghadapi saat itu dengan lbg mudah , tetapi semuanya itu dengan izin Allah jua . Kita hanya berusaha ..Allah yang menentukan..
Dimensi alam
Alam masyarakat jin dan iblis itu dipanggil dimensi ke3 , tetapi ia ada bentuk dan warna . Ada bau , ada cantik ada hodoh . Tetapi ukuran tidak rigid spt di alam dimensi ke4 , iaitu alam kita ni .Dimensi ke2 ialah alam ke malaikatan . Ia lebih tinggi dari darjat dimensi ke3 iaitu alam jin , iblis , bunian , jembalang , hantu raya etc
Dikatakan dimensi kerana darjat alam ni .
Dimensi pertama ialah alam ketuhanan dipanggil alam lahut. Ia Esa , tapi bersifat infiniti .Dimensi ke SATU adalah yg mencipta . Ia tidak terikat dengan masa dan tempat , mlh masa dan tempat juga adalah ciptaanNya .Dimensi satu itu adalah : tiada barang sesuatu pun yg bersamaan dengan Nya . Ayat 4 surah al Ikhlas . Dimensi ke 1 itulah yang benar2 mempunyai hakikat keujudan . Yg ke 2 hingga 4 itu dicipta oleh dimensi pertama .
Keujudan makhluk , hidup makhluk , melihat dan mendengar makhluk , nafas makhluk adalah semuanya bergantung kepada Allah , yg diistilahkan sebagai DIMENSI PERTAMA .
Lihat ..ini makhluk dimensi ke 4
M = mass atau jisim , jisim kelihatan sebagai satu zat yg ujud , tetapi ..
E = energy , adalah tenaga atau kekuatan , atau daya = adalah suatu sifat
Dan E = M x C xC
atau Mass/ jisim adalah bersamaan dengan Tenaga / kelajuan cahaya diganda 2 .
Jadi mass atau jisim kita dan alam ni , bukankah hakikatnya hanyalah energy atau tenaga yang dimampatkan oleh Yang Maha Pencipta hingga menjadi atom2 yg tidak terkira banyaknya ??
Dimensi 1 itulah as Syomad , iaitu zat pergantungan makhluk , yang mana makhluk itu adalah sifatNya .
Dari manakah asalnya semua tenaga ini , yg dimampatkan menjadi jisim alam kasar yg begitu luas terbentang kalau bukan energy yg berasal dari Allah atau kepunyaan Allah ? Bukankah kita kata : tiada daya dan upaya melainkan kepunyaan Allah atau pada Allah SWT . La haula wala quwwata illa bilLah ?
Sekalian atom yang bisa ditukarkan menjadi tenaga yg begitu besar yg tidak terukur besarnya oleh kita , dan segala tenaga yg memang berupa tenaga spt tenaga kinatik , elektromagnet , tenaga pada gelombang , haba dsbnya adalah hakikatnya Sifat ALLAH jua , tiada yg lain .
Tetapi , dari tanah kita diciptakan , dan kita di berikan jiwa yang merupakan gabungan akal , angan2 dan hawa nafsu , dan dibekalkan penglihatan , pendengaran sebagai indera pencerapan , dan fuad / qolbu sebagai raja.
Janganlah kita mengatakan kita diciptakan dari zat DIA .Atau Nur Muhammad di cipta dari Zat DIA . Atau oleh kerana batin manusia itu dicipta dari Nur Muhammad , maka ia tidak akan diazab jika melakukan maksiat . Atau kita ini pada hakikatnya ialah ZAT ALLAH . Semua itu adalah salah dan tersesat . Kita adalah makhluq yang di ciptakan oleh ALLAH . Kita diuji Allah untuk dilihat siapa yg lebih baik amalnya ( Surah al Mulk : 2 ) . Tugas kita ialah mengabdi kepada Allah swt ( as Zariat : 56 )
saya pulangkan apa sahaja yg saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya, isteri saya dan anak anak saya. saya sekeluarga ambil yg Haq semata-mata tiada yg lain dulu kini dan selamanya
ReplyDelete