BAGAIMANA MENANAM CINTA ILAHI

Kita bercakap pasal cinta Ilahi ,  iaitu cinta kpd Pencipta, Pemilik dan Penjaga sekalian alam..

Bagaimana cara untuk mendapatkan rasa cinta itu ? 

Kita boleh bercakap berkenaannya dan membaca topik cinta Robbani ini, tetapi kenapa sukar sangat untuk memupuk cinta spiritual ini ? 

Tentu saudara perasan bahawa siapa yg suka untuk bertemu dgn Allah, maka Allah pun suka untuk bertemu dengannya. Yang mengharap untuk bertemu dgn Allah, Allah akan mengharap untuk bertemu denganNya...

Sekarang saya mahu tanya... bagaimana Allah akan masukkan rasa cinta ke dalam hatimu jika engkau sendiri malas untuk berusaha mencintaiNya ?

Engkau utamakan mencari rezeki 1 ribu kali lbh dari berusaha untuk mencintaiNya.  Jika Allah sudah kurniakan rasa cinta dan rindu untuk bertemu dengan Nya ke dalam hati mu, berarti dia juga sudah bersedia untuk mencintaimu, dan engkau akan termasuk ke dalam golongan yg bahagia ..

Tetapi engkau tidak ikhlas dalam mengusahakan cinta kpd Nya .

Engkau lebih memikirkan dirimu, dan melupakan hubungan RASA HATI dan JIWA BATINMU dengan Nya.

Sepanjang 24 jam yg kau lalui, kau hanya memikirkan bagaimana cara nk selamat dari azab kubur/neraka dan dapat menikmati kelazatan syurga

Kau remehkan perasaan di hatimu dan engkau fikir, memupuk perasaan itu tidak penting... Engkau hanya fikirkan tentang halal dan haram, dosa dan pahala, syurga dan neraka...

Yang sebenarnya, kita kena IKHLAS kpd Allah. Kena mengharapkan pertemuan denganNya dan mengharapkan wajahNya. Kena selalu mengenangkan dan bercerita akan segala nikmat kurniaNya. Beribadat dengan rasa terima kasih dan kerinduan kpd Nya.

Inilah perkara yg paling asas... iaitu apa niat di hati kita.

Apakah penggerak penghayatan Islam kita.  Apakah diri kita sendiri, atau Allah yg menjadi matlamatnya.

Setelah itu, barulah kita boleh bicarakan tentang jalur tengah, titik tengah hati, sistem limbik dan titik atas...

Hanya setelah kita perbetulkan niat, barulah yg lain2 itu akan berhasil, in syaa Allah.

Comments

Popular Posts