ISLAM, IMAN, IKHSAN
Dalam 1 hadis sahih yg panjang, diriwayatkan Jibril as telah datang bertemu Nabi Muhammad saw dengan menjelma dlm bentuk manusia biasa.
Tuajuannya untuk mengajar agama kpd sahabat2 Rasulullah saw, tetapi pengajaran2 Jibril terhidang dalam bentuk soalan2 yg kemudiannya dijawab oleh Rasulullah saw.
Kedatangan Jibril tersebut adalah pada tahap yg kemudian.. yg mana Islam telah berkembang dan sistem hidup Islam sudah hampir lengkap.
Ada 3 istilah penting yg ditanyakan oleh Jibril as ialah : apa itu ISLAM, IMAN dan IKHSAN
3 ISTILAH ini adalah sangat penting. Disebut di dalam al Qur'an dan diturunkan Jibril as sengan khusus untuk mengajarkannya kpd sahabat2 Rasulullah saw.
3 istilah ini bukanlah rahsia lagi kpd kita. Ramai orang hafal, tetapi yg lbh penting ialah memahaminya, kerana apabila Allah mahu memberi sesorang itu kebaikan yg banyak, maka diberinya pengertian yg mendalam akan agama.
3 istilah ini adalah istilah2 berkenaan tahap2 penghayatan agama ...
Istilah yg pertama, iaitu ISLAM.
Ia adalah kepatuhan kpd perintah2 Allah, yg mana yg menjadi tunggak utamanya ialah apa yg terkandung di dalam rukun Islam.
Apabila kita telah patuh kpd semua rukun tersebut, maka kita telah PATUH kpd PERINTAH2 yg asas.... tetapi sudah tentu masih banyak lagi peraturan2 lain yg wajib kita patuhi.
Istilah 'ISLAM' di dalam konteks ini adalah kepatuhan kpd perintah2 Allah. Almarhum guru saya menyebutnya sebagai baik hubungan dengan PERINTAH.
Istilah kedua selepas ISLAM ialah IMAN.
Sabda Rasulullah saw : Iman ialah engkau percaya kpd Allah, malaikatNya, Kitab2Nya, utusan2Nya, hari kiamat dan engkau percaya kpd kadar baik dan buruk.
Iman bermakna percaya.
Setelah iman tadi benar2 masuk ke dalam hati... orang tersebut digelar MUKMIN (orang yg percaya). Kalau ramai, panggilannya mukminin/mukminun
Kalau Islam merupakan kepatuhan, iaitu amalan luaran... Iman pula adalah urusan hati.
Semakin mendalam keimanan di hati kita, maka semakin baguslah keislaman kita.
Biarpun amalan keislaman kita sama, tetapi keimanan telah menambah qualiti pada keislaman kita.
Artinya, kelebihan yakin di hati tadi telah berjaya menambah markah keislaman kita, walaupun amalan luaran kita masih kelihatan tidak berubah...
Yang saya hendak tekankan di sini ialah penglibatan kerja hati telah memberi kelebihan, walaupun amalan luarannya sama.
Untuk lbh jelas, lihat surah Al-Hujurat : 14
قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
Di tahap pertama, orang itu hanya patuh dengan iman yg ikut-ikutan atau iman yg belum benar2 masuk ke hati, dan orang itu belum bergelar mukmin sebenar..
Di tahap kedua, imannya telah benar2 masuk ke hati.. dan menimbulkan kesan2 yg mungkin hanya orang itu sahaja yg merasainya. Di tahap kedua ini, orang tersebut telah mencapai tingkat mukmin sebenar.
Ada orang yg berkata : Yang penting ialah iman dan amal... iaitu pecaya kpd rukun2 iman dan seterusnya beramal dengan membanyakkan KEPATUHAN kpd PERINTAH2.
Akan tetapi, ayat 14 surah alHujurat tadi menonjolkan keutamaan memasukkan IMAN KE DALAM HATI.
Dengan masuknya iman ke dalam hati, orang itu akan bertukar dari MUSLIM (orang yg patuh perintah) kpd MUKMIN (orang yg benar2 percaya atau orang yg iman telah masuk ke hatinya).
Orang yg mencapai tingkat Mukmin ini dijanjikan kejayaan oleh Allah... bilangannya sangat kecil, dan ciri2nya ada disebutkan di dalam al Qur'an.
Kalau di tahap MUSLIM.. penghayatan amal islamnya masih sering kacau bilau, ditahap MUKMIN, amalannya sudah mantap.
Gangguan riyak dan ujub yg sering mengganggu hati MUSLIM sudah hilang dari si MUKMIN.
Kelalaian dan kurang ingat kpd Allah telah berganti kpd ingatan yg berpanjangan dan hati yg selalu khusuk.
Amalan yg sukar untuk dipegang oleh si MUSLIM spt kerap membuang masa dengan melakukan amalan yg tiada nilai di sisi Allah bertukar kpd amalan yg sentiasa ada harga di sisi Allah.
Permainan spt dam aji, main chess dan lain2 yg menyebabkan HATI lupa kpd Allah dihentikannya. Dia anggap lalai dari ingat Allah sebagai keburukan dan dia berusaha untuk ingat Allah dalam semua situasi..
Orang Mukmin ini bukan hanya menjaga kepatuhan luaran, tetapi hatinya selalu dijaga agar TETAP DALAM KEADAAN ADA HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Dengan arti kata lain, dia bukan hanya baik hubungan dengan perintah2 Allah, TETAPI si Mukmin itu juga menjaga sebaik-baiknya HUBUNGAN HATI DENGAN ALLAH.
Comments
Post a Comment