RAMADAN

RAMADAN

Soalan : Bagaimana nak menggunakan kehebatan  Ramadan ini agar amalan kerohanian menjulang tinggi? Tidak terlalu focus kepada amalan mengharap fadhilat supaya hati dan jiwa tidak terpesong kepada ganjaran tetapi tetap focus kepada PEMBERI GANJARAN .
Pencerahan untuk kebaikan semua yang sudi membaca..

Perlu difahami, kita mendapat dari solat itu sekadar banyak mana hubungan kita dengan Allah ketika solat tersebut. Begitu juga amalan kita yg lain-lain lagi. Tujuan daripada semua ibadat ialah agar mendapat taqwa, sebagaimana yg tersebut di surah Al-Baqarah : 21َ

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertakwa .

Begitulah juga disebutkan ketika Allah memerintahkan puasa Ramadhan, iaitu agar kamu bertaqwa.

Bagaimana kita betaqwa ? Iaitu dengan  ( 1 )  terus menerus istiqomah memelihara perintah Allah dan  ( 2 ) berterusan   memelihara hubungan kita dengan-NYA.  Dari segi bahasa, TAQWA itu bermakna memelihara, menjaga dan mempertahankan. Janganlah kita hanya memelihara hubungan dengan perintah, tetapi gagal memelihara hubungan dengan yg memberi perintah.

Taqwa ialah hikmat dari ibadat yg kita lakukan. Ia adalah ibarat hasil kepada pertanian yg dikerjakan. Si petani berladang ubi kayu, tujuannya ialah untuk mendapatkan hasil ubi kayu. Alangkah malangnya jika si petani itu tidak faham tujuan tersebut, maka penatlah ia berladang, sedangkan ubinya diserang tikus dan musuh-musuh tanaman yg lain. Maka sangat sedikitlah hasil yang dia dapat.

Meletakkan keutamaan untuk mendapatkan hasil taqwa, akan mendorong si abid untuk sentiasa memperbaiki hubungan batinnya dengan Allah ketika menjalani ibadah puasa.

Di waktu malam pula dia membanyakkan solat dan sentiasa membaiki ingatannya dengan Allah. Ta Ha : 14ٓ

Sesungguhnya Aku ini adalah Allah, tidak ada Tuhan (yang hak) selain Aku, maka sembahlah Aku dan DIRIKANLAH SOLAT UNTUK INGAT AKU !

Bulan Ramadan ialah bulan mengasah konsentrasi, membaiki hubungan dengan Allah. Itulah pendekatan diri yang sebenar kepada-Nya. " Tiadalah yang aku lebih cintai dari hambaKu melainkan yg wajib-wajib yang telah aku perintahkan, dan sentiasalah hambaKu mendekatkan dirinya kepada-Ku hingga Aku mencintainya... " . Perlu diingat, mendekatkan diri kepada Allah itu ialah dengan PENYERTAAN DIRI BATIN YG MENDEKAT KEPADANYA. Ia bukan sekadar perlakuan JASMANI dan UCAPAN sahaja. Perlakuan jasmani dan ucapan adalah taat perintah, bukannya berhubung dengan Allah.. Al-Hujurat : 14ٌ

Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Comments

Popular Posts