CARA UNTUK ISLAMKAN HAWA NAFSU

Assalamualaikum,

Tuhan kita, iaitu Allah.. amatlah pemurah. Apa sahaja kebajikan yg kita kerjakan, kita akan dapat hasilnya. *Baginya usahanya, dan dia akan dapat apa yg dia usahakan* 

Mungkin hasil kerja kita itu kita akan dapat ketika didunia dan akhirat, dan mungkin juga di akhirat nanti.

Barang kali ada ketikanya kita remehkan kebajikan yg kita lakukan, seperti tafakkur sebentar untuk beriman, padahal  Muaz bin Jabal pernah berkata ketika dia berjalan bersama sahabatnya : Mari kita berhenti sebentar untuk beriman.

Syeikh Abdul Qadir pun ada menyebutkan tentang faedah tafakkur ini, yg mana beliau membahagikan kpd 3 macam...

Tafakkur yg nilainya = 1 tahun

Tafakkur yg nilainya = 70 tahun

Tafakkur yg nilainya = 1,000 tahun

Kalaulah kita diberikan penawaran : Tafakkur yg mana yg kita mahu ?  Yg bernilaI  1 tahun, 70 tahun atau 1,000 tahun... maka tawaran yg manakah yg kita akan pilih ?

Yang mana kita akan pilih :  RM1  ,   RM70  atau RM1,000 ? 

RM1 juta , RM70juta , atau pilih jadi billionair ?

Percakah kita, kebanyakan manusia akan memilih yg paling kecil... atau menolak kesemuanya ?

Apakah yg menghalang mereka untuk memilih yg terbaik ?  Itulah pekerjaan HAWA NAFSU YG JAHAT YG BELUM TERDIDIK..

Hawa nafsu adalah perkara yg sangat rumit untuk ditangani, kerana ia adalah KESUKAAN KITA. Sifat diri kita yg selalu pujuk kita kpd apa2 yg disukai... itulah hawa nafsu.

Xxxx

Saya tak boleh sangat makan daging, walaupun hawa nafsu saya suka. Maklumlah, asid urik saya tinggi. Kalau ikutkan hawa nafsu, memang belasah ajelah apa2 yg teringin nk makan.

Hawa nafsu tak memikirkan masa depan. Bila sudah kena gout, hawa nafsu akan taubat.. tapi taubat sambal. Waktu kepedasan dia taubat, sudah hilang pedasnya, dia akan tanya, " Mana sambal ?"

Hawa nafsu yg jahat inilah  yg menghalang Firaun dari beriman, padahal dia percaya..

Bagaimana nk islamkan hawa nafsu ?

Menurut almarhum guru saya, cara nk islamkan hawa nafsu ialah ...

*Dekatkan diri kpd Allah secara kerohanian*

HAWA NAFSU adalah  1  dari  3  bahagian hakikat  diri  kita.

Hawa nafsu, akal dan angan2 hendaklah mendekat kpd Allah.

Kalau akal sahaja yg mahu mendekat, sedangkan hawa nafsu adan angan2 tidak mahu.. nanti hasilnya kita akan hanya ada teori sahaja.

Pernahkah kita mengalami suasana di mana hawa nafsu kita yg belum mahu islam menguasai kita... sedangkan akal kita kata perkara itu salah. Akal kata itu bahaya, tapi hawa nafsu tidak peduli.

Contohnya, akal kata : Jangan makan udang sbb kita allergy kpd udang. Nanti dapat gatal, sumbat hidung dan sesak nafas.

Hawa nafsu kata : Makan, makan, makan .. jangan fikir panjang, nanti engkau tak jadi makan. Kalau allergy, nanti pergilah ambil rawatan. Bukannya selalu ... Engkau dah lama tak makan udang. Sesekali aje bukannya salah besar ..

Udang adalah makanan yg halal.

Tapi bagaimana kalau hawa nafsu kita ajak buat dosa dgn pelbagai alasan ?

Hawa nafsu akan bagi alasan :

1. Allah maha Pengampun

2. Nanti kita boleh taubat nasuha

3. Amal saleh yg banyak akan hapuskan dosa2 kecil

4. Sedekah dapat hapuskan dosa

5. Masih muda.. umur panjang lagi..

6. Tak apa, peluang bukan selalu

7. Kalau kita tak amhil, nanti orang lain akan ambil

Dll

Ketika itu, akal akan berhempas pulas cuba mengalahkan nafsu

Kata akal :

Jangan.. kalau kau mati ketika buat dosa, itu suul khatimah.

Jangan, belum tentu taubatmu akan diterima.

Jangan, bukankah kau sudah taubat nasuha.

Jangan, azab kubur dan neraka itu panas.

Jangan, nanti Allah marah dan benci kpdmu

Ahh.. akhirnya akal ditinggalkan, hawa nafsu diikuti, maksiat juga jadi pilihan, sesal diri tidak terperi..

Pernahkah kita terasa seakan2 buntu langkah, kerana kita sentiasa tewas kpd hawa nafsu ?

*Pernahkah kita kaji secara mendalam, kenapa kita kita boleh dipermainkan oleh hawa nafsu ?  Seolah2 kita ini hanya sebiji bola, dan hawa nafsu adalah pemainnya.

Hawa nafsu yg ada di dalam diri kita *tidak* lemah.

Kalau diibaratkan hawa nafsu kita adalah bagikan satu pasukan askar yg besar... seramai 80,000 orang tentera.

Kita dipermainkan hawa nafsu kerana masih ada hawa nafsu yg belum islam.

Hanya setelah semuanya kita islamkan, barulah kita senang untuk jadi manusia yg taat kpd Allah.

Itulah yg dimaksudkan dengan *masuklah ke dalam islam keseluruhannya*

*islamkan keseluruhan tentera hawa nafsu, akal dan angan2*

Caranya ialah dengan sentiasa arahkan semua hawa nafsu, akal dan angan2 supaya menuju kpd Allah, kembali kpd Allah, mendekat kpf Allah.

Arahan itu adalah arahan rasa... bukan arahan lisan, fikiran atau bacaan. Tetapi arahan rasa

Rasa menuju kpd NYA.

Yang menjadi komanden ialah hati.

Yang menuju ialah kita sendiri, dan kita sendiri adalah kesatuan dari 3 , iaitu hawa nafsu, akal dan angan2.

Kemudi kita untuk terbang menuju kpd Nya ialah RASA..

Bagaimana melakukan perjalanan batin inilah yg perlu dipelajari. Jikalau kita gagal melakukannya, hawa nafsu kita akan tetap melakukan tipu daya kpd kita..

Tetapi, setelah hawa nafsu kita islam kesemuanya, apa yg kita cita2kan hanya Allah.  Hawa nafsu yg telah islam akan membantu kita untuk taat kpd Allah..

Yang Allah suka, akan disukainya.
Yg Allah benci, akan dibencinya..

Itulah sifat hawa nafsu yg telah Islam

Comments

Popular Posts