KEBUDAYAAN

Nasyid, musik sufi dan whirling darwish itu bukanlah ibadat khusus. Ia adalah 1 tradisi atau kebudayaan yg bertujuan keagamaan, melembutkan hati, menenangkan jiwa dan penumpuan perasaan.

Ada orang kata, kalau begitu, kenapa tidak membaca al Qur'an sahaja ? 

Ya.. kalau sudah membaca al Qur'an, ia sudah 1 ibadat khusus... bukan lagi kebudaan umum.

Samalah spt kita mengadakan hari keluarga, alumni, kenduri kesyukuran dll.  Ia hanya sekadar kebudayaan yg bertujuan utk kebaikan.

Kebudayaan tidak dapat dipisahkan dari masyarakat. Kalau kita nk bina masjid atau sekolah, atau apa2 projek yg ada peruntukan...,  kita juga biasa mengadakan majlis pecah tanah. Bila dah siap, akan ada majlis perasmian. Tujuannya ialah supaya kita ingat jasa pemimpin dan berterima kasih

Walaupun begitu, perbezaan pendapat pasti akan sentiasa wujud sampai bila2. Perbezaan yg mendatangkan kekuatan itu sudah tentu sangat baik... Tetapi perbezaan dgn diikuti sikap saling merendahkan, mencerca dan mlaknat mesti dielakkan.

Ummat Islam adalah ummat yg satu dan tetap ummat yg 1 , walaupun ada banyak perbezaan pendapat.

Apatah lagi jika perbezaan itu hanya pada perkara furuk atau cabang agama.

Kebudayaan spt kenduri kendara, muzik, pakaian, makanan, cara pergaulan, kenderaan, rumah dll adalah ciri2 setiap puak atau kaum.

Allah jadikan manusia berpuak2 agar mereka saling berkenalan. Dari perkenalan itulah akan dapat menyebarkan kesedaran, ilmu dan kekuatan.

Kebudayaan sentiasa tumbuh dan berubah ikut situasi setempat.

Comments

Popular Posts