PUISI UNTUK GURU

PUISI UNTUK GURU

Tuan guru, ketika aku meraba dalam kegelapan hidup, kau datang membawa cahaya. Pengurbananmu tanpa mengharap sebarang balasan adalah tersangat berharga buatku.. Tanpa pengurbananmu, mungkin hingga kesaat ini ku belum mampu untuk memahami.. mungkin aku masih seperti dulu.

Tuan guru, suatu hari aku terpinga dan merenung seorang diri, kerana sesungguhnya aku kebingungan membaca peta itu. Biarpun aku tahu segala tulisan di dalamnya, tetapi aku tetap belum mengerti. Kau datang dengan penuh kesabaran memimpin ku, dengan sepenuh keikhlasan. Terima kasih guruku. Aku terhutang budi kpdmu...

Tuan guru, sekarang engkau telah berada bersama dengan Kekasihmu. Aku telah terlewat untuk mengungkapkan sajak puisi indah untukmu. Puisi ungkapan kesyukuran diri yang tidak terhingga atas susah payahmu, meninggalkan keluargamu, dan negeri kelahiranmu, untuk bertemu aku. Kau menasihatiku dari lubuk hati yang paling dalam, dalam rahsiamu. Terima masih guru...

Guru, walaupun ratusan buku menjadi koleksiku. Walaupun ribuan kalimat di dalamnya telah ku baca, tetapi tidak mungkin sama dengan bimbinganmu. Kau adalah ibarat kunci bilik ilmu. Dengan kunci itu telah dapat ku hirup hidangan yg lazat, nikmat dan berkat. Ku dapat hayati pula hidup ini dengan sepenuh arti dan maksud. Terima kasih guru.

AS SYAFIE DAN GURU NYA

Pernah diceritakan tentang bagaimana Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fiqh , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarkannya guru.

RUGI KERANA GAGAL BERGURU

Engkau pasti menyesali dirimu kerana lambat berterima kasih kpd guru, akan tetapi akan berlebih lagilah kekesalanmu kerana kegagalanmu untuk berguru.

Kata khatib: GURU ADALAH AGEN PERUBAHAN.

Dari segi sains, agen perubahan adalah mangkin atau catalyst. Di dalam tubuh pula ia adalah enzim.

Penukar bermangkin dipasang pada sistem ekzos. Dengan menggunakan bahan seperti platinum,  palladium dan rhodium, penukar bermangkin atau catalytic converter berfungsi menukarkan gas-gas toksik seperti carbon monoxide, nitrogen oksida dan hidrokarbon tak terbakar kepada bahan-bahan yang kurang berbahaya seperti gas nitrogen, karbon dioksida dan wap air.

Contoh enzim tubuh ialah laktase yg dihasilkan oleh permukaan usus. Ia berfungsi menukarkan gula laktos di dalam susu kepada gula ringkas glukos dan galaktos. Kekurangan anzim laktase menyebabkan seseorang menghadapi masalah 'lactose intolerance'. Orang tersebut tidak dapat menghadamkan laktos di dalam susu lembu yg diminum, dengan gejala seperti perut kembung dan ceret yg meletup ( explosive diarrhea ) apabila minum susu lembu secara berlebihan.

Lactose intolerance kerap berlaku kpd kanak2 kecil yang kerap mengidap ceret-beret..

Sebagaimana tubuh manusia dan industri, masyarakat juga pastinya memerlukan agen perubahan. Guru adalah salah satu agen perubahan itu. Tanpa agen perubahan, tidak mungkin masyarakat akan berjaya.

Adakah salah jika aku katakan Nabi Muhammad adalah ajen perubahan dunia Arab dan manusia? Maksudnya perubahan dalam dunia Arab ketika itu dan perubahan manusia secara menyeluruh, kemudiannya.

Comments

Popular Posts