SEDIKIT RENUNGAN PADA USIA
Assalamu'alaikum warga diskusi sufi sekalian.
Hidup kita di dunia ini tidak lama.. Kalau usia kita mencapai 80 tahun, maka kita akan anggap yg usia itu sudah merupakan bonus untuk.
Sebabnya ialah usia ummat Nabi Muhammad saw hanyalah lebih kurang 60an tahun.
Apakah sebenarnya tujuan hidup kita ?
Tidak lain dan tidak bukan ialah untuk ibadah kpd Allah.
Ibadah itu ialah pengabdian, iaitu berkhidmat bukan kerana bayaran.
Kita beribadah semata2 kerana Allah adalah Tuhan kita dan kita adalah hambaNya.
Apakah yg dikatakan ibadah yg benar dan yg diterima ?
Ibadah yg benar adalah sebagaimana yg diajarkan oleh Rasulullah saw dari al Qur'an dan wahyu2 yg baginda terima.
Semua yg diajarkan Rasulullah saw yg berasal dari wahyu adalah benar.
Sekiranya ada hadis yg palsu, ia bukanlah kerana ajaran Rasulullah saw yg tidak benar... tetapi kerana kelemahan orang2 yg meriwayatkan dan kelemahan kita yg mempelajarinya.
Kebenaran Islam tidak akan luntur disebabkan kepalsuan yg dibawa oleh penganut2nya.
Selain itu, ibadah akan menjadi benar hanya apabila kita IKHLAS kpd Allah.
Allah sudah berfirman
Al-Bayyinah : 5
وَمَآ أُمِرُوٓا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَآءَ وَيُقِيمُوا الصَّلٰوةَ وَيُؤْتُوا الزَّكٰوةَ ۚ وَذٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus, dan supaya mereka mendirikan shalat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.
Maksudnya, kita disuruh untuk
1. Menyembah Allah
2. Ikhlas dalam ketaatan dan beragama untuk Allah
3. Mendirikan SOLAT
4. Menunaikan ZAKAT
Semakin kenal manusia kpd Pencipta, maka akan semakin takutlah mereka kpd Nya.
Sabda baginda Rasulullah saw : Aku yg paling kenal Allah dan akulah yg paling takut kpd Nya.
Permulaan agama adalah mengenal Allah.
Semakin mendalam kenalnya kita kpd Nya, maka semakin baguslah kita beragama.
Kenal itu menimbulkan perasaan, iaitu CINTA dan TAKUT kpd Allah.
Cinta menimbulkan rindu, redha, taat, syukur, tawakkal dan selalu teringat kpd yg dicintai serta RINDU untuk bertemu dgn Nya.
Apabila sudah mantap makrifah kpd yg dicintai, maka tiadalah perkara lain yg diharapkan di dalam hidup ini melainkan PERTEMUAN dengan yg di RINDUI
Jika kita ingin bertemu dgn Allah, ada beberapa syarat yg perlu kita penuhi:
Kita perlu mengambil petunjuk2 dari NYA.
Tanpa berpegang teguh kpd hidayah dari Allah, mustahillah kita dapat sampai kpd Nya dengan selamat
Aliif laam Miim, itulah kitab yg tiada keraguan padanya PETUNJUK untuk orang2 MUTTAQIN ...
Ketika Allah perintahkan Nabi Adam alaihi salam untuk turun ke dunia, Allah sudah berfirman yg bermaksud : Turunlah kamu semua darinya, dan jika datang kpd kamu PETUNJUK dari Ku, lalu barangsiapa menurut petunjuk itu, maka tidak ada rasa takut dan dukacita ke atas mereka.
Di sinilah perlunya kita giat berusaha memahami perkara2 pokok di dalam al Qur'an, dan jangan terlampau tertumpu kpd perkara2 khilafiah.
Banyak perkara pokok di dalam al Qur'an yg perlu kita fahami dan hayati... Dengan meninggalkan perkara2 yg pokok itu, kita sudah melakukan kesalahan yg besar.
Perkara khilafiah pula berlaku kerana kelemahan manusia.
Di dalam amalan wudu dan solat itu sendiri pun sudah ada berpuluh2 perkara khilafiah.
Khilafiah ini sudah berlaku sejak zaman sahabat2 Raaulullah saw, tetapi kita tetap mengatakan ' radiallahu anhum '
Lalu, alangkah baiknya jika kita berlapang dada terhadap yg berbeza dgn kita dalam perkara cabang, dan kita tumpukan kpd perkara2 pokok dlm agama...
Permulaan agama ialah mengenal Allah
Apabila ditimpa bencana, ada orang yg tidak redha kpd takdir Allah itu.
Dalam berusaha, ada orang yg meninggalkan tawakkal
Dalam perjuangan hidup, ada orang yg tidak ada rasa ingin untuk bertemu dgn Penciptanya...
Mungkin dia seorang penceramah agama, tapi di dalam hatinya tiada rasa takut kpd Allah, bahkan dia lalai di dalam solat...
Semua itu adalah tanda kurangnya makrifah kpd Allah.
Bukan makrifah FIKIRAN , tetapi MAKRIFAH HATI
Comments
Post a Comment