TANDA TAUBAT

Apa tandanya orang yg benar2 bertaubat ?

Inilah soalan almarhum guru saya ketika kami dlm perjalanan utk makan angin di JB. Saya jarang menyampaikan pesanan ini kerana saya rasa segan.. maklumlah, saya sendiri belum mampu melakukannya dengan baik.

Ada sahabat yg jawab :  Berhenti dari melakukan maksiat/dosa.

Tetapi kata guru : Engkau segera mendirikan solat setelah sampai waktunya...

Jika difikirkan sepintas lalu, jawaban guruku itu seakan2 spt kurang tepat.

Tapi, cuba fikirkannya sekali lagi... Kita akan nampak logikanya..

Kalau sekadar solat awal waktu tanpa konsentrasi atau khusuk, memanglah ia bukan tanda orang yg bertaubat.

Taubat itu sendiri bermakna BALIK atau KEMBALI

Perkataan yg serupa dengan taaba yatubu ialah rajaa yarjiu dan 'ada ya'uudu. Semuanya bermakna balik.

Pertama, kita balik mentaati Allah dari melakukan maksiat kpd Nya. Ini adalah natijah dari mendirikan solat kerana sesungguhnya solat itu mencegah dari keji dan mungkar jika ia didirikan secara zahir dan batin.

Tetapi jika hanya zahir diri kita sahaja yg solat, sedang batin kita pergi makan angin, memanglah tak berkesan solat kita itu.

Solat akan berkesan hanya jika ada penyertaan batin.

Di antara yg batin itu ialah hati kita... jika hati ikut solat, hati kita akan berubah jadi baik. Dengan itu solat adalah enjin kpd taubat yg sebenar2nya..

Kedua ialah balik kerohanian, dengan perasaan, perjalanan kerohanian. Iaitu mendekat kpd Nya secara kerohanian dengan harapan menjadi orang yg hampir kpd Allah.  Allah ialah tempat kembali  (MUNIIB)

Kedua bentuk KEMBALI  ini perlu ada pada diri orang yg bertaubat, barulah taubatnya berkesan pada dirinya.

Jadi.. segera mendirikan solat apabila sampai waktunya sudah mencakup arti taubat yg sebenarnya.

Comments

Popular Posts