BERKENAAN SOLAT

BERKENAAN SOLAT

Keutamaan solat

Mengenai solat  , ada disebutkan 1 hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Habban: "Sesiapa yang memelihara solat itu, nescayalah ia akan menjadi cahaya, pendinding dan penyelamat baginya di hari kiamat. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya, nescayalah dia tidak ada cahaya, pendinding dan penyelamat."

Ta Ha : 14 - إِنَّنِىٓ أَنَا اللَّهُ لَآ إِلٰهَ إِلَّآ أَنَا۠ فَاعْبُدْنِى وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ لِذِكْرِىٓ
Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan dirikanlah shalat untuk mengingat Aku.

Kenapakah solat itu mendatangkan cahaya di hari kiamat kelak , bahkan di dunia ini juga walaupun tidak kelihatan dgn mata kasar ?  Jawabnya ialah : Kerana di dalamnya ada ingatan kepada Allah . Kerana untuk ingat kepada Allah itulah solat didirikan , sebagaimana firmanNya di surah Ta Ha ayat 14 di atas .

Solat yg dikerjakan dlm keadaan mabuk , khayal atau mengigau , tentunya tidak ada ingatan kpd Allah di dalamnya . Kita dilarang solat dlm keadaan mabuk atau khayal , dimana hati dan fikiran tidak dapat dikawal langsung .

Orang yg tidak beriman kpd Allah dan tidak mendirikan solat , mereka tidak akan ada cahaya , dan mereka adalah orang yg rugi . Sesungguhnya beruntunglah orang yg beriman , yg khusu' dalam solatnya .  Orang2 kafir itu , walaupun mereka ada cara2 meditasi yg dapat menimbulkan aura atau gelombaang elektromagnetik , tetapi mereka tidak akan mendapat cahaya yg dikhususkan kpd org yg beriman yg ada ingatan kpd Allah .

Dan orang2 yg beriman dan mendirikan solat , diri mereka akan diliputi cahaya , atau nur , yg menjulang ke atas , menembusi pintu2 langit , dgn kelajuan yg lbh dari kilat . Nur itu bukanlah cahaya alam kasar , tetapi adalah cahaya di alam yg lbh tinggi lagi . Cahaya itu juga akan membersihkan kekotoran yg menempel pada hati org2 yg beriman , dan cahaya itu juga membikin gentar syaitan2 kpdnya .

Al-Muddassir : 42 - مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ8
"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?"

Al-Muddassir : 43 - قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ
Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat,

Seorang lelaki telah terlibat dalam satu kemalangan .  Datanglah  seorang lelaki yang lain , mendapatinya dia dalam keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:  “AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM SAQAR…” DAN TERUS MATI

Lalu lelaki tadi bertanya kepada ahli keluarga si mati tentangnya. Mereka menjawab “ Dia tidak sembahyang.

”Benarlah Firman Allah swt: (maksudnya)“Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?” Mereka menjawab: “Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat. ” (42 – 43 : al-Muddathir)

Ramai orang yg meninggalkan solat

Pun begitu, pakar motivasi dan penceramah bebas terkemuka, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah, mendedahkan 80 peratus umat Islam di Malaysia masih tidak menyempurnakan solat .

Peratusan angka ini diperoleh melalui tinjauan beliau menerusi program-program ceramah dan motivasi, yang dijalankan di seluruh negara serta pemerhatian terhadap gaya hidup .

Pakar motivasi, Halim Din, berkata 80 hingga 85 peratus mereka yang berpuasa tidak menunaikan solat kerana berasakan kewajipan lima kali sehari itu payah untuk dilaksanakan.Sedangkan katanya, nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah dinilai daripada kesempurnaan solat mereka.Untuk melihat ibadah lain, Allah akan lihat solat dulu. Jika tidak solat, ibadah lain Allah tidak akan lihat. Malangnya, umat hari ini beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka hanya dapat lapar dan dahaga saja, katanya pada majlis Ihya Ramadan di surau The New Straits Times Press (NSTP).

Lebih menyedihkan, senario yang berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah, iaitu hanya 15 peratus sahaja mengakui bersembahyang lima kali sehari.Kekecewaan dan kebimbangan Dr. Fadzilah jelas tergambar apabila beliau tidak dapat membendung air mata dan menangis, membuatkan hadirin tergamam seketika .

Khusukkanlah dirimu ketika mendirikan solat .

Solat yg 13 rukun itu , adalah tiang agama . Tiang itu benar2 kukuh jika hubungan hati dgn Allah benar2 dipelihara . Jika solat itu separuhnya lalai , maka separuh shjlah kekuatan tiang itu . Jika solat itu rosak , maka rosaklah amal2nya yg lain . Begitulah maksud hadis . Orang yg cerdik ialah yg selalu memelihara hubungan hatinya dengan Allah dan sentiasa taat kpd peraturanNya .

Al-Qasas : 88 - وَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلٰهًا ءَاخَرَ ۘ لَآ إِلٰهَ إِلَّا هُوَ ۚ كُلُّ شَىْءٍ هَالِكٌ إِلَّا وَجْهَهُۥ ۚ لَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ
Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, tuhan apapun yang lain. Tidak ada Ilah  melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali wajahNya . Bagi-Nya-lah segala penentuan, dan hanya kepada-Nya-lah kamu dikembalikan.

