YUNUS : 2
Yunus : 2
أَكَانَ لِلنَّاسِ عَجَبًا أَنْ أَوْحَيْنَآ إِلٰى رَجُلٍ مِّنْهُمْ أَنْ أَنذِرِ النَّاسَ وَبَشِّرِ الَّذِينَ ءَامَنُوٓا أَنَّ لَهُمْ قَدَمَ صِدْقٍ عِندَ رَبِّهِمْ ۗ قَالَ الْكٰفِرُونَ إِنَّ هٰذَا لَسٰحِرٌ مُّبِينٌ
Patutkah menjadi keheranan bagi manusia bahwa Kami mewahyukan kepada seorang laki-laki di antara mereka: "Berilah peringatan kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahwa mereka mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan mereka". Orang-orang kafir berkata: "Sesungguhnya orang ini (Muhammad) benar-benar adalah tukang sihir yang nyata".
SURAH YUNUS diturunkan pada akhir dakwah Rasulullah saw di Makkah, sebelum hijrah ke Madinah. Kemungkinannya ia diturunkan selepas surah al ISRA' iaitu surah yg menyebutkan perjalanan Nabi Muhammad saw ke Baitul Muqaddis dan seterusnya baginda mikraj ke atas langit, mengadap Allah berulang kali, dan menerima perintah solat fardu dari Allah.
Ketika itu suasana permusuhan orang Makkah terhadap orang Mukminin sangatlah keras dan fizikal. Orang2 Islam sudah ada yg hijrah ke Afrika, dan tidak lama lagi mereka akan berhijrah pula ke Yathrib/Madinah .. jauh di Utara Makkah
Pada ketika itu dakwah Islam sudah mula mendapat sokongan penduduk Yathrib yg di kukuhkan dengan perjanjian setia / baiatul Aqobah 1 dan 2 .
Kalimat2 yg ingin ditadabburkan ialah yg bertulis tebal di atas, " *dan gembirakanlah orang2 yg percaya/telah beriman bahawa UNTUK MEREKA ITU QODAMA SYIDQIN INDA ROBBIHIM*
Apakah yg dimaksudkan dengan QODAMA SHIDQIN INDA ROBBIHIM ?
QODAMA = tempat berpijak, rumah, tapak
SYIDQIN = BENAR/KEBENARAN, JUJUR/KEJUJURAN
INDA = DI SISI
ROBBIHIM = RABB ( pencipta, pentadbir, penjaga maslahat, tuan punya) / TUHAN
Dalam menjelaskan apa maksudnya qodama syidqin ini, para ulama telah berusaha menjelaskannya dengan beberapa maksud.
1. Tapak yg benar , kedudukan yg benar *(bukan kedudukan yg palsu)*
2. Rumah kejujuran, kedudukan yg sesuai untuk orang2 yg sewaktu hidup di dunia dahulu selalu mengikuti jalan yg benar
3. Kedudukan yg tinggi/mulia
4. Pahala yg besar/mulia
Di dalam al Qur'an, ada beberapa ayat yg menyebutkan perkatan SIDQIN ini.
Al-Qamar : 54
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِى جَنّٰتٍ وَنَهَرٍ
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu di dalam taman-taman dan sungai-sungai,
Al-Qamar : 55
فِى مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍ مُّقْتَدِرٍۭ
di *maq'adi syidqin* / tempat syidqin di sisi Tuhan Yang Berkuasa.
*Nampaknya, qadama syidqin dan maq'adi syidqin itu adalah 1 tempat yg sangat istimewa, dan ia selalu diikuti dengan perkataan 'di sisi Rabb mereka'*.
Janji untuk mendapat QODAMA SYIDQIN di dalam surah Yunus ini diturunkan selepas peristiwa MIKRAJ Nabi saw menghadap Rabb Yg Maha Mulia
Sungguh, ia 1 janji yg sangat manis kepada orang2 Mukmin yg sedang mengalami penindasan mental dan fizikal oleh orang2 Makkah.
Mendapat qodama syidqin atau maq'ada syidqin di sisi Rabb mereka adalah sesuatu yg sangat memuaskan dan amat berbaloi.
Bagaimanakah gambaran kedudukan tersebut ?
Ia tidak dapat digambarkan lagi kehebatannya, kerana ia tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar di telinga atau terdetik di hati.
Kerana itu, marilah kita berusaha bersungguh2 untuk merebut kedudukan yg mulia itu..
Comments
Post a Comment