SEKITAR USLUB DAKWAH
Assalamualaikum dan selamat menjalani kehidupan
Ketika mencapai usia 7 tahun, kanak2 akan dimasukkan ke sekolah rendah
Pada tahap itu, mereka terbahagi kpd 3 kumpulan :
1. Sangat cerdik ... mereka ini rasa tidak selesa dgn pembelajaran yg sederhana yg dilalui oleh kebanyakan pelajar2
2. Pelajar pertengahan ... mereka ini ada yg cerdik dan ada yg sederhana, tetapi mereka adalah golongan majoriti. Dalam peperiksaan, mereka mampu mendapat A B C D
3. Pelajar yg sangat perlahan ... oleh sbb mereka perlukan perhatian yg istimewa, mereka dipanggil pelajar istimewa.
Pada peringkat awal ini kemampuan dan potensi mereka dinilai oleh guru2.
Proses penilaian ini sangat perlu jika kita mahu mereka berjaya.
Silap penilaian, maka buruklah akibatnya...
Jika pelajar golongan ke 3 diajar secara golongan ke 2, dan kemudian dinilai pencapaiannya selepas 6 tahun, kemungkinan besar mereka akan gagal dengan teruknya.
Mereka gagal bukan kerana mereka tak cerdik, atau guru yg tak cerdik... tetapi mereka telah dimasukkan ke dalam sistem yg tidak sesuai.
Setiap murid yg dididik perlukan sistem yg tersendiri mengikut bakat dan kebolehannya.
Ketika usia 15 tahun, mereka akan dinilai kembali untuk dimasukkan ke aliran yg sesuai dgn bakat masing2
Dan apabila tiba waktu untuk ke kolej atau bidang2 yg bukan dibangku persekolahan.. mereka masih perlu memilih bidang2 yg sesuai dgn kebolehan masing2
Disinilah jelas kelihatan keindahan bidang pendidikan.
Guru2 diberikan bahan asas iaitu pelajar2 dan diminta mendidik mereka mengikut kebolehan masing2
Jika guru2 gagal mengenali kebolehan pelajar2nya, maka pendidikan mereka mungkin akan terencat atau pelajar tadi akan jadi pelajar yg gagal dalam kehidupan
Para pendakwah adalah guru2 kpd mad'u ...
Pendakwah bukan hanya menyeru, kerana asal perkataan dakwah ialah menyeru. Asal katanya sama dengan doa
Para pendakwah juga adalah murabbi, atau pendidik.
Bidang tugas murabbi ke arah Islam lbh luas dari guru2 sekolah
Tahap pertama dlm berdakwah ialah kita perbaiki diri kita dahulu.
Samalah macam kita nk jadi cikgu, kita kena bersekolah dahulu. Kita tak boleh terus mengajar murid sedangkan kita belum bersekolah.
Tak mungkin kita nak beri buku2 pada murid dan suruh mereka baca, sedangkan kita tak tahu pun samaada buku itu betul atau salah isi kandungannya.
Begitulah kita lihat di zaman ini, orang2 nk berdakwah dengan memviralkan perkara2 yg mereka sangka baik dan berfaedah, sedangkan mereka sebenarnya tidak mengetahui.
Alasan mereka ialah : Apa salahnya sebarkan maklumat2 atau info yg baik ?
Pelbagai info diviralkan melalui whatsapp.
Saya pun terima info2 tersebut.
Berkecamuk .... kalau ibarat nak dibuat rojak pun tak boleh..
Kalaulah kita ini merupakan murid2 atau penerima2 dakwah, memang boleh mabuk pusing kepala kita. Boleh muntah2 dan jatuh pengsan..
Dakwah kena ada sistem. Pendidikan ada sistem. Penyampaian ada sistem. Amar makruf nahi mungkar ada sistemnya.
Pada 1 hari ada seorang pesakit telah datang ke klinik saya untuk rawatan.. biarlah saya panggil dia Junaidi ( bukan nama sebenar )
Dia ada masaalah yg gawat. Dia seakan2 rasa macam no bunuh diri di sbbkan kebungungan
Bagaimana boleh jadi begitu ?
Beberapa bulan lepas, dia telah didakwahkan oleh sekumpulan orang dan ditakut2kan dengan kedahsyatan azab kubur dan neraka
Dia jadi amat takut... terlampau takut di luar kawalan
Si pendakwah pula tidak ada kontak dengan dia. Hanya seru dan tinggal. Sama macam kita tanam pokok dan tinggal.. tak ambil peduli apa yg berlaku pada pokok itu
Kalau pokok... ia mati, kita beli benih lagi... no problem
Apa yg Junaidi alami ?
