NASIB DAN USAHA
Assalamu'alaikum, semoga anda ceria selalu...
Sesungguhnya Allah Subhaanahu Wa Ta'ala tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah apa yg ada di dalam diri mereka sendiri.
Ar-Ra'd : 11
لَهُۥ مُعَقِّبٰتٌ مِّنۢ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِۦ يَحْفَظُونَهُۥ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتّٰى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ وَإِذَآ أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوٓءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥ ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia.
Ada kaum berusaha mencari kebaikan dan membina kebaikan. Dengan usaha yg bersungguh2 itu maka Allah kabulkan dan beri kebaikan kpd mereka.
Begitu juga dengan kejahatan... Bila manusia mengusahakan kejahatan, maka Allah pun berikanlah apa yg mereka hajati. Apabila Allah mahu datangkan kejahatan tersebut, mereka tidak akan mampu menghalang.
Sebab itu, ummat Islam kena mengusahakan yg baik2 sahaja. In syaa Allah nanti Allah akan berikan yg baik2. Nasib atau apa yg menimpa mereka nanti adalah yg baik2..
Tetapi kalau yg diusahakan oleh ummat ini adalah perkara yg buruk2.. maka Allah akan datangkan yg buruk2 sesuai dengan usaha kita. Bila Allah turunkan nasib yg buruk itu, kita tidak akan mampu menolaknya.
Apa yg kita usahakan pula adalah mengikut apa yg ada di dalam diri kita.
Apa yg ada di dalam diri kita ? Iaitu hati dan jiwa batin kita. Hati dan jiwa batin inilah yg menggerakkan yg zahir... Tanpa hati dan jiwa batin, kita akan jadi spt orang yg pengsan atau tidur. Mereka itu adalah bagaikan orang yg mati sbb mereka adalah bagaikan jasad tanpa hati dan jiwa.
Setelah kita ubah apa yg di dalam diri, maka amalan dan usaha2 kita akan berubah.
Hati dan jiwa batin yg baik akan menzahirkan amalan dan tradisi yg baik.
Setelah ummat ini mengubah yg BATIN , maka yg ZAHIR akan berubah.. amalan berubah, tradisi dan buadaya akan berubah, dan akhirnya Allah akan ubah nasib kita.
Lihatlah bagaimana Allah mahu mengubah nasib bani Israil di zaman Nabi Musa alahi salam.
Allah datangkan Nabi Musa alahi salam sebagai pemberi peringatan, pendakwah dan guru yg membentuk.
Kaum bani Israil telah mengubah diri mereka dengan mengikuti tarbiah Nabi Musa as dengan baik. Mereka sanggup mengikut Nabi Musa as berhijrah walaupun menghadapi risiko dibunuh oleh Firaun...
Kemudian Allah belah laut merah lalu mereka dapat melintasi laut merah dengan selamat.
Sebahagian mereka ikut sama berada di perbukitan Tursina selama 40 hari bersama Nabi Musa as untuk menerima Taurat
Ketika mereka menolak untuk masuk ke Palestin, Allah didik mereka dgn membiarkan mereka tersesat di padang Teh untuk beberapa lama...
Pelbagai hukuman di turunkan untuk mendidik mereka..
Akhirnya, hasil dari semua PROSES itu, hati dan jiwa mereka pun berubah... lalu Allah ubah nasib bangsa mereka. Mereka menjadi bangsa yg Mulia..
Mencapai kemuncak ketamadunan di zaman Nabi Sulaiman as..
Tetapi apabila mereka melupakan Allah dan hati mereka menjadi keras, Allah ubah kembali nasib mereka hingga mereka menjadi bangsa yg rendah dan hina.
Al-Hadid : 16
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتٰبَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فٰسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian BERLALULAH MASA YG PANJANG atas mereka lalu HATI MEREKA MENJADI KERAS Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang FASIK.
Mungkinkah orang yg hatinya jahat, hawa nafsunya jahat, angan2nya jahat, dan akalnya pun jahat... mengusahakan yg BAIK2 ? Tidak mungkin .
Jika mereka mengusahakannya, ia mungkin sekadar spt air yg lalu untuk beberapa saat, atau bagaikan usaha orang munafik yg luarnya wangi tetapi di dalamnya pahit.
