ADAB DAN CARA BERBINCANG
Assalamualaikum,
Ummat Islam ada banyak isu untuk diperselisihkan.
Isu2 politik, sosial, ekonomi, hukum dan agama. ...
Tetapi, adakah Allah suka kita berselisihan ?
Berselisihan itu ada 2 maksud :
1 , sekadar berbeza pendapat.. ini tak mengapa
2 , perpecahan, permusuhan, putus silatur tahiim, hina menghina, enggan bekerja sama dalam hal2 kebaikan... ini dilarang.
Perbezaan pendapat adalah perkara kefahaman. Kadang2 ia dapat diselesaikan dengan perbincangan dan masyuarat.
Adakalanya ia tetap tidak dapat deselesaikan, dan mereka kena berlapang dada.
Apa maksud berlapang dada? Maksudnya ialah relax, jangan kecil hati, jangan keras kepala nk sentiasa diakui sebagai orang yg sentiasa benar dalam semua perkara.
Jika ada sikap macam ini, orang2 Islam akan sentiasa bertegang urat, berdebat, lupa untuk ingat Allah dan dikuasai syaitan.
Pada akhirnya, kita tidak sampai ke mana juga.. *berarti masih di takuk itu* juga...
Bukan mudah untuk berbincang jika kita tidak cukup *syarat untuk berbincang*
Contoh *syarat2 untuk berbincang* ialah :
1. Hati terbuka untuk menerima kebenaran, walaupun pahit
2. Hati terbuka untuk menerima keputusan syura, walaupun dia rasa keputusan itu adalah inferior berbanding pendapatnya sendiri.
3. Tidak marah2 atau mengamuk kalau pendapatnya ditolak orang. Dia tidak hina orang dengan kata2 spt : Awak ni otak udang, baru setahun jagung, saya ini pakar ... dll
4. Mampu berfikir dengan matang. Ada analytical mind.
5. Ada keluasan vokab, iaitu dia faham apa yg dimaksudkan oleh kawannya. Sebab itu ada orang kata: Ilmu seseorang adalah sekadar mana keluasan vocab nya. Vocab ialah perkataan2 yg dia faham maknanya dengan betul
6. Jangan dia seorang sahaja bercakap.. termasuk pengerusi juga hendaklah adil pada semua orang
Dan macam2 lagi 🤣
Comments
Post a Comment