KENAPA UTAMAKAN YG BATIN ?

Soal:  Bila direnungkan mcm kumpulan jemaah Tabligh aje. Atur cara kerja sebiji mcm apa yang jemaah Tabligh tengah usahakan.
Em....atau mungkinkah Jemaah Tabligh dah buat sesuatu kerja mengikut Garisan yang telah ditetapkan oleh islam?

Mohon pencerahan doc kalau mungkin mmg doc

Jawab:

Saya tak pernah menjadi ahli jamaah Tabligh, jadi saya memang tak tahu..

Di dalam diskusi sufi, kami sangat menekankan tentang penyucian hati dan jiwa kerana ia juga sangat diberi keutamaan di dalam al Qur'an.

Selain itu, kami sangat menekankan tentang ingatan kpd Allah dengan ingatan oleh hati dan  nafs (diri dalaman), tak kira samaada ketika berdiri, duduk dan baring sebagaimana yg diajarkan di dalam al Qur'an..

Alasan2nya ialah :-

1. Dengan ingatan yg baik itulah solat akan jadi lbh khusuk, sedangkan di hari Kiamat nanti, jika solat itu baik, maka baiklah seluruh amal yg lain

2. Ingatan kpd Allah adalah pencuci hati yg paling baik

3. Allah tidak melihat kpd rupa paras seseorang tetapi Dia melihat kpd amalan dan hati

4. Hati dan jiwa dalaman (nafs) adalah pangkal atau punca seseorang menjadi saleh.  
(Selain itu ialah kefahaman yg mendalam tentang ad deen, kerana dunia dan akhirat itu dicapai dengan ilmu dan hikmat2 ilmu)

5. Allah sangat suka diingat, disembah dan dicintai. Kerana itu, belum sempurna iman seseorang sehingga Allah Subhaanahu wa Taala dan RasulNya lbh dicintai dari yg lain2..

6. Kita berharap akan kembali kpd Allah dgn hati yg sejahtera (qolbun saleem)

7. Dan kita berharap akan diseru dengan panggilan mesra : wahai nafsul mutmainnah, kembalilah kpd Rabbmu.. redha dan diredhai

8. Jatuhnya Iblis ke lembah kehinaan bukanlah kerana kekurangan ilmunya, tetapi kerana rasa tinggi diri, sedangkan tinggi diri itu pula adalah penyakit hati yg sangat parah. Siapa yg meninggi diri akan direndahkan oleh Allah dan siapa yg tawadhu akan ditinggikannya.

9. Yang paling mulia di sisi Allah adalah yg paling taqwa, sedangkan taqwa ialah persoalan hati dan bertempat di hati.

Segala kebaikan kita bermula di hati kerana hati adalah raja kpd seluruh anggota.

10. Aspek2 inilah  yg menjadi keutamaan Rasulullah saw ketika proses pembentukan iman dan amalan sahabat2 baginda di Makkah (selama 13 tahun)  sebelum hijrah ke Yathrib (10 tahun) mengetahuinya.

Jika hati dan jiwa yg batin itu telah dididik dengan baik, dan disertai dengan peningkatan fikrah yg lengkap... in syaa Allah nanti amalan oleh tubuh fizikal dan bacaan2 akan ikut jadi baik. Akhlak dalaman dan luaran akan jadi baik.

Di 1 ketika, seorang sahabat Nabi Muhammad saw pergi menyiasat apakah sebabnya hingga Nabi saw mengatakan si pulan itu adalah ahli syurga. Selama 3 hari beliau tidak menemui apa2 keistimewaan pada si pulan itu kerana dia menyiasat amalan luaran / fizikal.

Tetapi apabila dia bertanya kpd si pulan tadi, jawabannya cukup memeranjatkan ... amalannya mudah sahaja, tetapi adalah amalan dalaman, iaitu amalan hati, atau sikap hati.

Hatinya tidak pernah bersikap buruk kpd sesama Muslim.

Comments

Popular Posts