Trajidi besar yg menimpa ummat Islam ialah apabila kehilangan konsentrasi hati kpd Allah, sebagaimana di dalam firman Allah di dlm surah al Hadid:16

Yg bermaksud : Belum sampaikah ketikanya untuk orang beriman/yg percaya agar khusuk hati mereka ingat kpd Allah dan apa yg turun dari al Haq

Kehilangan khusuk ini sudah melanda ummat Islam sejak zaman sahabat Rasulullah saw, sebagaimana kata ubadah bin As Syamit al Ansara katakan : Jika engkau mahu boleh aku khabarkan kpdmu, bhwa ilmu yg mula2 diangkat daripada manusia itu ialah AL KHUSUK . Hampir bahawa engkau masuk ke masjid yg ada solat jamaah, maka engkau tidak lihat padanya LAKI2 YG KHUSUK.


Hadis ini terdapat di kitab bahrul mazi , koleksi hadis2 at Tarmizi oleh Idris marbauwi yg ada di surau2 negeri Johor. Taraf hadis ini menurut ulama ialah hasan gharib..iaitu baik tapi kurang dikenali


 Kebanyakan kita hanya faham apa itu khusuk fikiran. Khusuk fikiran ini letaknya di dalam kepala. Khusuk hati pula ialah di dalam dada, kerana letaknya hati ialah di dalam dada.

Salah 1 dari kesan hati yg khusuk ialah penyembuhan hati, dan cahaya di dalam dada. Faedah dari penyembuhan hati dan cahaya di dalam dada itu sangatlah banyak.

Kesanya bukan hanya pada individu, tetapi kpd ummah, kerana individu2 adalah batu bata kpd pembentukan ummah


 Khusuk hati ingat Allah , terutamanya khusuk di dalam solat adalah kunci kpd kejayaan mukmin

Masaalahnya,  orang2 Islam berbeza pendapat tentang apa yg dikatakan khusuk di dalam solat.

Di antara perbezaan2 definasi khusuk solat ialah

1. Kesedaran bahawa dia sedang mendirikan solat, atau awareness.. maka latihan khusuk mereka ialah latihan awareness

2. Khusuk bermaksud menumpukan kpd bacaan, faham apa yg dibaca, dan menumpukan kpd makhraj2 dan sebutan bacaan. Latihannya ialah latihan mental

3. Ia bermaksud tubuh tidak bergerak2, tak main janggut, tak korek hidung, dan mata terus menerus pandang tempat sujud

4. Minda membayangkan macam2 spt membayangkan mushaf al Qur'an, membayangkan berada di atas titian, membayangkan api neraka, berada di depan kaabah

5. Mengingati kematian, seolah2 solat ini adalah solat yg terakhir


Kita tahu bahawa solat itu kena ada 3 penyertaan, iaitu perbuatan fizikal, bacaan dan penyertaan qalb atau hati.

Ramai yg mengartikan penyertaan qalb itu sebagai fikiran... sbb silap faham berkenaan hati dan fikiran. Disangkanya hati dan fikiran itu sama, padahal berdasarkan nas2 Qur'an dan hadith Nabi saw , kedua2nya adalah berbeza.  Untuk lbh pasti lagi, ia perlu dilihat dgn mata batin kerana qalbu itu bukanlah benda yg zahir. Sayangnya penggunaan mata batin pula dipandang serong kerana mudah diganggu makhluq halus.. Jadi akhirnya, kita kehilangan faham apa yg dimaksudkan dgn KHUSUK HATI..


Menurut pakar2 ilmu kerohanian, akal manusia ada 2 macam , iaitu akal otak dan akal di hati. Ketika hati khusuk ingat Allah, kita akan gunakan akal hati..

Akal hati ini adalah sebahagian dari akal ulul albab. Ulul albab berfikir, berzikir dan mendekatkan diri kpd Allah.

Akal otak pula dipunyai oleh ramai orientalist. Mereka kaji agama kita, tapi ada yg memusuhi agama kerana hati mereka sudah tertutup.

