KASIH AYAH
Kasih Ayah
Di suatu rumah taman, tinggallah seorang bapa tunggal bernama Abu dengan seorang anak perempuannya berumur 10 tahun bernama Aminah. Isterinya telah meninggal dunia semenjak Aminah kecil lagi kerana penyakit kanser payu dara. Alangkah sayangnya Abu kepada anak tunggalnya itu, dan begitu juga Aminah, sangatlah sayang kpd ayahnya.
Rumah yg mereka duduki ialah rumah banglow serba mewah, kerana Abu adalah seorang hartawan yg sangat berjaya di dalam pelaburannya. Akan tetapi, Abu bernekad dan berniat untuk mendidik anaknya dengan sebaik2 didikan, penuh saikologi dan wawasan, agar anaknya itu tidak dirosakkan oleh pemberian yg berlebih2an.. Beliau hanya memberi sekadar yg patut, tetapi yg dilebihkannya ialah didikan dan pembentukan peribadi berdasarkan agama.
Pada suatu pagi yg dilimpahi hujan lebat, Abu berpesan kepada anaknya, " Aminah, hari ini jangan keluar rumah main hujan, ye.. " .
" In sya Allah, ayah" , sahut Aminah. Memang gadis itu sering mengucapkan in sya Allah apabila kena pada tempatnya.
1 jam kemudian, Aminah terlihat kanak2 jiran sebelah bermain air di halaman rumah. Aminah terasa berbelah bagi samaada hendak ikut turun bermain, atau tidak. Dia menjangka ayahnya sudah pergi bekerja. Maka berperanglah jiwanya, antara nafsu, akal dan angan2nya, hendak turun main atau tidak. Hendak turun main atau tidak.. Tidak di sedarinya yg si ayah sedang memerhatikan gelagatnya itu. Si ayah ingin melihat setakat manakah makam nafsu anak perempuanya. Adakah anak perempuanya itu seorang yg teguh memegang janji.
Akhirnya Aminah sudah membuat keputusan. " Aku turun sekejap sahaja bermain air, dan nanti aku akan cepat naik semula. Masakan ia akan jadi kesalahan besar? Bukankah ayah berada di tempat kerja? " , bisik hatinya.
Aminah pun bergegas turun bermain air, lopak dan hujan bersama2 dengan teman2nya. Hatinya sentiasa bergejolak kerana dia memang jarang melanggar arahan ayahnya. Maklumlah, anak yg salehah..
Baru 5 minit bermain hujan, Aminah sudah mengambil keputusan untuk masuk semula kedalam rumah. Hatinya benar2 tidak enak kerana melanggar perintah ayahnya itu. Ketika berlari masuk itulah dia terlupa untuk membasuh kakinya yg licin terpalit lumpur. Akibatnya, dia pun terjatuh kerana kaki yg licin itu memijak lantai marmar, dan dia pun terjatuh diatas karpet kesayangan ayahnya yg terletak di situ. Alangkah sakit ponggongnya kerana terjatuh, tetapi lebih sakit lagi hatinya keran telah mengotori karpet kesayangan ayahnya.
Menangislah dia memikirkan bagaimana hendak membersihkan barang kesayangan ayahnya itu. Tidak mungkin dia mampu membersihkannya, kerana dia hanyalah seorang kanak2 sepuluh tahun.
Fikir punya fikir, akhirnya dia pun menarik karpet ayahnya itu masuk ke dalam biliknya. Sampai dibilik, terbaringlah dia sambil menangis, berjam jam lamanya.. Tidak berseleralah rasannya untuk makan tengah hari sedangkan makanan sudah dihidangkan oleh pembantu rumah tersebut.
Akhirnya, pembantu rumah itu yg merupakan seorang wanita yg cerdik telah masuk kebiliknya, dan berkata, "Aminah, bangun dan pergilah kepada ayahmu. Ceritakan yg sebenarnya apa yg telah berlaku dan mintalah maaf kepadanya. Dengan terus menangis begini, tidak akan menyelesaikan masaalahmu"
"Apakah ayah tidak pergi bekerja di hari ini? " , tanya Aminah.
"Tidak, malah ayahmu tahu apa yg berlaku kpdmu.." , jelas pembantu rumah itu.
" Sudah tentu ayah tidak sayang pada saya lagi, kerana saya telah mengotori karpet kesayanganya. Lagipun saya sudah melanggar larangannya", keluh Aminah.
