ILMU YANG DIANGKAT

ILMU YANG DIANGKAT

Dewasa ini , ramai antara kaum Muslimin  begitu bersungguh2 beramal saleh .  Ramai yg beramal untuk kesejahteraan ummat . Tetapi janganlah lupa untuk memperbaiki solat fardhu ,  kerana hanya jika ia baik , maka jadi baiklah amal2 yg lain . Jika solat itu rosak , maka rosaklah amal2 yg lain . Solat itu adalah amal yg pokok .

Suatu hari, Anas bin Malik berkata kepada murid-muridnya, "Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah hadis yang tidak akan kamu dengar daripada orang lain selain daripada diriku." Beliau menyambung, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda", maksudnya : "Sesungguhnya di antara tanda-tanda Kiamat adalah terangkat ilmu, tersebar kejahilan, tersebar penzinaan dan arak diminum. Perempuan makin ramai dan lelaki makin sedikit. Sehingga 50 orang perempuan berada dalam tanggungan seorang lelaki." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun persoalannya, ilmu apakah yang dimaksudkan dalam semua hadis ini? Hal ini kerana jika kita perhatikan perkembangan ilmu pengetahuan di dunia pada masa ini, kita lihat pelbagai ilmu baharu muncul dengan banyaknya. Ilmu-ilmu yang sebelumnya belum pernah ada, sekarang menjadi sebuah disiplin tersendiri. Jadi, ilmu apakah yang disebutkan oleh Nabi SAW yang akan diangkat pada akhir zaman nanti?  Jawapan kepada soalan ini saya temui dalam sebuah hadis daripada 'Ubadah bin al-Samit. Sahabat Nabi SAW ini berkata kepada Jubair bin Nufair, "Jika engkau suka, aku akan menyebutkan ilmu yang pertama kali diangkat. Ia adalah (ilmu) khusyuk. Suatu masa nanti, kamu akan memasuki masjid namun tidak menemui seorang pun yang khusyuk." (Al-Mustadrak 'ala al-Sahihayn, kitab al-'Ilm no. 340-341)

Ilmu sudah diangakat itu maksudnya , proses itu terus menerus berlaku , jika kita tidak belajar . Orang yg tahu ilmu khusuk mati dgn membawa ilmu itu . Contohnya , seorang shabat Nabi yg mahir ilmu khusuk , telah meninggal dizaman Nabi , maka dia membawa sekali ilmu khusuk tersebut . Nabi dan sahabat2nya masih khusuk didalam solat mereka . Sebagai perbandingan , seorang berkata ...sekarang ruh sedang dicabut , dan orang mati . Habis , kenapa bumi makin ramai penduduknya ?  Kerana masih ada orang yg hidup , dan orang yg hidup tu pula beranak pinak . Apa kata , kalau orang yg hidup itu mandul semuanya . Dunia akan kosong dari manusia .

Oleh itu , agar bumi ini sentiasa ada orang yg khusuk , mereka yg ada ilmu itu mesti mengajar , dan orang lain , kenalah belajar darinya .

Apabila seseorang itu khusuk , yg khusuk itu hatinya , sementara fikiran , panca indera dan tubuh semuanya mengikut hati . Walaupun hati sudah khusuk , org itu masih boleh mengerjakan solat spt biasa , bergantung kpd kekuatan khusuk hatinya . Bila hati sudah benar2 khusuk , orang itu masih faham apa yg dibaca , masih ingat gerakan tubuhnya , rakaatnya  dll , dan ia tidak begitu menjejaskan khusuknya , kerana khusuk itu kerja hati , bukan fikiran .

Dari hadis tersebut , tahulah kita bhwa khusuk adalah satu ilmu . Jika hendak khusuk , kena belajar ilmu itu . Jadi , khusuk bukan setakat tahu bhsa arab , dan memerhatikan apa yg dibaca . Kalau begitu , tidaklah ia di terangkan Nabi SAW sebagai ilmu yg diangkat . Artinya , siapa2 pun boleh dapat khusuk , asalkan ada kemahuan dan keazaman .
Perumpamaan  ..Bila hati anda khusuk kpd Yusuf ,  anda boleh teruskan kerja anda spt makan dan bercakap , tetapi hati anda tidak berpaling dari Yusuf . Bagaimana ia boleh terjadi ?  Kerana yg khusuk itu hatinya !

1 masa nabi telah terlupa , dimana solat 4 rakaat telah dikerjakan hanya dua rakaat .  Memang begitulah , bila betul2 khusuk , kadang2 kita mudah terlupa . Tetapi tidaklah seteruk mana .

Pd 1 masa , Umar Abd Aziz jadi mengimamkan solat .  Setelah itu ,  1  makmum tegur dia bhw dia telah tersilap bacaan dlm solat , maksudnya silap sikit shjlah . Jawab amirul mukminin ,  jika engkau benar2 khusuk dalam solatmu , engkau takkan perasan kesilapan itu .  Begitulah lbh kurang riwayatnya .

Ada juga orang yg khusuk , dia terlupa untuk ikut imam bangun dari sujud . Ada satu budak umur 7 tahun , bila dia sujud dlm solat berjamaah , dia terus menerus sujud , hingga imam mengucapkan salam . Tersenyum makmum dlm masjid itu !  Itulah bakat budak . Dia belajar ilmu itu dari ayahnya semenjak dia kecil lagi .

Pengalaman batin atau hati org yg khusuk adalah berbeza2  hasil  kurnia dari Allah . Kita hanya berusaha shj agar hati kita khusuk ketika solat . Sekali lagi ditekankan ... hati , bukannya fikiran .

Oleh sebab khusuk itu pusatnya di hati , marilah kita berkenalan dengan hati . Kajilah dengan lebih mendalam , apakah itu hati , dan bagaimana ciri2nya , berdasarkan kitabullah dan sunnaturrasul .

At Tarmizi meriwayatkan dari Abu Umamah al Bahili bahawa Rasulullah saw bersabda: Kelebihan orang alim keatas abid adalah seperti kelebihan aku di atas yang paling rendah dari kamu. Kemudian Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah, malaikatnya, dan penghuni langit dan bumi hinggakan semut di dalam lubangnya, dan hinggakan ikan semuanya berselawat untuk orang yg mengajar kebaikan kepada manusia.

Comments

Popular Posts