ULUL ALBAB DAN HIKMAH2 KEHIDUPAN

Assalamualaikum semua.. Terima kasih kerana sudi membaca

Apabila sains dan teknologi dunia bertambah maju, salah 1 kemajuannya ialah di bidang robotik, atau ilmu mencipta dan menggunakan robot

Apa itu robot ?  Robot ialah alat yg dicipta untuk memudahkan kehidupan kita.

Di dalam robot kena ada komputer.. inilah isi penting di dalam robot. Ia adalah otak kpd robot. 

Selain itu, kena ada  letrik sebagai sumber tenaga.

Hasil darinya ialah alat yg dipanggil sebagai robot, yg mampu melakukan kerja fizikal.

Di rumah kita sudah ada mesin basuh pakaian yg boleh membasuh dan memerah. Di dalamnya ada otak komputer kecil... jadi kita sudah ada robot yg paling ringkas.

Di kilang membuat kereta ada robot yg mencepatkan, menepatkan dan mengurangkan kos operasi. Robot juga mampu melakukan kerja2 yg bahaya dan rumit

Ada robot yg mampu menyelam ke dalam laut, pergi ke tempat berlaku perang, menghadapi risiko letupan dll

Bila teknologi bertambah maju, mereka cipta robot yg lbh pelik yg dipanggil robot humanoid. Bentuknya macam orang, ada kaki, tangan dan kepala.... maka ia mampu utk bergerak dan buat kerja. Ada yg bergerak dengan kaki dan ada yg dipasang roda di tapak kakinya

Kita inginkan yg lbh hebat lagi, iaitu robot humanoid yg rupanya ada macam kita kerana sudah dipasang kulit, bibir, kelopak mata, rambut, boleh senyum, boleh sengih, bolwh tunjukkan aksi marah, dab boleh bergurau ...

Robot macam 👆🏾 dipanggil robot android. Memang best kalau ada kawan robot android macam tu..

Kita boleh bawa dia berjalan jauh untuk menemankan berbual di saat yg sepi. Pandai pula ia jaga perasaan kita, sbb kita sudah programkannya.

Sayangnya, hasrat kita untuk mempunyai robot android spt itu mungkin tidak kesampaian...

Kenapa kita mungkin gagal mencipta robot android yg betul2 serupa dengan manusia ? 

*Masaalahnya ialah pada inti robot itu*  , iaitu komputer yg ada di dalam tubuh robot.

Kita hanya mampu mencipta koputer yg ada processor, memory, dan mampu menerima program yg kita masukkan atau programkan.

Robot android spt ini hanya hidup pada fizikalnya. Mampu buat kerja fizikal yg kita berikan...tetapi ia sebenarnya tiada inti kemanusiaan, iaitu hati dan jiwa dalaman/batin

INSAN adalah makhluq yg sempurna.

Insan ada  (1) unsur FIZIKAL iaitu TUBUH KASAR yg terbentuk dari sel2 dan tisu ...dan  (2)  INTI INSAN , iaitu kebatinannya.

INTI INSAN  terdiri dari beberapa unsur, iaitu pemikiran, angan2, kesedaran, perasaan, keinginan, keazaman dll..

INTI INSAN ini adalah sangat2 penting. Tanpa inti yg bagus, insan akan *turun ke darjat yg paling rendah iaitu asfala saafilin*.

Di tingkat asfala saafilin ini, insan adalah bagaikan makhluk FIZIKAL YG TIADA PUNYA INTI. 

Ia akan jadi lbh kasar dan buas dari binatang buas.  Kenapa ?  Kerana, ia tidak mempunyai aqal, hati budi, perasaan, dan kesanggupan untuk menunaikan tugas2 khalifah di muka bumi

Dalam bahasa Arab, inti dipanggil lubb.

Seperti kacang, ada kulitnya dan ada isi/inti

Isi atau inti kacang itulah dipanggil lubb

Kalau intinya hanya bagaikan hampas yg tiada vitamin, asid amino, kabohidrat dll.. kita akan katakan yg kacang itu tidak berinti. Hanya hampas belaka.

Begitu juga, jika insan tidak ada kebolehan untuk berfikir, berzikir/mengingat, memahami, rasa takut kpd Allah, kesedaran untuk bertaubat, keinginan untuk jadi hamba yg taat dan menjaga... maka insan tadi adalah bagaikan insan FIZIKAL yg tidak punya LUBB/ INTI / ISI..

LUBB itu, apabila di jamakkan/dipluralkan akan menjadi ALBAB.

Orang yg mempunyai ALBAB/banyak INTI , akan dipanggil  ULUL ALBAB  atau ULIL ALBAB.

Alangkah beruntungnya para ULIL ALBAB.. iaitu orang2 yg mempunyai INTI YG BERNAS..

Ali 'Imran : 190

إِنَّ فِى خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلٰفِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَءَايٰتٍ لِّأُولِى الْأَلْبٰبِ

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi para ULUL ALBAB.

Di sebalik undang2 dan perintah2 itu ada rahsia..

Rahsia di sebaliknya adalah sesuatu yg mendatangkan kehidupan.

Contohnya ialah mendirikan solat.. yg mana ia adalah perintah. Di sebalik perintah tersebut ialah kehendak Allah agar kita selalu ingat kpd NYA.

Rahsia disebaliknya ialah Allah sangat suka disembah dan diingat... Dengan banyak mengingati Allah, kita akan mendapat kehidupan dan kebahagian.

Begitu juga... Allah telah memberi kita begitu banyak nikmat, hingga tidak terhitung banyaknya. Yang Dia mahu ialah kita kena akui bahawa nikmat2 tersebut adalah pemberian Nya.

Sesudah itu, kita perlu berterima kasih.... maka timbullah dasar atau inti ibadah kpd Allah, iaitu bersyukur kpd Nya dengan membanyakkan ingat kpd Nya.

Selanjutnya akan terbit pula kepatuhan kpd syariat2 Nya.

Ibadat yg kita lakukan datangnya dari dalam hati, iaitu :-

1. Cinta kpd Allah.. bersama rasa cinta ini bercabanglah cabang2 syukur, tawakkal, redha, kerinduan, keasyikan, ingin kembali ...

2. Takut kpd Allah. Takut kpd kebesaran, kekuasaan dan pemerintahan Nya.

Semakin mendalam cinta dan takutnya, maka semakin baiklah kepatuhan kita kpd Allah.

++++++

Tetapi bila kita pandang dari sudut yg lain... kita tahu bahawa semua itu kita lakukan adalah kerana Allah sangat suka diingat, disembah, disyukuri, diagungkan, dipuja puji,  dan diperTuhankan

Apabila kita beribadat dengan penyertaan ZAHIR DAN BATIN BEGINI .. in syaa Allah, kita akan mendapat hikmat2 ibadat yg selanjutnya.

Lakukanlah apa yg kita sudah tahu, maka kita akan diberi apa yg kita belum tahu.

Bersyukurlah, nanti kita akan diberi tambahan.

*Ikhlaskan*

Comments

Popular Posts