KHILAFIAH DAN DAKWAH

Assalamualaikum

Kenapa orang terima diadakan hari guru, tetapi kenapa hari ibu dipertikaikan ?


 Ini salah 1 perkara yg ada perbezaan pendapat atau perkara khilafiah. Setiap orang bebas pilih pendapat yg dia fikir baik. Saya pula pilih pendapat setuju meraikan hari ibu, tapi saya tidak hina pendapat yg tidak setuju dengan hari ibu. Saya pun sudah ucapkan selamat hari ibu kpd emak saya.. dia suka nampaknya.


 Ummat Islam sudah ada banyak masaalah. Tidak ada gunanya kita menambah masaalah yg sudah ada. Lbh baik kita cari unsur2 yg boleh menyatukan ummat dari menambah lagi pertikaian. Jika Allah mahu, Dia boleh jadikan manusia ini ummat yg satu, tetapi manusia suka berselisih


Berselisih pendapat ialah kerja akal. Maklumlah, manusia adalah makhluq yg bijak. Akal pula ialah sebagus2 kejadian. Tetapi dengan aqal juga kita dapat faham bahawa ummat Islam perlu bersatu.. WA LA TAFARROQU = DAN JANGANLAH KAMU BERPECAH BELAH  (ali Imaran:103)

Untuk keluarkan pendapat, tak de masaalah... tapi kita kena susun kata2 kita dengan manis supaya tidak menyakitkan saudara2 kita. Sesungguhnya orang beriman itu bersaudara..


Dakwah adalah 1 kerja seni. Seni maknanya halus, dan biasanya indah. Setiap orang ada keinginan untuk berdakwah, jadi kita semua kena baiki seni dakwah kita. Bila kita berdakwah dengan penuh seni, manis lenggok tutur kata kita... barulah ia dapat menembus ke hati. Kalau tidak, pendengarnya akan tutup pintu hatinya dari mesej2 besar yg kita nk sampaikan.

Pada pendapat saya, fatwa2 tidak formal juga kena ambil kira seni dakwah agar ia lbh relevant dengan situasi dakwah zaman sekarang. Fatwa tidak boleh dipisahkan dari dakwah.


Setiap orang ada buat silap, begitu juga saya. Mungkin kita tidak sedar kesilapan yg kita sudah buat dlm seni bahasa dakwah yg kita sampaikan. Ada orang seninya kasar, tapi saya lbh suka seni yg halus. Bila saya dengar dakwah orang yg halus seni tutur katanya, saya akan lbh kagum.

Saya juga ada kawan yg bijak menyusun tutur katanya... dan dia ada kelebihan dalam bisnez dan diskusi. Dengan seni bahasa yg halus, dia dapat mempengaruhi orang lain utk menyokong pendapatnya dalam masyuarat dan rundingan berkaitan bisnez.

Comments

Popular Posts