KEKUATAN HATI

Assalamualaikum semua,


 Allah SWT berfirman:

وَاللَّهُ خَلَقَكُمْ مِّنْ تُرَابٍ ثُمَّ مِنْ نُّطْفَةٍ ثُمَّ جَعَلَكُمْ أَزْوٰجًا  ۚ  وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنْثٰى وَلَا تَضَعُ إِلَّا بِعِلْمِهِۦ  ۚ  وَمَا يُعَمَّرُ مِنْ مُّعَمَّرٍ وَلَا يُنْقَصُ مِنْ عُمُرِهِۦٓ إِلَّا فِى كِتٰبٍ  ۚ  إِنَّ ذٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ
"Dan Allah menciptakan kamu dari tanah kemudian dari air mani, kemudian Dia menjadikan kamu berpasangan (laki-laki dan perempuan). Tidak ada seorang perempuan pun yang mengandung dan melahirkan, melainkan dengan sepengetahuan-Nya. *Dan tidak dipanjangkan umur seseorang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lauh Mahfuz)*. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah."
(QS. Fatir 35: Ayat 11)


 Ada pesakit yg hatinya diselubungi dengan perasaan bimbang dan takut tentang penyakit dan masa depan.

Sangat pantang baginya jika kita sebut tentang kemungkinan penyakit yg serius atau kematian. Dia akan rasa berdebar2 dan sangat tidak tenteram. Tangannya sejuk, nadinya laju.

Saya beri nasihat :  Kita kena berusaha untuk kuatkan diri kita.. jangan biarkan hati kita terlampau lemah. Sekarang kita masih muda, dan kita masih mampu berusaha untuk mencari kekuatan. Lama kelamaan kita akan semakin tua dan lemah. Kita kena bersedia untuk saat2 seperti itu.


 Saya kata : Kita akan dapat kekuatan apabila kita bersikap positif dengan Allah. Sebenarnya Allah sangat baik dengan kita, malah lbh baik dari siapa sahaja.  Yang penting ialah sikap kita kpd Allah perlu sentiasa positif.

Kita kena bina sikap tawakkal dan redha kpd Allah. Redha bukan sekadar sabar terhadap ujian2 Nya, tetapi juga rasa happy dengan ketentuanNya.

Sikap begini memang sukar untuk dicapai, tetapi kita perlu usaha.... iaitu dengan berusaha mengenali Allah.


 Kalau sewaktu kita muda dan sihat, kita sudah menggelabah dalam kehidupan harian dan ujian2 yg ringan, bagaimana kita akan hadapi ujian2 Allah di saat kita tua dan lemah ?


Panjang juga nasihat saya padanya. Kasihan sangat melihat kerisauannya... iaitu apa yg kita panggil anxiety. Ia sudah jadi keperibadiannya. Setiap hari bimbangkan kesihatan dirinya.

Saya cuba elakkan beri ubat penghilang kerisauan, sebaliknya menumpukan kpd motivasi dan mengajar ilmu menenangkan diri.

Saya tahu, tidak mudah untuk tenangkan diri jika kita memang ada masaalah penyakit sentiasa dalam keadaan bimbang.

Saya cuba sahaja...

Saya fikir, dia kena selalu membaca buku2 yg boleh mengukuhkan keyakinan kpd Allah. Dia perlu kenal bahawa Allah adalah Maha Pemurah dan Penyayang.

Tiada apa faedahnya dia terlampau risaukan hari esok.. kerana usia kita pun sudah ditentukan. Apa yg kita perlu buat ialah berusaha, berserah dan bersikap positif.

Jika kita tidak mahu berusaha, lalu Allah takdirkan kita dalam kepayahan, itu adalah kerana kesalahan kita sendiri sbb meninggalkan usaha.

Tetapi kalau kita sudah berusaha tetapi takdir Nya kita gagal, sakit dan mati... maka apa pula yg hendak dipeningkan atau dikecewakan?  Bukankah sudah jelas yg ia telah ditentukan oleh Allah sejak zaman berzaman lagi ?

Jika kita sabar, syukur dan terima dengan senang hati, kita sendiri yg akan untung.

++++××××

Tetapi jika kita marah2 kpd nasib yg menimpa kita, kita sendiri yg akan rugi


Seorang pesakit wanita berusia 60an mengidap penyakit Parkinson disease.

Tangannya terus menerus menggigil dengan kasar. Kasihan sungguh saya padanya.

Suaminya sangat supportive.. dan tenang.

Saya hanya dapat nasihatkannya agar terus bersabar. In syaa Allah, sepanjang masa dia menderita penyakit Parkinson itu, dia akan diberikan pahala ...

Xxxxxx

Ada orang yg apabila dipujuk supaya bersabar, dia rasa tak selesa. Dia akan kata : Ya lah sabar, tapi saya yg menanggungnya ..

Sebenarnya memang sukar untuk mendapat kekuatan untuk sabar, tenang, tawakkal dan redha.

Sejak kita masih sihat, kita kena didik diri kita untuk selalu berhubung dengan Allah. Jadikan menyendiri bersama Allah itu 1  kebahagiaan...

Ia memang mudah dicakap tapi sukar dibuat, tapi memang begitulah langkahnya.

Janganlah kita lihat amalan yg mendatangkan ganjaran hanya berupa amalan2 spt solat dan membaca al Qur'an.

Hati kita ingat kpd Allah, sabar kpd ujian2 Nya, redha atau senang hati kpd takdirnya, tawakkal kpd apa yg akan berlaku.... ITU SEMUA ADA GANJARANNYA.

Ramai orang yg hanya menumpukan kpd amalan2 bacaan dan perbuatan, padahal amalan hati itu kekuatannya lbh besar dan utama. Bukankah TAQWA itu di hati ?  Sabar, syukur, redha dan tawakkal itu semuanya letaknya di HATI ?

Apabila kita sudah tua, badan lemah, nak baca al Qur'an pun sukar.. terbaring solo di pembaringan..ketika itu,  yang kita mampu ialah amalan hati.

Itulah sahaja kekuatan masih ada pada diri kita di ketika itu.


Di sepanjang pengalaman saya berhadapan dengan pesakit2 yg tenat atau terlampau uzur, biasanya mereka itu bagaikan sudah hilang baki kekuatan melainkan yg sudah di biasakan.

Yang hairannya, yg sudah biasa dilakukan pun boleh hilang punca. Pemikirannya sudah tersangat lemah. Nak baca apa dan nk ingat apa pun payah...

Kerana itu, kita kena mantapkan ingatan hati kita kpd Allah dan latih diri supaya selalu positif dengan Allah... Mudah2an jika kita ingat kpd Nya ketika kita senang, maka Allah akan ingat kita ketika kita susah.

Comments

  1. Salam semoga Allah swt berkati saudara. Saling ingat mengingati tentang Kematian buat kita insaf. Jika ramai yg sedar ttg hari pertemuan dgn Allah. Swt.Pesakit akan hilang rasa sakit malah rasa sakit jadi rasa rindu. Terus lah menulis kerana Allah swt. salam .

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts