BERLUMBA-LUMBA KEPADA KEBAIKAN

BERLUMBA-LUMBA KEPADA KEBAIKAN

Yang mereka itu berlumba2 ialah pada kebaikan, untuk menjadikan diri mereka terbaik. Suatu masa, S Umar telah membawa separuh hartanya untuk perbelanjaan perang tabuk, dengan hajat mahu mengalahkan S Abu Bakar dalam kebaikan. Kemudian S Abu Bakar bawa semua hartanya. Ma Sya Allah.. semua hartanya!!! Rasulullah saw pun bertanya, " Apa yg tinggal padamu?? Jawab as Siddiq, " Allah dan Rasulullah saw lah yg dia tinggalkan untuk dirinya!! Ketika itu, tahulah S Umar bhwa dia telah tewas dengan Abu Bakar.

S Abu Bakar tersangat mencintai Allah dan Rasulullah saw. Biarlah dia berpisah dengan semua harta-bendanya, asalkan dia mendapat Allah dan RasulNya, begitulah perasaan dan cita-hatinya. Kerana itu, marilah pula kita muhasabah diri kita pula, berapa banyakkah yg kita sudah infakkan kerana cinta kita untuk mendapatkan Allah dan RasulNya? Bukan setakat infaq wang, tetapi juga masa dan tenaga kita?

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada tiga sifat, barangsiapa yang memilikinya maka dia akan merasakan manisnya iman (kesempurnaan iman): menjadikan Allah dan rasul-Nya lebih dicintai daripada (siapapun) selain keduanya, mencintai orang lain semata-mata karena Allah, dan merasa benci (enggan) untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana enggan untuk dilemparkan ke dalam api” (HR. Bukhori , Muslim )

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah At Taubah ayat 24 yang tafsirnya:"Katakanlah : "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai,  lebih kamu sukai daripada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad pada jalan Allah, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan hukuman-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq."

Surah Ali 'Imran ayat 31 yang tafsirnya:"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih."

Isyarat dari Surah Ali Imran ayat 31 ini ialah, umat Nabi Muhammad saw mestilah mencintai Allah swt, tetapi itu tidaklah cukup jika mereka tidak taat dan tidak mahu mengikuti agama yg dibawa oleh Rasulullah saw. Ayat ini juga bermaksud, mengikuti Rasulullah saw terbit kerana kecintaan kepada Allah swt. Lebih jelas lagi kecintaan kepada Allah, kepada Rasulullah dan kepada jihad di jalan Allah swt hendaklah mengatasi kecintaan kepada yg lain-lain ( at Taubah: 24 )
Semua orang sememangnya berusaha untuk menjadi muslim yg terbaik, tetapi bagaimanakah caranya? Begitulah juga sahabat2 Nabi saw, masing2 berlumba2 sesama mereka untuk menjadi yg terbaik. S Umar pun berlumba dengan S Abu Bakar. Mereka pun selalu membandingkan kebaikan diri mereka berbanding denagn sahabat2 mereka yg lebih baik dari mereka. Di dalam al Qur'an disebut,  Berlumba2lah kamu pada kebaikan dan syurga yg seluas langit dan bumi..

Memanglah Abu Bakar boleh di tewaskan pada aspek harta benda. Berapa sangatlah harta S Abu Bakar, walaupun dia bawa semua hartanya untuk perang tabuk. Kalau dibandingkan dengan yg dibawa oleh Abdul Rahman bin Auf dan Usman bin Affan, seciput sangatlah yg dibawa oleh S Abu Bakar. Tetapi yg dia tinggalkan untuk dirinya ialah ALLAH dan RASULULLAH! Itulah rahsia yg tidak difahami oleh orang2 seperti kita ini.

Di zaman kekhalifahan S Abu Bakar, ada seorang tua yg buta dan S Umar hendak bantu si buta tadi. Dia pun pergi ke rumah orang buta itu untuk memberi khidmatnya. Sampai disana, didapati semua kerja yg perlu dibuat, telah dibereskan oleh seseorang. Pada esok hari dan hari2 yg selanjutnya, S Umar telah datang lebih awal, tetapi tetap gagal untuk mengesan siapakah yg berkhidmat dirumah orang buta itu. Akhirnya beliau pun datang ketika waktu masih malam, dan bersembunyi untuk menjejaki orang telah mengalahkannya itu.

Apabila telah masuklah orang tersebut, S Umar pun terjahar, " ya Amirul mukminin!!! Rupa2nya yg telah mengalahkan beliau itu ialah Abu Bakar juga! Laa ialaha illallah!

Adakah orang2 zaman sekarang yg berlumba untuk berebut kebaikan seperti itu? Dalam suatu riwayat pula disebutkan yg Rasulullah saw telah bersabda, " kelebihan Abu Bakar itu bukan pada solat dan puasanya, tetapi pada rahsia yg di dalam dada." Kalau amal jasmani pun S Umar dah tewas, bagaimana pula kelebihan yg rahsia di dalam dada S Abu Bakar itu?

Pernahkah kita terfikir atau terniatkan untuk tinggalkan pada diri kita hanya Allah dan RasulNya, dan selebihnya kita gunakan untuk jalan Allah? Tentunya kita tidak mampu, dan orang lain pun tidak mampu. Tetapi Abu Bakar mampu. Kerana apa beliau mampu? Kerana rahsia yg di dalam dadanya.

Kejayaan hidupnya pada memberi (infaq) di jalan Allah. Untuk Perang Tabuk sahaja, Abdul Rahman Bin Auf r.hu telah menderma lebih daripada RM 25 juta mengikut nilaian kewangan semasa (melalui sumbangan 200 dinar, 500 ekor kuda dan 1500 ekor unta). Kekayaannya langsung tidak berkurangan bahkan Allah telah melipat-gandakan lagi harta kekayaannya.

Suatu masa Abdul Rahman bin Auf, seorang jutawan sedang berpuasa, dan disediakanlah untuknya juadah berbuka. Ketika melihat juadah yg enak itu, melelehlah air matanya, dan berkatalah dia," ketika perang Uhud, Mus'ab bin Umair syahid dan kain kafannya tak cukup.. Hamzah bin Abdul Muttalib syahid dan Hamzah itu lebih baik dari aku! Begitulah cara pemikiran Abdul Rahman bin Auf, membandingkan dirinya dengan sahabat2nya yg lebih baik, sedangkan tahukah kita berapa banyaknya infaq Abdul Rahman bin Auf untuk perang tabuk sahaja???

Abdul Rahman telah mengaku tewas dengan kelebihan atau kebaikan Hamzah bin Abdul Muttalib, tetapi siapakah Hamzah itu? Hamzah si singa Allah, yg telah memukul Abu jahal dengan peralatan panahnya hingga berdarahlah kepala Abu Jahal, dan beliau mengaku keislamannya di hadapan kepala2 musyrikin walaupun belum isytiharkannya di hadapan Rasulullah saw.

Sahabat2 baginda Rasulullah saw yg begitu cemerlang, Abu Hurairah, Ibnu Umar, Ibnu Zubair, Zubair, Talhah , abu Ubaidah, Salman, Bilal, Anas, Abu Zar dan ramai sangat lagi yg sangat jauh mengatasi kita. Mereka meninggalkan kita zahir dan batin. Aduss !!!

Kita tidak mampu mencegah kemungkaran, walaupun dengan hati, bagaimana? Sedangkan mereka sanggup dipukul kerana nahi mungkar. Dan apakah munkar yg paling besar? Tentulah syirik kepada Allah. Menyembah patung, jin, malaikat, wali2 , Jesus dll, itulah syirik yg paling besar! Kalau mampu cegahlah dengan kuasa yg ada, seperti kuasa politik, tidak mampu juga berdakwahlah, dan tak mampu juga kerana bisu atau ilmunya zero, benci sahajalah kepada syirik itu. Janganlah meraikan syirik pula. Kalau dah meraikan syirik, hati-hatilah!

Dan diatas mereka itu pula ada S Usman, Ali, Umar dan Abu Bakar.

Dibandingkan dengan Abdul Rahman bin Auf, kita sudah ketinggalan sangat jauh. Bagaimana dengan dengan Hamzah, singa Allah yg telah syahid didalam peperangan Uhud? Bagaimana pula jauhnya kita ditinggalkan oleh Mus'ab bin Umair, ketua pendakwah yg telah berjaya mengislamkan begitu ramai penduduk Madinah dengan izin Allah? Mus'ab yg telah berkata tidak akan tinggalkan Islam walaupun ibu kandungnya mati berkali-kali, dan akhirnya juga menjadi syahid di Uhud. Dibandingkan dengan syahidnya Mus'ab itupun kita dah tak terdaya untuk menandinginya!!!

Aisyah isteri Nabi saw pun teringin juga berebut tempat terbaik, maka dia pun bertanya, " darjat di akhirat nanti ditentukan ikut apa? Nabi saw pun jawab: ILMU.

Kenapa ilmu? Kerana amal seseorang dengan ilmunya. Kalau benar ilmunya, maka ada harapanlah dia, tetapi jika ilmu yg tidak ada dasarnya dari kebenaran, RISIKO-lah dia!  Semua makhluk itu yg di udara, di hutan dan di lautan, semuanya mendokan orang yg menuntut ilmu, kerana kelebihan ilmu. Ada seorang abid telah dijatuhi hukum bunuh oleh raja, telah didatangi syaitan. Syaitan kata, kurbanlah untukku walau dengan seekor lalat, nanti aku lepaskan kamu! Maka abid itupun setuju, dan dia pun kurbanlah untuk syaitan dengan seekor lalat. Kemudian, syaitan pun cabut lari dan abid itu telah dihukum bunuh oleh raja. Abid itu telah mati dalam syirik kerana berkurban untuk selain Allah, dan jadi ahli neraka. Jadinya, masuk neraka kerana seekor lalat!!! Asyik beribadat, tanpa beri perhitungan kpd menuntut ilmu, itulah jadinya. Menangis air mata darah pun apa gunanya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada maknanya

Comments

Popular Posts