NERAKA DAN KEPANASANNYA
Assalamualaikum
Al-An'am : 27
وَلَوْ تَرٰىٓ إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يٰلَيْتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِـَٔايٰتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Dan jika kamu melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: *"Kiranya kami dikembalikan (ke dunia) dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman"*
Inialah situasi yg sering disebutkan oleh almarhum guru dengan kata2nya : *Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna*
Saya menonton tv hijrah pagi ni. Seorang penanya bertanya ustaz : Macam mana kalau ada orang kata, *masuk neraka tak apa, sekejap sahaja*
Ustaz yg bijak menjawab :
Panas air mendidih ... 100 C
Panas api memasak ... 300 C
Panas api welding oxy-acetalin ... 3500 C
Pada kepanasan 1500 C , ia mampu meleburkan besi.
Panas api di neraka disebutkan di dalam hadis sebagai 70x kepanasan api di dunia.
Suhu lahar gunung berapa ... 700 C
Jika kepanasan api didunia ialah 3,500 C spt kepanasan api mewelding oxy acetalin.... suhunya ialah 245,000 C .
Sanggupkah kita menghadapi kepanasan itu ?
Jangan suka2 kata masuk neraka sekejap sahaja
Kata ustaz tadi, orang yg bijak ialah yg merancang untuk akhiratnya.
Yang lebih merisaukan ialah, kita tidak akan mampu masuk syurga Allah dengan amalan kita, tetapi hanya dapat masuk syurga Allah *dengan kasih sayangNya*
Biar sebanyak mana kita beribadat pun, kita tidak akan mampu masuk syurga dengan amalan kita.
Walaupun begitu, kita akan dapat masuk syurga dengan kasih Allah, dan Allah pula sudah menetapkan di dalam DiriNya *rahmah* sebagaimana disebutkan di dalam surah Al-An'am : 12
قُل لِّمَن مَّا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ ۖ قُل لِّلَّهِ ۚ كَتَبَ عَلٰى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ ۚ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلٰى يَوْمِ الْقِيٰمَةِ لَا رَيْبَ فِيهِ ۚ الَّذِينَ خَسِرُوٓا أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ
Katakanlah: "Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi". Katakanlah: "Kepunyaan Allah". Dia telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan padanya. Orang-orang yang meragukan dirinya mereka itu tidak beriman.
Kerana itu, orang yg berbahagia dI akhirat nanti adalah di atas dasar *rahmat* Allah, bukannya diatas dasar banyaknya amalannya.
Al-An'am : 16
مَّن يُصْرَفْ عَنْهُ يَوْمَئِذٍ فَقَدْ رَحِمَهُۥ ۚ وَذٰلِكَ الْفَوْزُ الْمُبِينُ
Barang siapa yang dijauhkan azab dari padanya pada hari itu, *maka sungguh Allah telah memberikan rahmat kepadanya*. Dan itulah keberuntungan yang nyata.
Selanjutnya kita fikirkanlah : Bagaimana cara kita boleh mendapat *rahmat* Allah, kerana jika kita merancang mahu masuk ke syurga berdasarkan amalan kebajikan yg banyak, kita tidak akan mampu ?
Cara yg paling best ialah dengan berusaha mendapatkan *kecintaan dari Allah kepada kita* .
Bila Allah sudah mencintai kita, maka tidak ragu lagilah bahawa Dia akan mencurahkan *rahmat* Nya kepada kita.
Lalu... *bagaimana pula jalannya untuk mendapat kasih sayang Allah* ?
Ada 1 hadis qudsi yg bermaksud : Sentiasalah hambaku mendekatkan diri kpd Ku dengan nawafil (amalan sunnat hingga Aku mencintainya.
Hadis itu terlebih dahulu menyebutkan bahawa yg paling Allah sukai ialah melakukan yg fardu iaitu yg wajib2 yg telah difardukan Nya...... kemudian barulah Allah menyebutkan tentang yg sunnat.
Artinya, kita kena dahulukan yg wajib. Sempurnakan yg wajib, dan sudah tentu ia adalah mengucapkan 2 kalimah syahadah, solat fardhu, puasa ramadan, zakat dan haji..
Semua itu kita lakukan di atas dasar mahu mendapatkan kecintaanNya, kerana jika kita mahu masuk syurga berdasarkan amalan2 tadi, kita tidak akan mampu.
Setelah mendahulukan yg fardu, kita ikuti dengan yg sunnat2.
Yang paling mudah dan berkesan di antara yg sunnat2 ialah membanyakkan *zikrullah, atau ingat kpd Allah*
Orang yg menyempurnakan yg fardu kemudian menambah dengan membanyakkan sunnat demi mendekatkan diri kpd Allah.. in syaa Allah ada harapan untuk mendapat kasih Allah.
Dengan kasih Allah, kita akan mendapat rahmatNya, selamat dari neraka dan masuk syurga.
Comments
Post a Comment