SIRRUL ASRAR ; INGAT YANG BERTERUSAN

TERJEMAHAN SIRRUL ASRAR OLEH SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI.

Jalan untuk wusul ialah selalu menjaga badan di atas jalan yg benar, selalu melakukan segala hukum syariat siang dan malam dan berterusan INGAT KEPADA ALLAH secara rahsia (sir ) atau terang ( jahar ) .  Berterusan INGAT hukumnya wajib ditegakkan keatas MURID, sebagaimana yang Allah firmankan dalam surah Ali 'Imran : 191ِ

(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.

Ingat Allah ke 'merasakan' Allah di hati?

Rasa ialah alat untuk ingat. Tawajjuh ialah ingat yang paling baik. Konsentrasi dengan rasa pula ialah yg kedua baik.

Kesilapan yang jelas kepada ramai murid ialah mempelajari bacaan-bacaan puji dan puja kepada ALLAH tetpai tidak belajar bagaimana menumpukan kepada-Nya, apatah lagi tawajjuh, jauh sekali.

Bila ada tumpuan rasa di hati, cahaya hati menjadi cemerlang. Bila solat dalam keadaan begitu, solat akan menjadi cahaya. Bila ingat kepada Allah yang istawa di alam kebesaran dan keagungannya, cahaya solat itu akan meluncur naik ke atas langit seperti bunga api.

Dengan adanya rasa, maka akan lebih mudahlah untuk menumpu. Jadi rasa ialah alat untuk membuat penumpuan. Penumpuan pula ialah tahap mula untuk mencapai tawajjuh ; beribadat kepada Allah seolah-olah melihat DIA.

Comments

Popular Posts