BIKIN BAJA ORGANIK

Indahnya waktu dhuha..

Cuaca redup

Burung berkicau

Orang kampung tekun bekerja dikebun

Datang pula soalan melalui WA

Tuan doktor..

*Tinja arnab boleh dibuat baja tak?*

*Dirumah saya banyak tinja arnab terkumpul*.

Tinja arnab, macam tinja kambing adalah bahan organik yg masih kompleks, belum terurai.

Arnab dan kambing makan benda2 organik seperti sayur dan rumput.

Tumbuh tumbuhan membina jasadnya dari bahan2 bukan organik iaitu karbon dioksida, air, nitrogen dll

Dengan adanya cahaya matahari, ia membentuk zat2 yg kompleks spt rantai kabohidrat, selulus dan perotein. 

Apabila kambing dan arnab makan makanan yg kompleks itu, banyak lagi yg belum terurai. Maksudnya maaih banyak yg berbentuk kompleks, dan tak dapat digunakan oleh sayur mayur kita untuk tumbuh membesar

Sayur mayur akan hanya dapat menggunakan tinja tadi apabila ia sudah dipotong2 menjadi molikul2 yg jauh lbh kecil.. inilah yg kita panggil penguraian.

Bagaimana nk melakukannya dengan cepat ?

Kalau kita terus beri pada tanaman kita, ia tak akan dapat gunakannya. Samalah kalau kita diberikan setongkol batang sagu, masakan kita boleh makan.. Batang sagu itu kena diparut, diperah, diambil santannya, dibuat sagu rendang atau lempeng... barulah kita boleh makan.

Samalah macam tanaman sayur juga.

Ada beberapa cara yg kita boleh lakukan

1. Longgokkan bersama sampah sarap ditempat yg kotor. Di situ ada lipas, cacing, ulat2, kuman2, kulat ... yg akan makan najis arnab tadi.  Cacing ada enzim untuk pecahkan molekul kompleks kpd lbh ringkas. Cacing dapat zat, dan najis cacing akan jadI baja. Begitu jugalah makhluk2 yg lain2 itu ... ia akan menghadamkan tinja arnab menjadi bahan yg berguna, yg berwarna hitam dan peroi.

2. Penguraian secara aerobik dengan pembentukan kompos. Kita longgokkan najis arnab, rumput, air dan udara di 1 bekas. Kita bolak balikkan supaya proses berlaku lbh pantas. Tak boleh gunakan air paip. Hasilnya ialah kompos yg mengandungi humus dan bahan2 ringkas yg boleh digunakan oleh tanaman. Ada nitrogen dan lain2 unsur garam galian yg sudah jadi sangat halus untuk diserap dan diguna pakai oleh tanaman kecil

3. Penguraian anaerobik. Ini adalah kaedah pemeraman atau penapaian. Benda2 kotor tadi disimpan di dalam bekas tertutup yg tak masuk oksijen. Boleh ditambah bahan EM atau BO untuk mencepatkan penguraian. Hasilnya ialah bahan terurai, gas metana, asid2  dan bau wangi.

4. Kita boleh gunakan cacing di dalam tong berisi cacing, dan minta cacing makan benda2 tu dan kita ambil beraknya.. berak cacing itu sangat baik untuk tanaman

5. Boleh guna ulat anak lalat. Sudah ada kaedah menternak sejenis lalat agar anaknya yg macam ulat tu makan benda2 kotor agar dia dapat membesar dan bertukar menjadi lalat di kemudian hari. Tapi cara ini mungkin belum digunakan untuk tinja arnab

Comments

Popular Posts