LANGIT DAN CAKRAWALA (2)
Assalamualaikum...
Sunyi sekali pagi ini. Hujan yg turun sudah reda.. ayam belum berkokok.
Fikiranku menerawang ke alam ribuan dan jutaan tahun dahulu.
Menurut kajian ahli2 arkeologi/sejarah, tamaddun yg tertua adalah tamaddun Sumeria yg telah bermula 12,000 tahun dahulu. Letaknya tanah Sumer adalah di lembah antara 2 sungai di Iraq, iaitu sungai Tigris dan Euphrates.
Mana2 tamaddun manusia yg lain adalah masih baru jika dibandingkan dengan tamaddun orang2 Sumeria.
12,000 tahun adalah bersamaan dengan 10,000 tahun sebelum Masihi, atau 10,600 tahun sebelum hijrah.
Sangat lama.. bukan ?
Kira2 30,000 tahun dahulu telah ada makhluk spt manusia yg tinggal di gua2 di Perak, yg dipanggil orang Perak... tetapi bwlum tentu mereka itu adalah manusia spt kita.
Maklumlah, hidupan yg bertubuh spt manusia bukanlah hanya 1 ... tetapi banyak lagi. Kera, beruk, siamang, orang utan, ungka dll, semuanya mirip manusia sehingga ada saintis pelik yg buat teori yg mengatakan manusia adalah keturunan monyet, dan seterusnya semua hidupan biologi adalah bermula dari rumpair.
Rumpair bermula dari asid gula ribos yg terbentuk dari tindak balas alami... lalu gula2 ribos itu bercantum membentuk rantai DNA.
Selepas itu rantai DNA tadi membentuk protein2 untuk menghasilkan hidupan 1 sel.
Tetapi dari mana pula DNA tadi mendapat asid2 amino dan lain2 bahan untuk membentuk protein dan phospholipid yg akan digunakan untuk membentuk sel ?
Dan bagaimana pula DNA tadi dapat membentuk sel yg pertama tanpa bantuan organel spt ribosom, endoplsmic reticulum dan mitokondria sebagai enjin tenaga ?
Tanpa itu semua, bagaimana sel dapat bertahan untuk hidup dan membiak ?
Memang sesetengah dari teori sains adalah gila...
Tamaddun Sumeria bermula 12,000 tahun dahulu, dan dinasti yg pertama di dunia adalah dinasti Sargon yg memerintah di Sumeria juga.. kira2 4,400 tahun dahulu. Begitulah kata ahli2 arkeologi.
Sebagai perbandingan, zaman Nabi Musa adalah 3,400 tahun dahulu, iaitu 1000 tahun selepas dinasti Sargon
Tetapi kita juga maklum bahawa sebelum zaman Nabi Musa as telah ada pemerintahan yg baik di Masir yg dibantu oleh Nabi Yusuf as.
Yusuf bin Yaakob as.
Yaakob bin Ishak as
Ishak bin Ibrahim as
Nabi Ibrahim pula berasal dari Utara Iraq atau Utara Sumeria... bilakah zaman Nabi Ibrahim itu ?
Di zaman Nabi Ibrahim sudah ada raja Namrud, dan sudah ada kerajaan di Masir yg mana raja Masir hadiahkan siti Hajar kpd baginda.. Ketika itu juga sudah ada ummat Nabi Lut as kerana Nabi Lut juga hidup di zaman Nabi Ibrahim.
Ketika zaman Nabi Ibrahim as dan Ismail as itulah Kaabah dibina... Yang berarti usia Kaabah adalah jauh lbh tua berbanding zaman Nabi Musa dan zaman diturunkan Taurat.
Bercerita pasal tua... zaman 30,000 tahun dahulu itu kita sudah rasa sangat tua, tetapi sedarkah kita bahawa cahaya dari galaksi sebenar yg terdekat dengan Bima Sakti yg kita duduk ini berada berapa tahun cahaya dari kita ?
Galaksi yg terdekat itu ialah Andromeda, dan jauhnya ialah 2.5 juta tahun cahaya dari bumi.
Itulah galaksi yg terdekat dgn kita.
Yang ke 2 dekat ialah 3 juta tahun cahaya.
Ke 3 dekat ... 12 juta tahun cahaya
Ke 4 dekat ... 37 juta tahun cahaya.
4 galaksi ini boleh dilihat dgn mata kasar.
