SYUKUR DAN SABAR

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, segala pujian utk Allah dan selawat dan salam kpd Nabi Muhammad SAW..

*Wahai Allah, bantulah kami untuk ingat kpd Mu, berterimakasih kpd Mu dan membaiki ibadat kami kpd Mu*.

Doa di atas adalah doa yg diajar oleh baginda Rasul saw kpd Muaz bin Jabal al Ansari ... ketua ulama di jannah.

Semuga Allah kabulkan permohonan kita. Amiin

SYUKUR KPD ALLAH adalah 1 aspek yg sangat penting dlm Islam.

Tanpa syukur, kita tidak akan dapat menjadi hamba Allah yg baik, walau bagaimana banyaknya kita beramal.

Bersyukur itu lawannya ialah KUFUR.. tidak mahu bersyukur artinya kita memilih kufur yg berarti menutup, menolak atau menafikan.

Kalimat SYUKUR ada disebutkan banyak kali di dalam al Qur'an.  Ada orang yg mengatakan ia disebut sebanyak 75x dalam pelbagai bentuk.

SABAR juga disebutkan banyak kali.. iaitu 103 kali.

Kedua2nya adalah ujian Allah kpd kita.

Ada orang dilimpahi nikmat oleh Allah untuk menguji kesyukuranya.

Ada yg diberi ujian, untuk melihat kesabarannya.

Ada orang yg apabila diberikan pelbagai nikmat, dia tidak terlalai untuk bersyukur.

Contohnya ialah kita sendiri.. kita selalu lupa untuk bersyukur kpd kurnia umur yg Allah berikan, nikmat sihat lalu kita mampu berjakan ke toilet, mampu kencing dan berak.

Cuba fikirkan kalau kencing kita tersekat spt orang yg kena bengkak prostate, atau sakit kencing disebabkan jangkitan kuman, atau bergulung2 sakit perut kerana batu karang... alangkah susahnya.

Itulah yg dikatakan, bila Allah beri ujian, kita merayu2 dan mengeluh, bila sigantikan dengan nikmat kita lupa semuanya adalah pemberianNya.

Kita selalu mengira dan mengeluh dengan ujian oleh Allah, tetapi kita lupa untuk mengira nikmat limpahan Nya. Bila kita pakai pakaian, pakai stoking, kasut, berjalan ke kereta yg cantik untuk pergi kerja... kita lupa akan semua nikmat itu.

Kita minta, minta dan minta.. tetapi kita lupa nk ucapkan terima kasih sebanyak2nya.

Itulah.. Allah firmankan : Sedikit sahaja hanbaKu yg bersyukur.

Padahal, Allah sangat gembira jika kita bersyukur kpd Nya, sehingga disebutkan tentang syukur itu sebanyak 75x di dalam al Qur'an. Begitu juga Rasulullah SAW bersungguh2 bersujud kpd Allah di malam hari untuk menjadi  hamba yg bersyukur.

Rasulullah saw itulah contoh yg terbaik untuk bersyukur. Baginda ambil dan zahirkan nikmat2 Allah, dan baginda syukuri nikmat2 itu

Ingatlah kpd Ku maka Aku akan ingat kpdmu
Bersyukurlah kpd Ku dan jangan kamu kufur.

Al-Baqarah : 152

فَاذْكُرُونِىٓ أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِى وَلَا تَكْفُرُونِ

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku.

Kita sudah solat subuh, sudah berdoa, dan sudah tadabbur al Qur'an..

Adakah pagi ini kita ada makanan utk di makan ?

Minuman untuk diminum ?

Adakah kita sihat untuk bekerja ?

Nafas OK ?

Jantung tak sakit ?

Perut tak sakit ?

Ada duit nk belanja dan nk beli petrol ?

Anak2 semua sihat ?

Ibu bapa sihat ?

Kalau semuanya OK, maka kita syukur kpd Allah sebanyak2nya.

Kalau ada yg kurang OK, ia adalah kerana kita sedang diperhatikan oleh Allah kerana DIA nk menguji kita...

Allah nk uji kita bagaimana kita tawakkal dan redha kpd Nya. Bagaimana kita bersabar dan beruasaha untuk melalui ujian itu dengan flying colours...

Pada orang Mukmin, semuanya bagus sbb penglihatan batinya terang. Dia nampak jelas perbuatan Allah ke atasnya. Dia juga tahu bahawa Allah akan murka jika dia KELUHKAN DAN OMELKAN ujian2 Nya.. Allah suruh bersabar sebanyak 103x di dalam al Qur'an.

Sabar, tawakkal, usaha, doa, IKHTIAR..

Kita lalui sahaja hidup ini sbb semuanya telah diaturkan oleh Allah. Tahun berapa, bulan berapa kita akan diuji.. semuanya sudah diatur oleh Nya... lalui sahaja dengan KEPERIBADIAN MUKMIN, bukannya dengan kekuufuran.

Begitu juga.. janganlah bangga sangat dengan pencapaian kita dlm ekonomi, anak2 ramai semua maju.. Jika Allah datangkan 1 ujian, kita pula akan mengeluh sakan..

Semuanya itu adalah aturan Allah, dan Dia MAHA TAHU.. Ilmu kita ini ibarat air yg lekat di jari apabila kita celupkan di air, sedangkan ilmu Allah tiada hadnya.

Sebenarnya salah besar jika hati kita suka pertikaikan ketetapan Allah. Dia sebenarnya sangat marah jika kita suka pertikaikan apa yg Dia sudah aturkan untuk kita. 

Adab yg betul kepada Allah ialah kita bertawakkal, redha, syukur, syabar dan memohon kpd Nya. Kita yakini bahawa semuanya adalah dalam ILMU Allah, dan kita yakin bahawa DUNIA ADALAH TEMPAT UJIAN.

Nikmat dan kesukaran... semuanya ujian.

Jika baik cara kita , maka baiklah yg kita dapat. Jika kurang adab kita kpd Allah, maka kita sendirilah yg akan dapat keburukannya

Allah tidak boleh dipertikai ketetapan Nya.. kada dan kadar Nya.


Al-An'am : 3

وَهُوَ اللَّهُ فِى السَّمٰوٰتِ وَفِى الْأَرْضِ ۖ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُونَ

*Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit maupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan*

Al-An'am : 4

وَمَا تَأْتِيهِم مِّنْ ءَايَةٍ مِّنْ ءَايٰتِ رَبِّهِمْ إِلَّا كَانُوا عَنْهَا مُعْرِضِينَ

*Dan tidak ada suatu ayatpun dari ayat-ayat Tuhan sampai kepada mereka, melainkan mereka selalu berpaling dari padanya* (mendustakannya).

Comments

Popular Posts