GANGUAN SYAITAN

Ramai orang rasa takut kpd kerja syaitan melalui amalan sihir.

Saya cuma nk beri pandangan ... jangan takut kpd syaitan atau sihir.

Yang sebenarnya Allah lah yg berkuasa atas segala sesuatu.

Dia jugalah pelindung orang2 Mukmin. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kpd cahaya.

Operasi syaitan adalah di dalam wilayah kegelapan. Toghut adalah ajen syaitan.. mereka menarik orang2 kafir kpd kegelapan.

Masuklah ke dalam wilayah cahaya, kerana ia adalah wilayah orang2 Mukmin.. iaitu wikayah hamba2 Allah yg mencintaimdan dicintai Allah

Orang2 Mukmin itu dijamin oleh Allah, tiada rasa takut atau dukacita.

Hati mereka tenteram dalam zikrullah.

Tidak mungkin seorang Mukmin yg hatinya selalu ikhlas dan selalu mengingati Allah akan dapat dibahayakan oleh syaitan melalui kerja sihir.

Tidak mungkin.

Perlindungan yg Allah berikan kpd orang2 Mukmin sangat kebal. Syaitan tidak akan mampu menembusinya.

Kerja orang Mukmin hanya 1 ... sangat mudah, iaitu membanyakkan ingat kpd Allah dan ikhlas kpd Nya.

Bukankah Allah sendiri sudah berfirman yg bermaksud : ingatlah Aku, maka Aku akan ingat kpd mu ?

Almarhum guru saya hanya berpesan supaya saya membanyakkan INGAT kpd Allah dan memperbetulkan niat.

Beliau tidak pernah menyuruh saya supaya ingat kpd syaitan... tetapi ingatlah Allah.

Ada orang yg mengadu :  saya dah banyak baca macam2 wirid dan doa, tapi kenapa masih kena ganggu oleh syaitan ?   😆

Mungkin dia tak perasan, walaupun dia ada baca macam2... tapi dia masih duduk di dalam KEGELAPAN .

BAGAIMANA ?

Bagaimana kita nk hidupkan mentol supaya diri kita ini bercahaya di dalam dan diluar ? 

Kita kena petik suiz

Caranya ?

Pertemukan RASA dengan HATI yg di tengah dada... akan menyalalah mentol itu dengan sangat terang.

Tapi....

Niat kena IKHLAS,  habeeb...

Comments

Popular Posts