ADAKAH ALLAH WUJUD ?
Adakah RABB pencipta alam ini benar wujud ?
Saya mendapat keyakinan ini ketika tahun 2 perubatan, iaitu pada tahun 1982.
Bagaimana keyakinan itu datang ?
Jutaan terima kasih kpd Allah yg takdirkan saya masuk fakulti perubatan . Sebenarnya pelajaran ilmu tubuh normal manusialah yg telah meyakinkan yg akan kewujudan Allah Azza wa Jalla.
Pada awal sesi tahun 2 , kami telah belajar tentang saraf manusia yg normal. Kami belajar anatomi, fisiologi dan biokimia.
Anatomi ialah pelajaran tentang struktor tubuh kita pada pandangan mata kasar dan di bawah mikroskop
Fisiologi ialah bagaimana struktor tubuh kita itu berfungsi.
Biokimia pula kajian di peringkat kimia... tentang unsur2 spt karbon, hydrogen, oksijen, dan molikul2 di dalam tubuh dan tindak balas kimia yg berlaku. Contohnya, bagaimana tindakbalas kimia yg berlaku dlm penghasilan tenaga dari glukos.
Setelah belajar teori tentang saraf manusia yg begitu ajaib dan kompleks.. kami telah diminta masuk ke dewan bedah jenazah yg sudah diawetkan. Semuanya jenazah yg tidak dituntut, spt jenazah yg dijumpai di tepi jalan.
Saya bersama 8 pelajar lain diperuntukkan 1 mayat.
Entah sbb apa, pensyarah suruh saya memulakan pemotongan.
Saya ambil pisau dan potong di bahagian ketiak kanan 1 mayat lelaki india.
Ketika melakukan pemotongan secara perlahan2 untuk mengkaji brachial plexus itulah saya berfikir tentang kewujudan Allah
Alangkah hebatnya sistem saraf manusia...
Bagaimana anatomi, fisiologi dan biokimia terangkum dalam tindak balas sistem saraf yg sangat kompleks
Katakanlah jari kita tersentuh api. Hujung saraf rasa yg khusus untuk mengesan panas akan terangsang.
Akan berlaku 1 proses kimia dan fisiologi... iaitu berlaku keluar masuk ion2 dan pergerakkan cas letrik yg melompat dari satu ruas ke ruas yg selanjutnya pada exon saraf.
Adanya lompatan2 cas tersebut akan mencepatkan lagi aliran letrik ke otak.
Sampai diotak, serta merta otak bahagian tafsiran rasa akan tafsirkan rasa panas api tersebut
Kemudian, akan berlaku arahan yg bagaikan reflex untuk menarik jari kita itu dari api .
Semua itu berlaku dalam tempoh detik sahaja...
Kenapa otak kita tidak silap tafsir... tangan kanan yg sentuh api dan tangan kiri yg ditarik ?
Atau bagaimana kalau aliran caj yg nk ke otak tadi terbabas ke kaki , apa nk jadi ?
Bagaimana kalau aliran cas2 ion kimia yg tak berakal tadi berhenti di tengah perjalanan, dan jari kita terbakar ?
Semua itu tidak terjadi sbb aturan sistem tubuh kita yg sangat sempurna. ..
Padahal setiap sel dan ion2 yg berfungsi tadi itu semuanya tidak ada akal.
Pandai sangat pula ia berlaku dengan sangat cantik
Bila saya fikirkan dgn lbh mendalam lagi... bagaimanalah agaknya fisiologi dan tindak balas biokimia yg berlaku di otak ketika sesorang berfikir tentang sains, matematik, falsafah
Ketika seseorang sedang mengalami emosi marah, sedih, malu..
Ketika seseorang sedang mencari memori yg berlaku 40 tahun dahulu di dalam otaknya...
Ketika seseorang sedang berpencak silat, menari, menyanyo dan melakukan kerja2 yg sangat jompleks..
MAKA YAKINLAH SAYA BAHAWA ALLAH PASTI WUJUD.
Comments
Post a Comment