Oleh itu, jika 1 kaum mahu berubah... tidak cukup dengan hanya menyuruh mereka mengusahakan yg baik atau mengajar fikrah. Tetapi HATI dan JIWA BATIN kena dididik, dibentuk dan diubah..
Proses membentuk yg batin hingga menjadi lembut dan bercahaya bukanlah hanya teori... ia kena ada PROSES nya.
Tidak tahu langsung pasal hati dan jiwa batin ?
Tidak juga... cuma agak kabur, blur atau rabun..
Pendidikan ditumpukan kpd menumpuk FIKRAH ... dengan harapan akan berlaku perubahan dalaman. Sebahagian jadi, tapi banyak yg tak menjadi.
Ada juga orang yg nk memahami hati dan jiwa batin dengan belajar selama 30 minit.. Payah, kecuali anda seorang yg mempunyai SQ (spiritual quotient) yg tinggi. Samalah macam kita belajar business, tak mungkin dgn hanya belajar 30 minit sahaja anda boleh berjaya, kecualilah anda seorang yg tinggi BQ (business quotient)
Apabila kita melakukan kebaikan, Allah akan berikan 10x hingga 700x kebaikan melainkan puasa.
Siapa yg memberi kebaikan, Allah akan berikan 10x - 700× ganjaran kebaikan.
Siapa yg menunjuk orang kpd kebaikan, maka Allah akan berikan kebaikan sebanyak yg dilakukan oleh orang itu tanpa mengurangi kebaikan orang yg melakukannya.
Seorang paderi Kristian di Filipina telah memeluk Islam, dan mengajak 4,000 orang utk memeluk Islam.. berapa banyak kebaikan yg dia dapat ?
Seorang bapa mengajar anaknya mendirikan solat dan membaca al Qur'an ...
Biarpun bapa itu telah mati, dia akan tetap mendapat kebaikan2 dari apa yg dia ajar.
Sebenarnya, sangat beruntung orang yg sanggup menunjukkan orang lain jalan kebaikan.
Jika sebelumnya orang itu mengerjakan solat dengan lalai, sekarang orang itu mendirikan solat dengan khusuk. Ingatan kpd Allah menjadi banyak.. dan dia telah berjaya.
Alangkah beruntungnya orang yg menuntut ilmu, mengamalkan dan mengajarkan kpd orang lain.
Bijak pandai berkata.. work smart , not work hard
Saya anjurkan ... work smart and work hard.
Anda pasti berjaya, in syaa Allah
" Siapa yg menunjuk orang kpd kebaikan, maka Allah akan berikan kebaikan sebanyak yg dilakukan oleh orang itu tanpa mengurangi kebaikan orang yg melakukannya "
👆🏾 ini ialah maksud dari beberapa hadith Nabi saw yg diriwayatkan oleh Imam Muslim.
Fikirkan : Jika kita mengajarkan solat yg khusuk kpd 1 orang setiap tahun, dan kita berjaya mengajar 10 orang selama 10 tahun... berapa banyak kebaikan dari solat khusuk yg dia dapat ?
Allah tak potong walau 1 zarah pun dari kebaikan orang yg diajarnya, TETAPI Allah berikan ganjaran dari DIRINYA SENDIRI.
Sangatlah RUGI orang yg tak mahu membuat INVESTMENT ini.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali yg beriman dan beramal saleh, dan berpesan kpd kebenaran dan berpesan kpd kesabaran.
Cuba tanya kawan2 kita, awak khusuk di dalam solat tak ?
Jika ramai yg jawab tidak, sebenarnya, saudara ada PELUANG INVESTMENT yg paling baik.
Lubang investment ini pasti tak rugi.. in syaa Allah.
Percayalah ..
Jangan ragu2 lagi.
Bertindaklah hari ini juga.
Buatlah investment
Bila orang yg kita ajar itu mendirikan solat fardhu yg KHUSUK sebanyak 5x sehari selama 30 tahun.. kira ajelah berapa banyak kebaikan yg kita akan dapat.
Kemudian kita ajar pula supaya dia mampu mengajar orang lain... dan dia ajar 10 orang lain amalan solat khusuk.
Haa... berlipat2 lah ganjaran
Comments
Post a Comment