Dia rasa di hadapannya ada parit berapi.. tak dapat nk melangkah !
Dada berdebar2. Nafas sesak. Sukar nk makan, bagaikan makanan sangkut di tekak. Hilang selera makan dan sukar tidur.
Akhirnya, dia dengar bisikan2 supaya bunuh diri. Supaya minum air panas dan bakar diri...
Kisah ini sudah lama terjadi dan detailnya tak berapa ingat. Tapi nama orang tersebut masih saya ingat, juga kampung di mana dia mendengar dakwah dan kampung dia tinggal
Pengajaran dari kisah di atas ialah : Sebelum kita berdakwah, cuba kenali orang yg kita dakwahkan.
Kedua, dakwah bukan hanya menyeru, tetapi juga mengajar ilmu dan membentuk ikut kebolehan setiap murid... Jadi kita kena rangkakan pendidikan yg sesuai dgn keperibadian setiap murid
Apa yg saya tulis itu adalah pesanan umum dalam bidang dakwah. Ia dipanggil uslub dakwah. 1 tajuk besar dalam Islam
Walaupun apa yg kita terima dlm hal2 agama itu betul, tetapi nak menyampaikannya kena ikut suasana dan kemampuan si penerima
Oleh sbb yg membaca diskusi sufi adalah umum, maka tulisan saya adalah umum
Kita kena pandai pertimbangkan samaada yg akan kita viralkan itu sesuai atau tidak. Itu mesti kita buat.
Dalam berdakwah, nabi Muhammad saw juga pertimbangkan ikut suasana dan tahap ummat.
Perintah menyampaikan walau 1 ayat tadi adalah perintah nabi bahawa ajaran2 baginda kena disampaikan atau disebarkan. Jangan disembunyi2kan.
Tetapi ini bukan bermakna berdakwah itu tidak ada uslub atau sistem atau cara
Contoh dakwah yg sesuai untuk semua peringkat ialah
1. Ajakan supaya mencintai Allah
2. Supaya takut kpd Allah
3. Supaya pelihara hak2 Allah
4. Supaya pelihara ingatan kpd Allah
5. Supaya ingat kpd kematian
6. Supaya ridha dan tawakkal kpd Allah
7. Supaya jangan berlebih2an mencintai dunia
8. Supaya menjaga hak2. Hak diri sendiri, orang lain dan hak Allah
9. Tentang persaudaraan
10. Tentang akhlak
Minggu dulu, saya pernah berbincang dengan teman2..
Apa yg kita nk ajarkan kpd non Muslim yg baru nk berkenalan dengan Islam atau baru mengucapkan 2 kalimah syahadah.
Bagi saya, ia perbincangan yg menarik. Apa yg saya kata di dalam perbincangan itu pun hanya pendapat saya sekadar kefahaman yg saya ada.
Ia mungkin betul, dan mungkin salah.
Ilmu agama sangat luas dan mendalam.
Kita kena sentiasa belajar
Dalam dunia dakwah sekarang ini, orang suka viralkan hukum hakam agama.
Dalam aspek hukum hakam , kita kena fikirkan juga tentang hal yg kita viralkan
Apakah ia perkara usul atau furuk ?
Adakah ia perkara ijmak, diterima oleh jumhur, atau khilafiah yg tak de hujungnya ?
Apakah kita sudah faham pembahagian dorruriat, hajjiat dan takhsiniat dalam hal2 agama ?
Adakah ia sesuai untuk semua peringkat orang yg menerima mesej kopipes kita ?
Adakah ia membawa kpd penyelesaian atau menambah bingung dan konflik ummat ?
Adakah ia sesuai dengan uslub dakwah ?
Berkenaan ijmak pula, siapakah yg melakukan ijmak itu ?
Kekadang ada orang yg mengatakan sesuatu hukum itu adalah ijmak, tetapi sebenarnya hanya pendapat sebahagian besar ulama di sesuatu negara atau ijmak ulamak dari mazhab yg tertentu
Tetapi jika kita sampaikan dakwah tentang penyucian hati atau perkara2 umum spt yg diajarkan Nabi Muhammad saw di Makkah, in syaa Allah masaalah2 di atas tidak akan timbul.
Comments
Post a Comment