Cahaya dari galaksi Andromeda telah mula meninggalkan dirinya menuju kpd kita kira2 2.5 juta tahun dahulu, baru sekaranglah kita menerima dan melihatnya.
Jadi galaksi yg kita lihat itu adalah galaksi yg wujud di zaman purba.. terlampau purba..
Di Afrika, dijumpai tulang kera kecil yg dijangkakan telah hidup 6 juta tahun dahulu.
Tulang kera yg paling mirip dengan manusia hanya dikesan hidup di bumi lebih kurang 1 juta tahun dahulu... lamaaa... setelah cahaya Andromeda bergerak ke bumi.
Kurang dari 1 juta tahun yg lampau itulah baru ada makhluk bertubuh spt kera yg mampu berdiri tegak dan menggunakan api.
Begitu purba sekali bumi ini, dan begitu purba sekali galaksi2 yg ada di luar sana..
Persoalannya, adakah galaksi2 itu masih ada di sana ?
Jika dinasour pun sudah musnah 65 juta tahun dahulu... adakah galaksi2 itu masih belum musnah lagi ?
Di dalam al Qur'an ada disebutkan tentang buruj atau gugusan bintang. Ada surah al buruj.
Ada disebutkan yg bintang2 adalah hiasan yg terletak di langit dunia.
As-Saffat : 6
إِنَّا زَيَّنَّا السَّمَآءَ الدُّنْيَا بِزِينَةٍ الْكَوَاكِبِ
Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, yaitu bintang-bintang,
Al-Mulk : 5
وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَآءَ الدُّنْيَا بِمَصٰبِيحَ وَجَعَلْنٰهَا رُجُومًا لِّلشَّيٰطِينِ ۖ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ
Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.
Tidak ada pula disebutkan tentang galaksi...
Adakah galaksi2 yg terletak berjuta2 tahun cahaya dari kita, atau berbillion dan trillion2 tahun cahaya itu telah tidak wujud lagi ?
Usia bumi ini sendiri pun hanya 5.6 billion tahun, tersangat jauh lbh muda berbanding kewujudan galaksi2 di atas sana...
Adakah langit yg 7 lapis itu terletak hanya di atas galaksi Bima Sakti kita ini ?
Adakah susunannya begini ? (Bermula yg paling rendah)
1. Bumi
2. Bulan
3. Planet2 dan Matahari
4. Bintang2 dalam galaksi Bima Sakti
5. Langit 1 hingga langit 7 ...baitul makmur
6. Pokok emas .. sungai Salsabil
7. Maarij
8. Jannah dan Nar
9. Loh
10. Sidratul Muntaha
11. al Mustawa
12 . Arasy
13. Penghujung alam makhluk
14. Permulaan alam kebesaran yg telah sedia wujud sebelim tercipta alam makhluk
Allahu a'lam..
Sekadar coretan
Berapa saiz sistem suria yg terbentuk oleh matahari dan planet2..
Katakanlah saiz sistem suria ini ialah 5mm sahaja, saiz galakzi bima sakti/milky way ialah 300km... sama dengan jarak JB ke KL. Dan jarak di antara kita dgn Andromeda ialah 25x jarak JB-KL = 7,500km ... iaitu hampir sama dengan jarak Malaysia ke Makkah.
Jadi, mampukah agaknya kita nak pastikan kewujudan billionan galaksi2 yg lain sedangkan galaksi Andromeda itu pun sudah sebegitu jauh dari kita.
Al-Mulk : 4
ثُمَّ ارْجِعِ الْبَصَرَ كَرَّتَيْنِ يَنقَلِبْ إِلَيْكَ الْبَصَرُ خَاسِئًا وَهُوَ حَسِيرٌ
Kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah / lemah.
Galaksi bima sakti mula terbentuk sekitar 12 billion tahun dahulu dan sistem suria termasuk bumi ini mula terbentuk kurang dari 6 billion tahun yg lalu.
Galaksi2 yg bertaburan dan jauhnya tidak terkira itu pula wujudnya jauh lbh lama dahulu jika dibandingkan dengan kewujudan galaksi bima sakti... billionan malah trillionan tahun. Bayangkan sahaja jika bilangan galaksi yg kelihatan di langit dengan teleskop berjumlah lbh dari 100,000 billion galaksi... dan yg terdekat letaknya pula sejauh 2.5 juta tahun cahaya ...
Bukan pandangan mata kita sahaja yg lemah, tapi otak kita pun turut tumpul memikirkannya...
Comments
Post a Comment