DEMOKRASI DAN KEKUATAN MASSA
DEMOKRASI DAN KEKUATAN MASSA
PERMULAAN DEMOKRASI
Permulaannya nama demokrasi itu memanglah di zaman antah berantah Yunani. Rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin, tetapi yg berstatus hamba pula tidaklah dibenarkan ikut sama. Tetapi kemudian nama demokrasi itu telah beranak-pinak membentuk pelbagai bentuk demokrasi. Yg pentingnya, demokrasi adalah lawan kepada autokrasi, di mana keseluruhan rakyat diberi pilihan untuk memilih pemimpin mereka.
Di zaman kebesaran Yunani itu, mereka telah berjaya mengikutsertakan rakyat dalam pemilihan pemimpin yang akhirnya dapatlah membentuk 3 golongan utama; legislative, executive dan judiciary.
Sekiranya golongan pemimpin yang dipilih dengan cara itu akhirnya mendapat kuasa penuh untuk menggubal peraturan dan pemerintahan, maka jadilah sistem itu tidak islamik. Tetapi jika pemimpin itu masih tertakluk di bawah kuasa yang lebih besar iaitu Allah, jadilah ia sistem Islamik. Dan jika pemimpin itu masih tertakluk kepada kuasa lain yang lebih besar, maka istilah demokrasi itu sudah tidak mutlak lagi.
Di zaman Yunani itu mereka percaya kepada dewa-dewa, walaupun filosofi telah sangat maju. Ada orang mengagak bahawa Socrates sebenarnya adalah Lukmanul Hakim. Tetapi Socrates telah di jatuhkan hukuman bunuh oleh golongan yang jahat dalam pemerintahan.
Kemudian tamaddun Yunani telah merosot dan digantikan oleh tamaddun Romawi. Romawi pula telah diserapi oleh agama Nasrani. Pada tahun 610H, sinar Islam pula telah menyinari segala penjuru. Ketika itu kerajaan Romawi dan negeri2 feudal di Eropah tidak pula mengamalkan demokrasi, melainkan pemerintahan autokrasi atau Monarki.
DEMOKRASI DAN SEKULARISMA
Sememangnya demokrasi dan sekularisma adalah merupakan senjata ampuh untuk melenyapkan teokrasi. Dlm sistem itu kuasanya datang dari massa, dan apabila massa memilih untuk menolak pemerintahan Tuhan, maka akan lenyaplah teokrasi. Tetapi bagaimana pula jika massa itu telah terdidik dengan tarbiah Islamiah, dan mereka memilih teokrasi?
Tidakkah sistem demokrasi bentuk baru itu akan menjadi senjata makan tuan pula. Di ketika itu sekularisma dan demokrasi totok akan sirna dan bercahaya gilang gemilanglah agama Allah. Darimanakah datangnya kuasa kuat yg menghancurkan demokrasi kufur dan sekularisma fasik ketika itu melainkan massa itu juga, demos itu juga. Massa telah menyerahkan kembali kuasa mutlak pemerintahan kepada Penguasa yg sebenar!!!
Hanya setelah tamaddun ummat Islam menjadi lemah, barulah muncul pula saintis, pemikir, karyawan dan industrialist di Barat. Mereka menggali semula kesan2 peninggalan Yunani, dan di antaranya ialah konsep demokrasi. Kebetulan pula ketika itu berlaku pergeseran antara pelopor pembaharuan dengan pihak gereja, maka jadilah demokrasi itu sebagai senjata golongan pembaharu untuk mengetengahkan konsep sekularisma. Berkahwinlah demokrasi dengan sekularisma.
PEMILIHAN PEMIMPIN DI DUNIA ISLAM
Di zaman Saidina Umar, ahli syura dipilih oleh S Umar sendiri. Adakah munasabah jika ahli syura dipilih oleh rakyat? Jika ini berlaku, apa yang perlu ialah calun2 ahli syura itu hendaklah lulus tapisan kelayakan sebagai pemimpin.
Pada pendapat peribadiku sendiri, hakikatnya ORANG JAHIL TIDAK LAYAK MEMILIHMPEMIMPIN. Pekerjaan orang jahil itu lebih banyak membawa kpd kerosakan dari kebaikan.