Ada juga orang yg mengartikan 4 perkara ini sama sahaja , iaitu : qalb, ruh, aqal dan nafs... semuanya sama, benda yg halus yg hakikatnya sama,  dipanggil latifah Rabbaniah. Ini juga silap.


Kalau kita nk rasa di mana letaknya hati.. cuba tumpukan ke tengah dada ketika kita solat tahajud

Syaratnya, solat itu kita lakukan selepas bangun tidur.. bangun, terus bersuci dan solat, tanpa tengok wasap terlebih dahulu.

Ketika solat itu nanti, terus tumpukan ke tengah dada, dan ikit sertakan bahagian tengah dada dalam bacaan al Qur'an. Kita mungkin akan dapat rasa dingin atau lapang di tengah2 dada. Di situlah letaknya hati.

Rasa dingin itu mungkin halus spt disapu minyak angin cap geliga, atau macam dada kita ditiup angin. Jika cubaan kali pertama kurang berjaya... anda kena cuba dan cuba lagi.


 Untuk kita mencapai khusuk solat bukanlah hanya dgn 1 cara sahaja... solat yg khusuk mestilah ada penyertaan hati, jiwa/nafs, fukiran dan angan2 yg fokus, dan fizikal yg tenang. Barulah solat itu bercahaya.

Tanpa penyertaan hati dan jiwa dalaman, ia belum cukup syarat. Jika tanpa penyertaan hati dan jiwa dalaman, ia tidak akan berjaya menyucikan hati dan jiwa. Bagaimana nk ada perubahan pada hati dan jiwa,  sedangkan hati dan jiwa dalaman tak ikut serta ?

Itulah yg dikatakan oleh ustaz Hasan Din .. iaitu berkenaan tinggkat2 solat. Solat tingkat ke 5, yg dinamakan solat orang2 yg khusuk itu nanti dapat mencegah keji dan munkar.


Almarhum guru saya telah mencapai solat yg khusuk dlm tempoh 3 - 4 bulan berlatih. Tapi beliau terus menerus berlatih hingga tidak lupa lagi kpd Allah.


 Kita fikir, mustahil orang boleh sampai ke tahap ingat Allah terus menerus, tapi sebenarnya boleh.

Yg terus menerus mengingat Allah itu bukannya fikiran di otak kepala, tetapi ialah hati dan jiwa batin.

Fikiran di otak fikiran boleh terus buat kerja duniawi spt berniaga dll.

Situasi inilah yg disebut ingat Allah ketika berdiri, duduk dan baring. Kalau ingat itu dengan sebutan atau fikiran di otak kepala, memang payah kita nk buat kerja.


Apa alat yg digunakan oleh hati untuk ingat kpd Allah ?

Bacaan ?  Bukan ...

Rasa ?  Ya


Rasa itu hanya sebagai alat permulaan. Bukan rasa itu yg jadi matlamat.

Rasa itu bukan rasa zahir, tapi rasa batin

Oleh sebab hati ialah benda batin, maka alat konsentrasinya juga adalah batin.


az Zumar , ayat 22


Terjemahannya yg lbh baik ialah: Maka apakah orang2 yg *dibukakan dadanya untuk Islam*, dia dia *di atas cahaya dari Rabbnya*, maka wail lah utk/kerana *hati membatu dari ingat Allah*. Mereka itu di dalam *sesat yg nyata*


Syarahalllahu sodrohu

Alam nasyroh laka sodrok

Rabbisyrohli sodri

Dan ada beberapa lagi ayat yg menyebutkan tentang *keluasan dada* .  Ada orang berpendapat yg ia hanya merupakan 1  seni bahasa.  Ada yg memahaminya sebagai maksud yg sebenar, iaitu dada orang itu meluas dan dimasuki cahaya.

Sama spt kubur menjadi luas atau sempit.. ada yg fahamkan ia adalah seni bahasa utk gambarkan kesusahan di dalam kubur, tetapi ada yg nampak kubur itu benar2 menjadi luas


 Janganlah kamu banyak bercakap tanpa ingat Allah.

