HIKMAH .. as SAD : 20
Assalamualaikum dan salam pagi untuk semua warga diskusi sufi
Di pagi ini, mari kita tadabburkan ayat berikut
Sad : 20
وَشَدَدْنَا مُلْكَهُۥ وَءَاتَيْنٰهُ الْحِكْمَةَ وَفَصْلَ الْخِطَابِ
Dan Kami *kuatkan kerajaannya* dan *Kami berikan kepadanya hikmah* dan *kebijaksanaan dalam menyelesaikan perselisihan*.
Nabi Daud as telah mewarisi kerajaan dari Thalut. Allah membantu baginda menguatkan kerajaannya, dan memberi baginda kebolehan2.
2 kebolehan di sini ialah
1. Hikmah
2. Kebijaksanaan menyelesaikan perselisihan
Di dalam al Qur'an, perkataan HIKMAH di firmankan banyak kali... yg berarti HIKMAH itu adalah sesuatu yg sangat berharga.
Hikmah adalah kepunyaan orang Islam dan hendaklah dipungut walau di mana dijumpai
HIKMAH hendaklah dipelajari dan diajarkan kpd anak2.. Dengan HIKMAH ini, anak2 akan membesar sebagai manusia yg ada pengertian yg mendalam, pandangan yg jauh, halus budinya dan mampu menjangkau apa yg tidak terlihat di mata kasar
Kita sering jumpa 2 perkataan ini.. iaitu KITAB dan HIKMAH.
Kitab ialah pengajaran2 yg tertulis dengan huruf. Kita pelajari dan fahami.
HIKMAH adalah kelebihan pada PENGERTIAN. Bukan sekadar ada pengetahuan yang telah dipelajari, tetapi mampu menggali pelajaran2 yg baru dari apa yg dilihat pada peristiwa2 yg biasa.
Mampu membuat pengadilan yg tepat dengan melihat pada dalil2 dan hujah.
Apa yg dilihat disekitarnya menjadi seakan-akan kitab yg dia mampu baca dan fahami... padahal ia bukanlah kitab yg bertulis dengan huruf2.
Dia mendapat ilmu dan pengertian dari pemerhatian dan renungan, padahal orang lain mungkin hanya dapat hiburan dan pengalaman.
Lihat sahaja kpd ibnu Khaldun.. bagaimana beliau dapat menggali hikmah2 dari data2 sejarah, dan mampu menulis al Mukaddimah, iaitu 1 kitab yg sangat berharga.
Juga lihat kpd Luqmanul Hakim. Biarpun beliau sudah meninggal, tetapi kata2nya berisi kebijaksanaan telah dirakamkan oleh al Qur'an.
Kitab al Hikam karangan ibnu Athaillah juga adalah kitab tasauf yg sarat dengan hikmah. Ia berkisar disekitar kefahaman kpd ilmu2 hakikat.
Kebijaksanaan adalah 1 kurnia dan 1 bakat yg berharga.
Nabi Daud as telah dikurniakan bakat tersebut untuk menunaikan tanggung jawab sebagai Rasul dan pemimpin kerajaan.
Tanpa HIKMAH, pemimpin akan gagal melihat kesan2 dari polisi yg dia gubal kpd generasi yg akan datang. Tanpa HIKMAH juga, pemimpin akan gagal melihat kelebihan, kelemahan, potensi, rahsia dan lain2 lagi yg wujud di dalam pemerintahannya. Apa yg dilihatnya... semua ok sahaja. Ok ok sahaja ....
Di mata kasarnya, semuanya ok sebab dia ada kekurangan, iaitu kekurangan HIKMAH..
Kita dapat lihat setiap Rasulullah terutamanya nabi Muhammad saw diberikan dengan HIKMAH yg banyak.
Para Rasul adalah guru2 yg mendidik.. mereka bukan hanya mengajar al kitab tetapi juga mengajar HIKMAH.
Kalau kita mahir al kitab... kita akan dapat *A* , tapi kalau ada kitab dan hikmah, kita boleh dapat *AA*
Contohnya, kita diajar solat ketika usia 7 tahun.. alhamdulillah.
Kita patut belajar HIKMAH dari MENDIRIKAN SOLAT.
Kita diajar mengaji al Qur'an dan tahu bahawa pahala untuk 1 huruf adalah 10 ... kita juga patut faham HIKMAH dari pengajian al Qur'an.
Jadi.. tidaklah berlaku sudah usia 60 tahun, tapi belum hafal makna surah al fatihah. Itu baru maknanya.. belum tadabburnya.
Allahu a'lam
Semalam.. saya rawat seorang pemuda. Sudah 5 hari dia demam.
Masaalahnya.. dia jadi tak lalu makan. Mulutnya pahit.
Saya kata padanya : Bila demam masuk hari ke 3 , mulut kita akan terasa pahit. Sebabnya ialah di dalam mulut kita ada asid kerana banyak bakteria. Dan yg lbh penting ialah walaupun mulut kita terasa pahit apabila makan apa juga benda, tetapi kalau makan yg masam akan terasa masam..
Pada tahun 2006 saya kena demam Chikungunya. Mulut saya terasa pahit. Tak lalu nk makan.. maka saya ke kebun mencari terung asam. Saya buat sambal tumis yg sangat masam.. tapi saya terasa enak. Emak saya pula tak lalu nk makan sambal itu sbb terlampau masam
Bila kita sakit Chikungunya, kita perlukan vitamin C dan vitamin C ialah ascorbic acid yg rasanya masam. Seolah2 Pencipta mahu tunjukkan kpd kita... ketika ini awak perlu makan vitamin C sebab itu Aku jadikan mulutmu pahit, tapi terasa enak makan makanan/minuman yg masam.
Selain itu, kita kenalah gosok gigi dan cuci mulut untuk buang asid dan bakteria dari dalam mulut. Kebersihan ini dapat bantu menyembuhan penyakit tekak
Dari 👆🏾 kita sedar kewujudan rahsia2 disebalik apa yg kita alami. Yg di atas itu ialah HIKMAH di bidang perubatan, tetapi disebalik itu ada lagi rahsia.. iaitu bagaimana Allah ciptakan diri kita dengan hikmah.
Tetapi bila ada ceramah agama, sayangnya soalan2 oleh hadirin kebanyakannya ialah hukum itu dan ini.. seolah2 agama ini hanya berkisar di sekitar hukum.
Akhirnya, IQ kita untuk memahami rahsia2 alam dan kejadian2 akan menjadi tumpul, padahal mungkin Allah mahu berkomunikasi dengan kita melalui kejadian2 tersebut.
*Cuba fikirkan.. ada atau tidak Allah berkomunikasi dgn kita pada pagi ini* ?
Comments
Post a Comment