Ingat , dlm solat pun kita dapat melakukan kejahatan .  Ada org yg mencuri dlm solat , dan ada yg dapat hanya 1/10  dari solatnya ,  ada yg diancam dengan wail / celaka  dan ada yg solatnya tidak mencegahnya dari keji dan mungkar .

Kejahatan di dalam solat yg kelihatan secara zahir itu lbh mudah dibaiki , berbanding yg batin , kerana kesalahan yg batin itu sukar dilihat dan selalu dipandang ringan .

Imam Hasan Al-Basri pula berkata, “Tempat bagi khusyuk ialah di hati dan kemudiannya ia mempengaruhi dan mengawal pandangan mata serta menenangkan anggota badan.

Yg mula2 akan dihisab atas hamba di hari kiamat ialah solat , jika ia baik , maka baiklah keseluruhan amalnya dan jika ia rosak , maka rosaklah amal selebihnya .

Solat itu cahaya.

Solat dan zikrullah akan menghasilkan cahaya dan dengan cahaya itu pula  hati jadi bersih , dan seterusnya hati yg bersih akan mencegah insan dari keji dan mungkar . Sudahkah solat kita bercahaya ???

Solat itu bercahaya kerana ada ingatan kpd Allah swt . Ingat kpd Allah itulah yg menerbitkan cahaya . Hati adalah ibarat kaca yg berada didalam satu lubang didalam dada yg dipanggil misykat . Di dalam kaca itu pula ada pelita atau misbah .  Minyak kepada pelita itu ialah minyak zaitun yg tidak tumbuh ditimur atau dibarat , iaitu dari pokok zaitun yg diberkati atau mubarakah . Minyak zaitun itu bercahaya2 walaupun tidak disentuh api . Jelas disini bhwa yg dimaksudkan oleh minyak zaitun itu ialah Ruh dari Allah yg memberi cahaya walaupun tidak disentuh oleh api . Kerana apa minyak ini begitu ajaib ? Kerana datangnya dari yg di atas Arasy , iaitu datangnya dari alam Lahut ataupun alam kebesaran dan keagungan Allah .

Dengan lain kata , hakikatnya Ruh itu datangnya dari Allah . Datangnya ia sebagai cahaya untuk orang yg beriman .

An-Nur : 35
اللَّهُ نُورُ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۚ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشْكٰوةٍ فِيهَا مِصْبَاحٌ ۖ الْمِصْبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ۖ الزُّجَاجَةُ كَأَنَّهَا كَوْكَبٌ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ مُّبٰرَكَةٍ زَيْتُونَةٍ لَّا شَرْقِيَّةٍ وَلَا غَرْبِيَّةٍ يَكَادُ زَيْتُهَا يُضِىٓءُ وَلَوْ لَمْ تَمْسَسْهُ نَارٌ ۚ نُّورٌ عَلٰى نُورٍ ۗ يَهْدِى اللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثٰلَ لِلنَّاسِ ۗ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌ
Allah  Cahaya  langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang diberkati yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Apakah fungsinya pelita atau misbah ? Tentulah untuk menyinari .Cahaya yg paling bersinar ialah apabila hati ingat kpd Allah . Apabila manusia menumpukan ke hatinya dan hati itu pula  menumpu kepada Allah yg diatas Arasy , maka akan bersinar teranglah hati itu , menyinari seluruh tubuh dan alam sekitarnya . Cahaya dari hati itu pula akan menjulang naik keatas dengan sangat pantasnya menuju ke Arasy . Alangkah indahnya gambaranny apabila hati khusu' kpd Allah swt !
Khusuklah kepada yg sangat hampir dan khusuklah kpd yg Maha Tinggi .

Al-Hadid : 16
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusuk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun , dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diberikan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Ayat di atas menyebutkan kebenaran yg telah turun , dan bukan kebenaran yg diturunkan . Yang dimaksudkan itu sudah tentulah Ruh dari Allah , kerana Ruh itu dapat turun dan naik dengan izin Allah .

Apabila solat itu dilakukan dengan cara begini , dengan sepenuh khusuk , maka kita menghampiri kepada maksud beribadat secara tawajjuh atau ihsan , sedangkan ihsan itulah ibadat yg terbaik .

Didalam sebuah hadits shahih dari Umar bin Khattab yang menceritakan tentang kedatangan Jibril menemui Rasulullah saw yang saat itu tengah berkumpul bersama para sahabatnya. Diantara yang ditanyakan Jibril kepada Rasulullah saw adalah tentang makna ihsan lalu baginda saw menjawab,”(ihsan) hendaklah engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat-Nya dan jika engkau tidak melihat-Nya, sesungguh-Nya Dia melihatmu.” Dan jawaban ini pun dibenarkan oleh Jibril. Hadits shahih ini diriwayatkan oleh Imam Muslim didalam “Shahih” nya, kitab ‘al Iman’, hadits no. 8. Juga Imam Tirmidzi didalam “Sunan” nya, kitab ‘al Iman’, hadits no. 2738. Juga Abu Daud didalam “Sunan” nya, kitab ‘as Sunnah’ bab ‘al Qodr’ hadits no. 4695 serta Imam Nasai didalam “Sunan” nya, kitab ‘al Iman’ bab ‘Na’tul Islam’ 8/97 .