SEJARAH KEPEMIMPINAN DUNIA ISLAM
Aku teringat di zaman kegemilangan wali 9 di Jawa, lulusan pesantren telah menyebar ke seluruh negara dan membina pusat pendidikan dan perkaderan dakwah.. Akhirnya lenyaplah Hindu dan Buddha kecuali di Bali. Malangnya beberapa ratus tahun kemudian mereka telah dijajah oleh Nasrani dari Belanda..
Yg menghairankan, kenapa setelah lebih 50 tahun merdeka dari British, ULAMA masih belum mampu menonjolkan fungsi dan kekuatan mereka yg sebenar? Adakah mereka terlampau menumpukan kepada mempelajari content syariat etc berbanding tugas utama untuk mencelikkan ummat yg masih buta? Lebih menghairankan lagi, mereka pun ikut sama dalam perebutan kekayaan duniawi dan ikut sama dlm percakaran sesama ummat. Bukankah mereka sepatutnya lebih faham al Qur'an, hadith dan agama?
HARAPAN
Apabila massa sudah tidak jahil lagi iaitu, cerdik agama. Mereka pun sudah mahir membezakan kaca dengan permata dalam pemilihan pemimpin. Calun wakil rakyat pula sudah lulus tapisan yang ketat untuk menjadi pemimpin. Pilihan raya adalah merupakan instrument yg baik untuk memilih pemimpin, samada pemimpin itu ahli syura, amirul mukminin atau entah apa2 lagilah..
DEMOKRASI TERPIMPIN
Dr Mahathir ada pernah menyebutkan tentang demokrasi terpimpin, tetapi apa pula akan berlaku jika yang hendak memimpin itu pula menolak teokrasi dan tidak kenal Rabb dan syariatNya? Jadilah ia spt ketam mengajar anaknya berjalan ..
ULAMA, UMARA DAN MASSA
Tetapi ulama itu yg bertahun2 belajar agama, bahasa Arab dan bermacam2 lagi, tidak bolehlah bersikap seperti golongan massa. Mereka adalah golongan terbaik! Mereka adalah the best, kerana mereka faham firman2 Allah dan ajaran2 Nabi saw!! Mereka sudah baca kitab2 ulama yg terdahulu! Macam mana mereka boleh berseluk poket sahaja?
Ramai golongan amir2 atau umara di Malaysia ini memang sukar diharap kerana semenjak kecil lagi ramai diantara mereka itu terdidik dengan pendidikan British. Masakan mereka mampu memahami fundamental of Islam.. bacaan dalam solat dan doa pun mereka tak tahu apa yang dibaca..
DUNIA ISLAM DI LUAR MALAYSIA
Ketika kekuatan pro dan kontra adalah 50-50 , memang banyak masalahnya. Mursi menang dengan majoriti 60+% lebih, tetapi itu adalah termasuk hasil sokongan golongan lain juga..
Arus islah masyarakat di Mesir dan Turki, pada pendapatku adalah contoh perubahan pada massa. Di Turki, Erdogan telah menggunakan strategi yang baik, yang akhirnya tentera mula menjadi lemah kuasanya.
Di Mesir, mereka telah salah baca situasi dan terlalu berbaik sangka dengan Sisi dan tentera.. Rupa2nya tentera belum sanggup untuk melepaskan kuasa yang dinikmati sebelum itu. Mungkin perubahan pada massa yg berlaku di Turki adalah lebih menyeluruh atau lebih berqualiti berbanding dengan yang di Mesir, Allahu A'lam..
Apabila di nilai semula, agaknya di Mesir itu mereka sepatutnya mengambil masa yg lebih panjang lagi untuk membentuk kekuatan massa.. Dengan itu maka dapatlah pertumpahan darah dielakkan.
Ingat bagaimana letupan bom di bangunan parlimen di Teheran, begitu ramai pemimpin mereka mati terbunuh, tetapi barisan pelapis terlampau ramai. Kalau letupan besar bangunan parlimen itu berlaku kepada negara kecil seperti kita, bagaimana nak cari pengganti yang berkualiti?
Comments
Post a Comment