Bercakap itu dengan mulut. Ingat dengan hati.

Jadi kita kena belajar bagaimana mulut bercakap sedangkan hati mengingat..

Dengan cara itulah baru hati tidak jadi keras


Sebenarnya tak sukar sangat untuk melakukannya. Syaratnya kena belajar. Belajar cara yg betul. Bukan macam belajar tapi tak belajar . Kalau macam itu, belajar bertahun2 pun tak jalan


 Kita lihat ada pelajar sekolah yg sudah sampai tingkatan 5 pun  belum lancar membaca.

Itulah maksud saya, belajar tapi tak belajar.

Manalah nk pandai... tiime belajar depan cikgu, dia main..


Zaman saya di universiti dulu, ada sahabat saya time pensyarah mengajar dia tidur. Tapi dalam tidur tu dia belajar jugalah.. agaknya

Buktinya, dia pandai dalam pelajarannya


Ketika mengikuti latihan konsentrasi, ada juga sahabat2 saya yg tidur sampai kedengaran suara dengkurnya.. tapi konsentrasinya alhamdulillah, sangat baik.

Sebab apa ?

Sebab ketika dia tidur, hati dan jiwanya tak tidur, tapi terus ingat Allah.


 Inilah.. belajar ilmu kerohanian tak sama dengan belajar ilmu2 lain.

Ilmu lain itu dengan huruf. Ilmu kerohanian dengan rasa


Ada juga yg di suruh guna rasa, tapi bertahun2 juga dia guna otak dan angan2.. cara tu salah.


 Ada yg datang belajar bukannya nk belajar, tapi sekadar cari berkat belajar. Dapatlah berkat, tapi tak dapat ilmu


sanya, orang yg sedang melakukan latihan kerohanian akan menyendiri.. yg dipanggil uzlah.

Tujuan menyendiri ialah agar kurang gangguan dalam proses peningkatan rasa kerohanian.

Jika ada gangguan, pencapaian rasa mungkin kurang.

Itulah sebabnya mereka menyendiri.

Contohnya ialah :

Nabi Musa as dan beberapa pengikutnya di Tursina

Nabi Ibrahim di dalam gua

Maryam dan nabi Zakaria as di dalam bilik / mihrab

Nabi Muhammad saw di gua hira' di atas jabal nur

Nabi Daud as di pengasingan spt perbukitan

Imam Ghazali, di tingkat atas masjid Damsyik

Al Jailani di padang pasir di Iraq

Maulana Ishak di pergunungan negeri Belambangan

Kalijaga.. dipinggir kali / tasik

Surah al muzzammil pula menyuruh beruzlah ketika solat malam


Guru saya suka uzlah di masjid dan musolla.  Tapi ada ketikanya dia akan beruzlah di pasar atau tempat2 yg ramai orang. Maksudnya , uzlah rasa sahaja


Rasulullh saw telah ditanya tentang bagaimna Allah bukakan dada orang utk Islam.

Baginda menjawab sebagai mana hadith di atas.

Cahaya masuk ke dada, menjadikannya luas dan lapang.


 Tandanya ialah :

1. Al inaabah ila daaril khuluud.. kembali ke negeri yg kekal .

Menarik kata2 👆🏿 .  Ia mudah difahami kalau kita faham ilmu kerohanian.


2. Wattajaafi 'an daaril ghuruur


3. Al isti'dad lil maut qobla nuzulil maut

  Selalulah kembali ke negeri yg kekal, dan ...

2.  Selalu tinggalkan negeri yg memperdayakan, dan ...

3.  Selalu bersedia untuk mati sebelum turunnya kematian.


TIGA INI ialah ciri2 orang yg hatinya telah dimasuki CAHAYA, dadanya menjadi luas dan lapang utk menerima Islam


Kata almarhum guru saya : Kita tidak berasal dari bumi. Bukan dari indonesia, bukan Malaysia, bukan Singapore.. kita berasal dari negeri yg tinggi


Kita berasal dari  negeri yg tinggi

Comments

Popular Posts