KONSENTRASI DAN FAEDAH KPD UMMAT

Adakah amalan konsentrasi mampu mencetuskan penyelesaian PROBLEM UMMAT ?

Setelah saya mempelajari ilmu ini sekian lama, saya percaya amalan konsentrasi dengan kefahaman yg betul mampu mencetuskan penyelesaian masaalah ummat

1. Allah menyuruh : dapatkanlah pertolongan dgn sabar dan solat. Yg demikian itu sungguh besar/sukar kecuali pada orang2 yg khusuk

2. Praktik konsentrasi secara kesufian adalah alat untuk penyucian hati dan jiwa. Inilah salah 1 masaalah besar di zaman ini.

3. Ia juga adalah usaha untuk mencapai cinta dan takut kpd Allah. Banyak perlanggaran syariat adalah kerana tiada kedua2 rasa tadi.

4. Allah sudah berfirman yg bermaksud : Apabila kamu ingat kpd Ku, maka Aku akan ingat kamu.

5. Konsentrasi hati yg berterusan adalah magnet untuk mendapat taufik dan hidayah

6. Konsentrasi menghasilkan kelembutan hati. Mudah di tarbiah dan ditegur kpd kebenaran

7. Konsentrasi yg mendalam akan menjadi kunci ilmu untuk melihat kesilapan2 selama ini, termasuk tabiat mudah mengkafirkan sesama Muslim

8. Konsentrasi juga menimbulkan kefahaman dan kesedaran bahawa pertelingkahan tentang perkara2 khilafiah patut di tinggalkan. Ia hanya melemahkan ummat, menghitamkan hati dan mengotori jiwa

9. Masaalah murtad dan kelalaian pada agama juga dapat dicegah  dengan amalan konsentrasi. Bagaimana ?  Sudah tentu, kerana apabila kita ingat Allah, cahaya Allah akan menyinari akal dan hati kita

10. Konsentrasi adalah kunci untuk mencapai taqwa. Taqwa ialah urusan hati kerana Nabi saw bersabda : Taqwa itu di sini... maksudnya ialah hati atau dada. Jika ummat bertaqwa, Allah akan turunkan keberkatan kpd negeri ini

Cukuplah dulu... 10 macam

Comments

Popular Posts