Tak apalah, pergilah sahaja kepadanya nak, kerana setahu mak Cik, ayahmu itu memang seorang yg sangat baik hatinya dan sangat pemaaf", nasihat pembantu rumah sambil menyebut Aminah dengan panggilan 'nak ' yg bermaksud 'anak'. Memang dia pun terasa kasih kepada Aminah, apatah lagi sangatlah baik adabnya si budak itu..
Setelah merenungkan masaalahnya beberapa ketika, akhirnya dengan mata yg sembab kerana menangis, menapaklah Aminah ke bilik ayahnya. Dia sudah nekad untuk menceritakan segala2nya dan dia sangat berharap agar kasih ayahnya tidak akan berubah. Maklumlah, anak yg sudah ketiadaan ibunya.
Tuk tuk tuk. Aminah mengetuk pintu bilik ayahnya.
"Masuklah Aminah", bersuara ayahnya dari dalam. Aminah pun menolak daun pintu itu, masuk dan memberi salam kepada ayahnya. Setelah itu dengan hati yg hiba, Aminah pun membuka mulutnya hendak menceditakan segala kesalahannha dan karpet kesayangan yg telah dikotorinya.
" Aminah, tak payahlah cerita itu semua. Sebenarnya hari ini ayah tidak pergi bekerja, dan ayah nampak semua yg Aminah dah buat, dah ayah nampak ketika Aminah jatuh dan menarik karpet itu ke bilikmu. Ayah hanya diamkan sahaja kerana hendak menguji Aminah adakah sudah benar2 Aminah menjadi anak yg salehah sebagaimana yg ayah sangat harapkan", jelas ayahnya.
"Sudah tentu ayah tidak sayang kpd Aminah lagi, kerana Aminah sudah mengotori karpet ayah" , luah hatinya kepada ayahnya..
" Tidak Aminah, tentang karpet itu ayah boleh beli sepuluh lagi karpet yg lebih berharga darinya, tetapi Aminah ialah kesayangan ayah. Hanya Aminahlah anak yg ayah sayangi kerana ayah pun bukanlah ada anak yg lain. Hanya 1 harapan ayah, agar Aminah menjadi anak yg baik, berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada agama. Pada pagi ini ayah memang sengaja hendak menguji setakat mana pencapaian Aminah dalam penguasaan diri. Adakah Aminah sudah dapat mengawal keinginanmu kepada perkara2 yg merosakkanmu", begitulah kata2 ayahnya yg disusun dengan penuh rapi, agar anaknya pun akan menjadi dewasa sebagai seorang yg berbudi halus dan mulia.
"Benarkah ayah masih sayang kepada Aminah, walaupun Aminah dah melanggar perintah ayah?", Soal aminah lagi, inginkan kepastian.
" Benar sekali, Aminah. Ayah memang sentiasa sayang kpd Aminah, sampai bila2.. bukankah Aminah pernah menonton filem 'anakku Sazali' ? ". Abu berdialog dengan anaknya, seakan akan anaknya sudah dewasa dan mampu memahami nilai yg lebih halus dan tinggi..
" Aminah, sebenarnya Allah, Rabb kita semua adalah lebih pengasih dari ayah ini. Setiap kali kita melakukan kesalahan, Dia sentiasa gembira untuk memaafkan kita, asalkan kita mahu bertaubat kpdNya. Gembiranya Allah menyambut taubat kita adalah lebih lagi, berbanding gembiranya seorang yg kehilangan segala bekalannya ketika dia berada di tengah gurun pasir yg tandus, yg kemudian dijumpai kembali bekalannya itu.. ".
Sekarang, fahamlah Aminah bhwa ayahnya terlampau sayang kepadanya, dan bertambahlah faham dia itu akan sifat kasih sayang Allah kepadanya.. " Oh , sungguh indah hidup ini", getus hati Aminah. " Disana sini semuanya dipenuhi dwngan kasih sayang. Seakan-akan, seluruhnya ini dibina dan diikat oleh Allah dengan kasih sayang. Tanpa kasih sayang itu, tentulah rosak binasa alam ini.." . Itulah kesimpulan yg mampu dibuat oleh Aminah.
Aminah pun pergi kepada ayahnya dan memeluknya dengan air mata terharu.
"Ayah, aku sangat sayang padamu. Janganlah tinggalkan aku.. " , rayu Aminah.
Tammat
Comments
Post a Comment