USLUB DAKWAH UMUM

Apa yg saya tulis itu adalah pesanan umum dalam bidang dakwah. Ia dipanggil uslub dakwah. 1  tajuk besar dalam Islam

Walaupun apa yg kita terima dlm hal2 agama itu betul, tetapi nak menyampaikannya kena ikut suasana dan kemampuan si penerima

Oleh sbb yg membaca diskusi sufi adalah umum, maka tulisan saya adalah umum

Kita kena pandai pertimbangkan samaada yg akan kita viralkan itu sesuai atau tidak. Itu mesti kita buat.

Dalam berdakwah, nabi Muhammad saw juga pertimbangkan ikut suasana dan tahap ummat.

Perintah menyampaikan walau 1  ayat tadi  adalah perintah nabi bahawa ajaran2 baginda kena disampaikan atau disebarkan. Jangan disembunyi2kan. 

Tetapi ini bukan bermakna berdakwah itu tidak ada uslub atau sistem atau cara

Contoh dakwah yg sesuai untuk semua peringkat ialah

1. Ajakan supaya mencintai Allah

2. Supaya takut kpd Allah

3. Supaya pelihara hak2 Allah

4. Supaya pelihara ingatan kpd Allah

5. Supaya ingat kpd kematian

6. Supaya ridha dan tawakkal kpd Allah

7. Supaya jangan berlebih2an mencintai dunia

8. Supaya menjaga hak2. Hak diri sendiri, orang lain dan hak Allah

9. Macam2 lagi

Dalam dunia dakwah sekarang ini, orang suka viralkan hukum hakam agama.

Dalam aspek hukum hakam , kita kena fikirkan juga tentang hal yg kita viralkan

Apakah ia perkara usul atau furuk ?

Adakah ia perkara ijmak, diterima oleh jumhur, atau khilafiah yg tak de hujungnya ?

Apakah kita sudah faham pembahagian dorruriat, hajjiat dan takhsiniat dalam hal2 agama ?

Adakah ia sesuai untuk semua peringkat orang yg menerima mesej kopipes kita ?

Adakah ia membawa kpd penyelesaian atau menambah bingung dan konflik ummat ?

Adakah ia sesuai dengan uslub dakwah ?

Comments

Popular Posts