HAWA NAFSU
Assalamualaikum semua,
*Hawa nafsu yg tidak boleh diikuti ialah hawa nafsu yg belum hijrah iaitu hawa nafsu yg masih kafir*
Contohnya, adakah kita suka makan daging babi, daging anjing, daging tikus, minum arak ? Sudah tentu tidak.. sebab hawa nafsu kita itu sudah diIslamkan dengan membenci makanan2 yg haram.
Katakan lah ada orang kata : Ini ayam curi, atau ini ayam dah mati kena langgar kereta... makanlah.
Tentu kita rasa nk termuntah untuk memakannya.
Ada orang yg mempunyai hawa nafsu *suka membuang masa tak tentu pasal* .
Ada juga yg hawa nafsunya *sangat menghargai masa*
Tetapi... adakah sifat2 hawa nafsu tadi datangnya dari *iman yg berada di dalam hati* ?
Jika sifat2 hawa nafsu yg baik itu datangnya dari iman, hasilnya ialah *suka kerana Allah dan benci kerana Allah*.
Jika tidak, ia mungkin sukakan hal2 yg baik2... dan dapat ganjaran yg baik, tetapi tak akan sama dengan hawa nafsu yg mencintai Allah.
Amalannya sama, tetapi nilainya berbeza.
Hawa nafsu itu sifatnya suka wang, emas, tanah kebun, kereta, rumah..
Apabila hati sudah mencintai Allah, dan hawa nafsu juga mencapai tahap yg lebih tinggi... spt lawwamah, mulhamah, mutaminnah, radhiah, mardhiah dan seterusnya, *kecintaan kpd harta benda tadi sudah tidak memudaratkan*
Contohnya : Kalau kita sangat sayang kpd keluarga kita, dan kita dapat bonus 1 tahun gaji.. kita akan belanjakan keseluruhannya untuk keluarga kita.
Begitulah perumpamaannya.
Orang yg hawa nafsunya sudah Islam, sudah tunduk kpd Allah dan mencintai Allah, *atau hawa nafsunya sudah mahu kembali kpd Allah*... urusan agamanya sudah jadi mudah.
Dia tidak sukar lagi nk menundukkan hawa nafsunya, kerana dia sudah membenci kemungkaran sebagaimana *dia benci makan bangkai atau daging babi*
Siapa yg benci untuk melakukan maksiat sebagaimana bencinya untuk dimasukkan ke dalam api, maka dia sudah merasai nikmat iman.
Bagaimana pula jika hawa nafsu kita bagaikan haiwan yg tak kira halal haram ?
1 hari, ada nyonya datang klinik saya untuk rawatan, sbb tangannya digigit anjing. Ketika itu, dia sedang bawa kotoran ke tong sampah. Anjing itu nk rebut apa yg dia bawa, dan gigit tangannya.
Nafsul ammarah adalah ibarat anjing tadi. Dia mahu kepuasan, walaupun dia gigit tangan tuannya. Kitalah yg kena azab Allah nanti jika terus2 ikutkan kemahuan hawa nafsu yg masih jahat.
Seba itu, kita kena cari jalan bagaimana nk islamka hawa nafsu kita.. agar ia hanya suka yg baik2 spt sukakan makanan halal, dan bencikan yg buruk2 spt bencikan bangkai...
*Rahsia perubahan nafsu itu ada di dalam solat*
Apabila di dalam solat kita itu, *jarum hati sentiasa tertuju kpd Allah, wajah hati mengadap kpd Nya, dan solat menjadi taqorrob atau pendekatan kpd Nya*... in syaa Allah, solat tadi akan mengubah hati dan nafsu kita.
Tetapi, ilmu yg pertama kali atau yg mula2 diangkat ialah *ilmu khusuk*
Terangkatnya ilmu ini dengan kematian ulama
*Sentiasalah hambaKu mendekat diriku dengan amalan2 sunnat sehingga Aku mencintainya*
Ini adalah maksud hadith kudsi.. ia menerangkan bagaimana kita boleh dapat kasih Allah kpd diri kita.
Tidak mahukan kita kalau Allah mengasihi diri kita ?
Kalau tak mahu .... *memang melampau*
Comments
Post a Comment