HUBUNGAN BAIK SESAMA MANUSIA

Ramai pembaca ilmu kesufian gagal memahami istilah2 asas dalam ilmu penyucian diri kerana mereka gagal memahami perkataan2 penting dalam ilmu penyucian diri.

Di antaranya ialah iatilah qalb, ruh, nafs, taqorrub, zikr, menuju, kembali, bertemu, wajah ... dan macam2 lagi.

Semua istilah2 ini berasal dari al Qur'an

Kerana kegagalan tersebut, mereka mentafsirkan banyak petunjuk al Qur'an dan hadis dengan tafsiran filosofi

Ada orang pandai yg berkata : ilmu orang adalah sekadar mana vocab yg dia ada.

Cara untuk membahagiakan isteri dan anak2 ialah dengan mengajar mendirikan solat

Betapa banyak kebaikan kita kpd anak2 spt menyekolahkan hingga sampai dapat master, beri wang berjuta2 .... tetapi kalau gagal ajar mendirikan solat, maka kita belum menunaikan hablum minannas dengan anak2

Kita lihat pada hari ini, pelbagai habkum minan nas di lakukan oleh bangsa kita.

Tetapi ada 1 kegagalan pokok yg sangat bahaya... iaitu gagal mengajar mereka hablum minallah.

Mengajar hablum minallah itulah amalan hablum minannas yg paling hebat, paling baik, paling berkesan untuk membahagiakan manusia

Allah pun boleh marah kpd kita...

Bukan kita sahaja yg boleh marah sesama kita.

Bila peringatan sudah datang kpd dia, tetapi dia bersikap sombong kepada Allah, maka Allah boleh tutup hatinya dari menerima kebenaran.

Kalau dia rasa rendah diri kpd Allah, dan ada rasa takut kpd Nya... in syaa Allah , Dia akan membuka pintu hidayah dan rahmat seluas2nya.

1. Allah datangkan Rasul, turunkan kitab, beri bermacam2 peringatan...itu semua adalah rahmat kurnia dari Nya. Jika kita terima, maka kita mendapat hidayah itu adalah di atas dasar rahmat dari Allah.

2. Jika orang menolak peringatan tersebut kerana sombong atau kerana pentingkan dunia mereka... Allah marah, dan tutup hati mereka, berarti Allah sudah tahan hidayah dari masuk ke hatinya. Tetapi itu semua adalah kerana kesalahan mereka sendiri. Itulah yg mereka mahu, maka Allah berikan... inilah yg dipanggil Allah menahan petunjuk dari dia.

Inilah yg kita kata : pangkalnya, petunjuk/hidayah adalah dari Allah.

Tetapi jika Allah sudah turunkan hidayah, *lalu kita ingkar kebenaran atau tutup kebenaran tadi, maka jadI kafirlah kita kpd Allah*

Semalam saya berbual dengan Ah Chai..

Dia rasa berbuku kerana ada 1 Melayu yg pinjam duit  1000 lebih tapi lambat bayar. Di talifon dia tak angkat.

Perbualan kami meleret kpd cerita pak Haji yg menipu dan orang2 yg memakai pakaian simbol atau syiar agama, tetapi tak ikut aturan agama.

Kata Ay Chai.. agama Islam itu baik, tapi orang2 tak ikut betul2

Ada 3 cara nk jawab kata2 Ah Chai

1. Kita kata, awak kafir... kalau mati, orang kafir akan masuk neraka, walaupun awak baik

2. Kita kata, buka  pak haji dan orang pakai serban sahaja yg buat salah... orang bukan Islam pun huat salah juga.

3. Kita kata.. betul cakap awak tu. Memang ada orang macam itu.

Saya kata: Ah Chai.. Melayu dan Islam itu berbeza. Melayu itu bangsa, Islam itu agama. Saya tidak dilahirkan sebagai orang Islam, tetapi sebagai Melayu.

Islam tidak diwarisi, tetapi diusahakan. 

Kalau kita berusaha utk menjadi orang Islam, baru kita jadi orang Islam

Saya lihat, Ah Chai mahu dengar penjelasan saya.

Hati dan wajahnya tenang. Dia tak marah pada saya.

Saya terangkan tentang Islam, tentang Iman dan tujuan hidup. Tentang ruginya orang yg tak menyembah Allah. Tentang bukti2 benarnya Nabi Muhammad saw dan benarnya al Qur'an.

Saya sudah terangkan dan beri peringatan secara ringkas dan berhikmah.

Belum jelas lagi samaada di akan menutup kebenaran yg datang atau ingkar kpd kebenaran yg datang... sedangkan hatinya mengakui.

Jika hatinya belum nampak, dan dia masih mahu mendengar dan memikirkan... maka kita tak kata dia menutup atau menolak kebenaran

Bila hati Ah Chai sudah terima... tetapi dia tetap menolak kebenaran, maka kafirlah dia kpd Allah.

Ketika itu, Allah akan tutup hatinya dari memahami kebenaran

Al-Baqarah : 6

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak juga akan beriman.

Jadi.. katakan lah ada pendakwah yg mahu mengajak non Muslim kpd Islam.

Kita tak boleh terus katagorikan non Muslim tadi ke dalam katagori orang yg tertutup dari kebenaran, yang tak payah nk diseru kpd agama Islam.

Adakah non Muslim tadi sudah menutup atau menolak kebenaran sedangkan ia nampak kebenaran tersebut ?

Jika dia sudah nampak cahaya Islam, tapI dia tutup, atau tolak .... maka dia telah benar2 kafir, dan Allah mungkin sudah/akan tutup kebenaran darinya.

Tapi kalau orang itu ssmacam Ah Chai yg bersikap terbuka untuk mendengar peringatan, dan hatinya terus tenang duduk bersama kita... janganlah kita terus menuduhnya menutup atau menolak kebenaran.

Mungkin Ah Chai hanya tergolong ke dalam golongan orang2 yg lalai, kerana ibu bapa tidak memberi peringatan.

Kerana itulah Allah turunkan Kitab2 ,  Rasul2 dan orang2 Mukmin untuk memberi mereka peringatan

Ya Sin : 6

لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّآ أُنذِرَ ءَابَآؤُهُمْ فَهُمْ غٰفِلُونَ

*Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai*

Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. (Ali Imran:110)

Bila difikirkan... *inilah tugas asasi kita sesama manusia, iaitu hablum minannas*

Memberi peringatan, menyeru kpd kebenaran adalah sebaik2 perkara yg kita boleh lakukan untuk membahagiakan manusia.

Untuk membahagiakan isteri dan anak2 yg sudah menerima agama Islam ialah dengan *mengajar mereka solat yg sebenar2nya...iaitu solat luar dan dalam* , bukannya solat jalan jalan ...

Apa itu solat jalan jalan ?  *Iaitu tubuhnya solat tetapi dirinya sebenarnya pergi berjalan2 ke tempat lain....*

Ingat ... Allah paling suka diingati dan disembah.

Kita disuruh untuk AMAR MAKRUF dan NAHI MUNGKAR

Apakah itu AMAR MAKRUF = mengajak, menyuruh kpd kebaikan

Apakah NAHI MUNGKAR = cegah kederhakaan kpd Allah, atau cegah sesuatu yg menjauhkan kita dari Allah.

(Asal kata makruf ialah sesuatu yg dikenali, sedangkan munkar ialah sesuatu yg tidak dikenal)

Sekarang, bagaimana kita nk ajak manusia kpd makruf ?

Buat jalan, bina jambatan, bagi bantuan wang.. semuanya makruf.  Tetapi apakah makruf yg paling besar?

Tanpa makruf yg paling besar itu, semua makruf2 yg kecil2 atau yg cabang2 akan hanya jadi debu yg tidak berguna.

Kita kena ajak manusia kpd yg makruf, tetapi kena ajak kpd makruf yg besar dahulu, kemudian barulah yg cabang2.

Apa perkara  di dalam agama Islam ini, yg kalau kita tak lakukan, semua amalan2 lain yg kita buat tak akan ada gunanya ?

1. Menerima TAUHID

2. Mendirikan solat, atau menyembah Allah.

Tauhid itu ada bermacam2 katagori, tetapi cukuplah kalau kita kata, kita kena menerima ketuhanan Allah, dan menerima hanya Allah wajar disembah atau di ibadati. 

Kedua, kita kena ibadat, dan ibadat yg paling penting ialah menyembahNya.

Jika kita masuk Islam, tetapi tak mahu menyembah Allah... habislah agama kita.

Bagaimana pula jika kita menyembah, tetapi spt yg digelar sebagai *solat jalan jalan* ?   Bila dah ucapkan salam barulah kita perasan yg tadi itu kita sedang menyembah Allah.. *tubuh zahir menyembah Allah, tetapi tubuh batin kita jalan2 ke pasar membeli ikan* ...

Comments

Popular Posts