KONSENTRASI DAN CAHAYA

Percaya atau tidak... ada kaitan diantara konsentrasi/penumpuan dengan cahaya/nur.

Ketika kita solat dengan sepenuh penumpuan di QOLBU kita, natijahnya ialah qolbu kita akan bercahaya.. bagaikan mentol yg menyala atau pelita yg terang.

Kenapa ?

Kerana kehadiran pelita berisi minyak zaiton di dalam qolbu itu.

Minyak itu sendiri sudah mengeluarkan cahaya walau tidak disentuh api.

Datangnya minyak zaitun itu dari pohon yg tidak di Timur atau di Barat, iaitu 1 pohon yg dilimpahi keberkatan.

Kenali, hargai dan syukurilah kewujudan minyak zaiton istimewa ini.

Jangan diabaikan kehadirannya

Nyalakan ia dengan konsentrasimu ,  agar hatimu menjadi terang benderang

Agar engkau dapat pula menerangi alam semesta yg masih di dalam kegelapan.

Amiin

As-Sajdah : 9

ثُمَّ سَوّٰىهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦ ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصٰرَ وَالْأَفْـِٔدَةَ ۚ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalamnya Roh-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.

An-Nur : 35

اللَّهُ نُورُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكٰوةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلٰى نُورٍ ۗ يَهْدِى اللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ

Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Andainya kita sukakan cahaya, dan memohon cahaya dari Rabb kita, maka kita kena lakukan konsentrasi atau penumpuan.

Kerana apa ?

Kerana memang itulah jalannya atau uslubnya untuk mendapat cahaya.

Inilah fitrah untuk mendapat cahaya di dalam hati, di dalam diri dan di rumah kita, iaitu perlu ada konsentrasi.

Solat tanpa konsentrasi adalah gelap samar... tidak bercahaya, sebagaimana pelita tanpa api.

Rumah2 yg penghuninya solat dengan khusuk iaitu dengan sepenuh konsentrasi akan bersinar dengan terang benderang. Rumah2 yg bercahaya ini akan dapat dilihat oleh para malaikat di langit bagaikan bintang2. 

Sementara rumah yg penghuninya solat tanpa konsentrasi akan malap cahayanya. Tidak kelihatan apabila dipandang dari langit.

Comments

Popular Posts