Al HUJURAT : 10

Assalamualaikum,


Allah SWT berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ  ۚ  وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
(QS. Al-Hujurat 49: Ayat 10)


Kita lihat di zaman sekarang ini ada golongan2 orang Islam saling bermusuhan, hingga mereka seakan-akan bukan bersaudara.

Di dalam ayat ini Allah menyebutkan bahawa ummat Islam ada hubungan bersaudara. Bukan orang lain. Semuanya bersaudara.

Ayat ini dimulakan dengan innama = hanya sanya, sesungguhnya hanyalah, sesungguhnya tidak lain

Ia adalah 1 kata tegas dari Allah


Bukan warna kulit atau keturunan yg menjadikan mereka saudara, tetapi persaudaraan mereka ialah hubungan aqidah, iaitu hubungan yg sangat kukuh

Hubungan ini adalah hubungaj yg telah dimaterikan oleh Allah. Sudah dicap oleh Allah bahawa orang Islam adalah bersaudara.

Siapa yg memutuskannya akan dimurkai oleh Allah



ISLAH

Ia ada 2 maksud :-

1. Mendamaikan di antara orang atau golongan (serasi dengan konteks ayat di atas)

2. Membaiki, reformasi


Islah juga adalah lawan/antonim  kpd makna fasad/rosak


Persaudaraan Islam adalah kekuatan masyarakat Islam. Setelah hijrah ke Madinah, mereka sudah dapat membentuk 1  masyarakat yg tersendiri kerana bilangan yg ramai. Ketika itu hampir setiap rumah suku Aus atau Khazraj sudah ada ahli rumahnya yg masuk Islam.

Sebelum hijrah, bilangan orang Islam di Makkah tidak ramai. Daripada lebih kurang 100 orang pemeluknya, sebahagian sudah hijrah ke Sudan dan ada yg hijrah lbh awal ke Yathrib.

Jadi, sebaik sahaja Nabi saw hijrah ke Madinah, baginda memulakan proses yg sangat penting, iaitu

1. Eratkan persaudaraan Muhajirin-Ansar

2. Pembunaan masjid

3. Piagam/perlembagaan Madinah


Surah2 yg berkaitan persaudaraan Islam ialah

1. Surah ali Imran ayat 103

2. Surah al Hujurat

3. Surah al Hasyr

Ketiga2nya turun di Madinah.


Surah ali Imran ayat 103 , Allah SWT berfirman:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا  ۚ  وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَآءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِۦٓ إِخْوٰنًا وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا  ۗ  كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ ءَايٰتِهِۦ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ
"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali (agama) Allah, dan *janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan karunia-Nya kamu menjadi bersaudara*, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 103)


Pada awalnya orang2 Arab saling bermusuhan dan berlaku peperangan di antara qabilah2.

Setelah mereka beriman, Allah pun menyatukan hati mereka... artinya timbul kasih sayang di atas dasar aqidah, dasar hidup yg sama, perjuangan yg sama dan survival yg sama. Permusuhan yg sudah puluhan tahun telah hilang dan berganti dengan kasih sayang.

Ini kita boleh lihat pada isi kandungan baiatul Aqobah

Kemudian Allah dengan rahmatnya telah isytiharkan bahawa orang2 Mukmin adalah bersaudara

Begitulah caranya Allah menyatukan qabilah2 yg masuk Islam ketika itu. Akhirnya mereka berjaya membentuk negara yg kuat sehingga menjadi 1 empayar selama ratusan tahun


 Surah al Hujurat dari ayat 9 - 13 ... menyebutkan beberapa peraturan persaudaraan Islam

Surah al Hasyr ayat 9 - 10 ... juga mengesahkan tentang persaudaraan Islam.

Surah al Fath ayat 29 ... orang2 beriman berkasih sayang sesama mereka

Nampaknya kesemua ayat2 berkaitan ukhuwah dan persaudaraan Islam adalah ayat Madaniah (diturunkan di Madinah)

Kenapa ?  Kerana persaudaran Islam dan ukhuwah adalah sangat penting dlm pembentukan ummah yg kuat.

Allahu a'lam


Timbul persoalan yg paling penting : Kenapa ummat Islam tidak bersatu ?

Pada pendapat saya (sekadar pendapat sahaja) , puncanya ialah hilang rasa kesatuan hati / kasih sayang / ikatan hati ... tetapi, sebab apa ?

Masih pendapat saya, sebabnya ialah kerana mereka tidak ada rasa bahawa mereka adalah ummat yg satu. Biarpun sama agama, tetapi saling berselisih faham, berbeza jalan dan  berbeza matlamat. Masing2 terasa yg orang kumpulan lain adalah berbeza dari mereka.

Sebab apa jadi begitu ?  Sebab apa saling berselisih dan saling terasa ada perbezaan ?

(Masih pendapat saya) .. *puncanya ialah kerana mereka lupa bahawa orang Islam adalah ummat yg satu* . Mereka fikir dengan sedikit sebanyak perbezaan interpretasi syariah sudah menjadikan mereka dan yg lain2 itu bukan 1 ummat lagi... artinya mereka sudah jadi ummat yg berbeza.

Mereka lupa bahawa dengan bertuhankan Allah, beriman kpd hari akhirat, beriman kpd al Qur'an dan beriman kpd Nabi Muhammad saw.. mereka sebenarnya adalah ummat yg 1 , iaitu ummat Islam.


Di akhirat nanti, in syaa Allah kita akan hairan apabila kita lihat mereka2 yg kita benci, musuhi dan rendah2kan sebenarnya adalah ummat Islam juga.

Ketika itu, nasi sudah hangus..

Kita asyik menumpukan kpd aspek2 yg tertentu sahaja, hingga kita lalaikan aspek2 yg lbh pokok atau usul di dalam Islam.

Yaa.. kadang2 kita pun mudah kafirkan orang2 Islam hanya dengan berdasarkan kajian fikh. Betul, kajian fikh itu penting, tetapi ia masih ada kelemahannya.. Ia tidak boleh dijadikan satu satunya sandaran untuk mengkafirkan atau menyesatkan orang lain

Comments

Popular Posts