SELAMAT HARI GURU

 Assalamualaikum

Selamat hari guru

Berbicara tentang pendidikan, marilah kita meneliti cara pendidikan yg dibawa oleh al Qur'an

Ayat2 al Qur'an tidak diturunkan semua sekali dalam 1 waktu, tetapi ia diturunkan sedikit demi sedikit.

Ia diturunkan sesuai dengan situasi ketika itu. Situasi pertama ialah ketika Nabi saw berdakwah di Makkah selama 13 tahun, bermula pada tahun 610M - 622M

Surah yg turun pada ketika itu biasanya pendek, ayatnya pun ringkas dan indah

Isi kandungannya berkaitan pendidikan yg asas, mengajak beriman, tauhid, hari akhirat, percaya kpd kitab, rasul, ibadat dan akhlak yg baik dan mencuci diri.

Pendidikan ketika itu ialah pendidikan asas.. spt sekolah rendah. Di sekolah rendah kita dibentuk oleh cikgu dengan iman, akhlak yg baik dan membentuk ciri2 dalaman yg baik.

Kalau di Jepun, ketika sekolah rendah mereka sangat ditekankan pendidikan spt menghormati orang lain, kebersihan dan pemakanan yg baik.


 Surah yg turun di Makkah sangat banyak. Ulama membahagikan kpd beberapa tahap spt tahap sangat awal, iaitu ketika dakwah disampaikan secara senyap/rahsia selama 3 tahun, tahap dakwah secara terang2an .. dan tahap penindasan yg berat kpd orang Islam

Solat sudah diperintahkan sejak awal lagi, terutamanya solat malam, tetapi bentuknya tidak di rekodkan.. memang ada disebutkan tentang berdiri, membaca al Qur'an dan ada juga riwayat Nabi saw sujud.

Hanya setelah isra mikraj pada tahun 10 - 13 kerasulan barulah diperintahkan solat 5 waktu. Tahun yg pasti peristiwa isra mikraj itu tidak ada kepastian. Ketika jumlah orang Islam Makkah mungkin sudah seramai 100 orang, ramai yg hijrah ke Sudan di Afrika, tetapi Islam sudah mula tersebar ke Yathrib atau Madinah sejauh lebih 400km di Utara Makkah


Ribuan ayat yg turun di Makkah pada ketika itu adalah untuk

1. Meneguhkan Nabi saw dan sahabat2 baginda

2. Mendidik orang Islam dengan asas yg baik untuk menjadi mukmin sebenar

3. Dakwah kpd non Muslim

Ketika itu belum ada orang munafik kerana tiada siapa yg mahu berpura2 menjadi orang Islam yg tertindas. Munafik timbul ketika di Madinah setelah Islam berkuasa


Jika kita suka untuk mengetahui pendidikan al Qur'an ketika peringkat awal pendidikan.. bolehlah kita baca dan tadabburkan ayat2 Makkiyah.

Fahami maksudnya, serapkan ke hati, kerjakan apa yg disuruh dan jauhi apa yg dilarang


Setiap hari, tadabburkan al Qur'an ..

Teliti, ia diturunkan di mana ? ... Makkah atau Madinah

Perhatikan juga sekadar yg kita mampu bahasa Arabnya. Sekarang kita sudah ada terjemahan al Qur'an perkataan demi perkataan, word by word.

Dengan sedikit ilmu nahu dan saraf, in syaa Allah kita dapat faham terjemahan perkataan itu. Kalau tak faham, kita boleh tanya orang.


& Jangan guna bahasa ini : Saya tak tahu, tak faham, tak mampu. Ajarlah saya.

Selagi kita masih hidup di muka bumi, janganlah berputus asa.

Saya lihat ada sahabat saya yg sanggup pergi pergi sejauh 80km setiap minggu untuk belajar membaca al Qur'an dengan betul. Begitulah juga untuk memahaminya, in syaa Allah ada jalannya.

Selain itu, sudah tentu kita perlu mendirikan solat dengan betul dan khusuk. Bukan sekadar solat dengan bacaan, perbuatan dsn fikiran... tetapi juga solat dengan hati atau qolbu



 http://quran-id.com

JIKA TUAN2 SUKA, TUAN2 BOLEH DOWNLOAD 👆🏿


Bila kita membaca al Qur'an, tak perlu berebut untuk membanyakkan huruf yg dibaca supaya banyak pahalanya.

Lebih baik kita tadabburkan, renungkan dan tanya diri sendiri : Apa yg Allah nk ajar aku dengan ayat ini ?  Renungkan sampai tertidur pun tak apa...

Biarkan al Qur'an mendidik kita, yg maksudnya Allah yg mendidik kita.

*SELAMAT HARI GURU*

Comments

Popular Posts