GURU BERLATIH KONSENTRASI
Bagaimana almarhum guru saya bersedia untuk solat ?
Dia akan berada di masjid atau surau 30 minit sebelum masuk waktu. Dia akan duduk berkonsentrasi dengan khusuk.
Dengan cara itulah dia mencapai solat yg khusuk dalam tempoh 3 - 4 bulan selepas belajar ilmu konsentrasi.
Guru saya tu tak banyak belajar teori. Yg paling penting ialah konsentrasi atau penumpuan.
Selepas solat fardhu, dia akan berlatih konsentrasi lagi selama 30 minit sebelum balik rumah.
Sampai di rumah, latihan konsentrasi akan berterusan.... sebanyak yg dia mampu
Dia juga sering solat sunnat mutlak. Kalau dia solat sunnat, biasanya dia akan solat 2, 2 rakaat hingga berjumlah 40 , 50 rakaat.
Nampaknya saya pun tak mampu ikut disiplin dia.. Syukurlah Allah panjangkan usia saya untuk beramal dgn ilmu konsentrasi ini.
Alhamdulillah, solat saya sudah bertambah baik. Mampulah saya menumpu walaupun dlm situasi kurang sihat atau otak masih pening selepas periksa pesakit.
Kunci penyelesaian masaalah kurang khusuk solat ialah belajar ilmu konsentrasi, dan banyakkan latihan. Khusukkan hati dahulu baru takbiratul ihram, bukannya takbir dulu baru nak berlatih khusuk.
Comments
Post a Comment