PENYAKIT2 HATI

Al-Baqarah : 10

فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌۢ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.

Hati adalah semisal raja pada diri manusia. Jika ia berpenyakit maka akan jadi buruklah jiwa dan amalannya.

Kewujudan penyakit di dalam hati itu mungkin kita perasan dan mungkin juga tidak..

Mungkin kita tahu, tapi kita anggap ia bukanlah penyakit.

Mungkin juga kita kata yg ia adalah penyakit, tetapi kita anggap hanya ringan. Samalah spt pesakit diabetes yg menganggap ringan penyakitnya. Dia malas makan ubat dan kerap minum air bergula..

Ada luka di kakinya.. tapi dibiarkan melarat.

Dia tahu, tapi anggap ringan..

Akhirnya, dia kena septicemia, masuk ICU dan innalillah .... 😭

Bukankah masyarakat kita sekarang ini meringan2kan penyakit hati ? 

Kenapa orang2 kafir menolak untuk menerima Islam setelah jelas kpdnya semua dalil2 kebenaran ?

Puncanya ialah penyakit hati yg serius, iaitu hatinya sudah tertutup.

Kenapa pula hatinya sampai tertutup ?  Kerana sikap dan perbuatannya sendiri telah menutup hatinya....

Jika si kafir tadi bersikap lbh rasional dengan mahu memikirkan dan berusaha untuk menimbulkan rasa takut kpd Yang Maha Pemurah, tutupan di hatinya akan terbuka kembali.

Ada manusia yg sanggup menghabiska wang, masa dan tenaga untuk mendapat pelajaran yg setinggi2nya...

Tetapi dia tidak pernah mahu mengubati hatinya yg berpenyakit, padahal dia tahu

Apabila kita tahu bahawa di 1  hari nanti kita akan mati dan diadili oleh Allah di hari Kiamat, tetapi kita malas berusaha untuk bersedia.. itu bukti adanya penyakit hati...

Soal selanjutnya ialah, bagaimana kita dapat berusaha untuk bersedia menghadapi hari Kiamat, iaitu hari berdirinya manusia dan jin untuk di adili ?

1. Menanam benih cinta dan takut kpd Allah.

2. Membentuk hati yg sejahtera

3. Membanyakkan amal salih yg suci dari syirik dan benar syariatnya

4. Melakukan banyak investment untuk hari Kiamat.

5. Membanyakkan ingat kpd Allah kerana firmanNya,  " Ingatlah akan Daku maka Aku akan ingat kpdmu..

Apabila sampai hari Kiamat nanti.. ada orang yg membawa amal kebaikan yg banyak dan ada yg seciput sahaja.

Yang mula2 akan diperiksa ialah SOLAT.

Jika baik solatnya , maka baiklah seluruh amalannya yg lain.

Solat itu yg akan menjadi sandaran. Jika baik sandaran atau tiangnya, maka amalan2 yg lain tidak akan roboh.

Jika kita bijak, kita akan perbaiki SOLAT kita dahulu..

Contohnya: 

Kalau kita nk bermusafir meredah lautan, kita kena pastikan dahulu kapal laut kita itu baik.  Tak bocor, enjinnya baik, kemudinya baik, minyaknya cukup.

Jika kapal itu bagus, in syaa Allah kita akan sampai ke negeri seberang. Ketika itu, barulah ada gunanya barang2 yg kita bawa.

Kalau kapal kita tenggelam... sebagai ibarat SOLAT YG ROSAK/FASAD , maka semua barang2 yg kita bawa akan turut hilang...

Orang solat itu dengan TUBUH FIZIKAL, dengan BACAAN, dengan jiwa BATIN dan dengan HATI .

Jika kita tinggalkan salah 1 darinya, solat kita akan jadi KURANG.

Contohnya, kalau ketika solat, jiwa batin kita berada di tempat kempen pilihan raya, maka solat kita sudah rosak... Zahirnya sahaja kita patuh kpd Allah, tetapi batin kita tidak.

Seperti sebiji buah yg cantik kelihatannya, tetapi pahit rasanya. Semua orang tak mahu ....

Atau spt bunga yg indah, tetapi busuk baunya. Malaikat2 pun benci apabila melihat solat yg spt itu..

Seperti kata hadis yg bermaksud : Kamu akan mendapat dari solat itu sekadar mana dirimu ada di dalamnya.

Mungkin harta kita berjuta2. Anak kita ramai.. semuanya berjaya dlm bisnez.

Tetapi yg akan mula2 diperiksa ketika berdiri bogel di hari Kimat ialah solat.

Beruntunglah orang2 yg beriman, iaitu yg khusuk dlm solatnya (al Mukminun ayat 1 & 2 )

Comments

Popular Posts