Apa pula maksudnya : apabila engkau tidak mampu , maka dia melihatmu ?

Maksudnya ialah solat atau ibadat dengan zauk atau perasaan bahawa kita dilihat oleh kuasa yg Maha Agung . Zauk ialah pemberian Allah swt , sehingga apabila kita diberikan makam sebegini kita akan dapat merasa takut dan gementar akan kebesaranNya dan sentiasa mawas diri kerana yakin dan sentiasa terasa diperhatikan olehNya .

Cahaya solat naik keatas langit

Rosululloh saw bersabda : Jika seseorang sholat pada awal waktunya, maka sholat itu akan naik ke atas langit merupakan cahaya hingga berhenti di ‘arsy, lalu sholat itu memintakan ampun untuk pelakunya hingga hari kiamat, sambil mengatakan : Semoga Allah melindungimu, sebagaimana engkau telah menjaga aku. Dan jika seorang sholat di luar waktunya, maka sholatnya itu naik ke atas langit dengan diliputi kegelapan. Kemudian telah sampai ke atas langit lalu dilipatlah sholat orang itu seperti melipat kain yang robek, dan kemudian dipukulkan kepada pelaku sholat tersebut sambil berucap : Semoga Alloh mengabaikan kamu sebagaimana engkau telah mengabaikan aku. (Tabrani)

Cahaya solat yg meluncur naik keatas langit itu sudah tentu tidak dapat disaksikan dengan mata jasmani, tetapi keujudannya telah disahkan oleh hadis Nabi saw ini.

Kekejian dan kemungkaran

Dewasa ini perkara keji dan mungkar telah semakin menjadi-jadi. Berita terbaru pada bulan Mac 2014 ini ialah kematian 6 orang pemuda dan pemudi kerana pengambilan dadah yg merbahaya ketika festival future music di Bukit Jalil. Sementara itu lebih ramai lagi yg dirawat di hospital-hospital kerana pengambilan dadah tersebut. Mereka berseronok menikmati muzik sedangkan mereka berada di bumi Allah akan tetapi melalaikanNya dan perintahNya.

Khianat kepada amanah samaada harta atau kepimpinan adalah perkara yg lumrah di mana-mana, hingga kita dapati begitu sukar untuk mencari seorang benar-benar amanah. Adakah ini mungkin terjadi jika solat didirikan dengan sebenar-benarnya? Bukankah Allah sudah menjamin bahawa solat itu mencegah dari keji dan mungkar?

Di dalam surah Al-'Ankabut : 45 diterangkan

اتْلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيْكَ مِنَ الْكِتٰبِ وَأَقِمِ الصَّلٰوةَ ۖ إِنَّ الصَّلٰوةَ تَنْهٰى عَنِ الْفَحْشَآءِ وَالْمُنكَرِ ۗ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu Al Kitab dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Didirikan solat itu pun bertujuan untuk ingat kpd Allah, sebagaimana tersebut pada surah Toha ayat 14 ( dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku ). Solat adalah tiang agama dan ingat kpd Allah adalah yg paling utama. Cara yg mudah untuk membaiki masyarakat ialah dengan membimbing mereka mendirikan solat dengan sebaik-baiknya.

Surah AlBaiyinah: 5 (Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya beribadat kpd Allah dengan mengikhlaskan deen kepadaNya, dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar )

Surah AlHajj. Ayat  41 ( Iaitu mereka yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari kemungkaran dan bagi Allah jualah kesudahan segala urusan ).

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :“Siapa yang dengan solatnya tidak dapat mencegah fahsya’ dan munkar, tidak akan bertambah daripada Allah melainkan semakin jauh dariNya.“ (Hadis Riwayat Tabrani dari Ibnu Abbas)

Pentingnya solat yg khusu'.

Rasulullah s.a.w. bersabda:“Amal seseorang hamba yang pertama kali dihisab pada hari kimat adalah solatnya, jika(solatnya) baik maka dia telah berbahagia dan beruntung, dan jika(solatnya) telah rosak maka dia telah celaka dan merugi. Jika dia mengurangi kewajipan, Allah berfirman: “Periksalah, apakah hamba-Ku mempunyai amalan sunah(solat sunat) yang dapat menutupi kekurangan kewajipannya?” kemudian, begitulah semua amalnya dan dihisab.” H.R. At-Tirmidzi –katanya hadis ini hasan

Sabda Nabi s.a.w.; “Sesungguhnya seorang lelaki selesai menunaikan solat, namun tidak ditulis pahala untuknya melainkan sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, sepernam, seperlima, seperempat, sepertiga atau seperdua” (Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban dari ‘Ammar bin Yasir r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini soheh. Lihat. Al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 1978).

Comments

Popular Posts