MENGINGATI KEMATIAN
Enak rasa duduk2 lewat petang begini sambil merehatkan tubuh yg penat.
Entah berapa petang lagi kita akan berada di muka bumi ini...
Suatu saat nanti kita akan tinggalkannya
Samaada kita akan berada di alam yg tinggi dengan penuh kebahagiaan
Atau berada di alam bawah yg rendah, sempit, gelap, sumuk dan tidak selesa
Pokok pangkalnya ialah apakah Allah sukacita dengan kita dan ampunkan dosa2 kita...
... atau Dia mahu kita tanggung kesalahan2 yg telah kita lakukan
Siapa yg tahu banyak mana kebajikannya, atau siapa di antara kita yg telah mendapat janji keamanan dari Allah ?
Kalau belum ada, atau tidak ada.. baiklah kita perbanyakkan ingatan kpd Allah dgn sepenuh konsentrasi
Niatkan lah ia kerana mengharapkan pertemuan dgn Nya, atau lakulanlah ia semata2 kerana Allah
Sesungguhnya telah mendahului orang2 yg menyendiri
Siapakah mereka itu , ya Rasulullah ?
Iaitu lelaki dan wanita yg banyak ingat kpd Allah
Ia itu orang2 yg ingat Allah dalam keadaan berdiri duduk dan baring,
Dan mereka memikirkan pada penciptaan langit dan bumi
Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia sia
Maha Suci Engkau
Selamatkan lah kami dari api ...
Sebab dada teringatkan dunia yg fana dan akan di pamitkan entah bila...
Tiada penyakit bukanlah jaminan jauhnya ajal kembali
Banyaknya wang juga tidak akan dapat menebus kita di sisi Allah
kerana semua itu akan kita tinggalkan untuk yg tinggal
Apakah kita mahu semua mujahadah kita hanya untuk kehidupan yg sementara di dunia ini ?
Tidakkah ia sangat merugikan kita ?
Lihai sekali dunia , syaitan dan hawa nafsu menipu kita
Hanya kerana sebiji pasir yg ibarat lamanya hidup di dunia ini manusia sanggup berhempas pulas
Sedangkan trillionan biji pasir di sahara yg luas terbentang itu adalah gambaran kehidupan akhirat. .. MALAH LEBIH LAMA LAGI
Comments
Post a Comment