APA YG KITA DAKWAHKAN ?

APA YG KITA DAKWAHKAN ?

Senang sangat jawabannya, iaitu Islam.

Tapi.. itu masih sangat umum sbb Islam itu sangat luas.

Sedangkan orang Arab Badwi yg sudah Islam pun Allah masih sebutkan kekurangannya :

Al-Hujurat : 14

قَالَتِ الْأَعْرَابُ ءَامَنَّا ۖ قُل لَّمْ تُؤْمِنُوا وَلٰكِن قُولُوٓا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمٰنُ فِى قُلُوبِكُمْ ۖ وَإِن تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُۥ لَا يَلِتْكُم مِّنْ أَعْمٰلِكُمْ شَيْـًٔا ۚ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Betul kita dakwahkan Islam...

Perbandingannya ialah kita bersekolah untuk menuntut  ILMU

Tentu luas maksudnya, kerana ilmu yg kita nk pelajari itu sangat luas

Ada pelajaran agama, sains, matematik dll

Pelajaran agama juga ada bermacam2 mata pelajaran.

Kemudian... targetnya ada target dekat dan jauh, khusus dan umum

Bersekolah juga bertujuan untuk mendidik jasmani, mental dan spiritual.

APA ITU ISLAM ?

Dr Abdul Karim Zaidan telah senaraikan beberapa definasi ISLAM

Semuanya berdasarkan ayat2 al Qur'an dan hadith Nabi Muhammad saw....

Setelah banyak tahun saya mengkaji agama Islam ini, alhamdulillah saya rasa saya sudah semakin faham, apa definasi Islam yg menyeluruh dan mencakup semua segi.

Pada saya Islam yg menyeluruh mestilah Islam yg meliputi aspek zahir dan batin diri kita.

Ia mesti meliputi aspek luaran yg dapat kitalihat, dan dalaman yg sukar dilihat.

Jadi, islam bukan hanya ketaatan fizikal, bacaan2 , kefahaman dan kepercayaan.

Dulu dulu ketika saya masih muda, begitulah yg saya fahami.

Ketika itu saya fikir Islam ialah kefahaman (fikrah) ,  kepercayaan yg betul, amalan yg jasmani kita kerjakan.. patuh dan mengabdi kpd Allah.

Memang dasar hidup PENGABDIAN ialah dasar hidup kita, sebagaimana yg disebutkan di dalam surah az Zariat ayat 56 yg bermaksud :  Tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kpd Ku.

Setelah saya belajar dgn 2  orang guru kerohanian, barulah saya sedar beberapa aspek lagi yg perlu diberi penekanan.

Kegagalan kita melayan aspek2 tersebut akan menjadikan pengabdian kita kurang atau cacat. 

Aspek2 itu ialah :

Aspek2 itu ialah

1. QOLBU atau HATI   ( yg ajaib)

2. NAFS atau JIWA BATIN  ( yg hakikatnya ialah diri kita yg sebenarnya, dan juga makhluq ajaib/pelik)

3. TAHAP2 ILMU YG LEBIH HALUS  (lbh  halus dari perintah dan larangan)

4. PERASAAN  atau ZUK/ZAUK

Comments

Popular Posts