ALLAHU GHOYATUNA
Surah al Waaqiah membahagikan manusia kpd 3 golongan
1. Gologan yg mendahului... majoritinya adalah orang2 dahulu, dan sedikit orang2 kemudian. Mereka adalah orang yg paling hebat, paling hampir dengan Allah dan paling dicintaiNya.
2. Golongan kanan... orang dahulu dan kemudian pun sama ramai. Mereka adalah golongan yg bahagia, tetapi pencapaian mereka di sisi Allah tidak begitu cemerlang...
3. Golongan kiri ... ini golongan yg duduk dalam azab, dan bilangannya tersangat ramai.
Saya ada berbual dengan kawan2, dan saya tanya pendapat mereka... apa target mereka pada kehidupan selepas mati nanti.
Ramai yg menjawab : asalkan selamat, sudahlah.. sudah untung. Tak payahlah target tinggi2 sangat. Dapat syurga yg bawah pun sudah cukup.
Maklumlah, kalau sudah dinamakan syurga, yg paling bawah sekali pun tidak dapat digambarkan diminda kita akan kehebatannya.
Jadi, buat apalah nk tamak sangat mahukan syurga yg tinggi sekali. Sederhana sahaja sudah ... Samalah macam kehidupan di dunia ini, tak payahlah jadi jutawan, hartawan, bilionawan.
Begitulah pendapat kebanyakan kawan2 tadi.
Biasanya, usaha kita adalah sepadan dgn apa yg kita cita2kan. Jika yg dinginkan ialah kesederhanaan kerana itu lbh sesuai dengan perasaan jiwa kita, maka yg kita usahakan pun sederhana sahaja.
Solat.. asalkan solat. Zakat, asalkan bagi zakat fitrah pada bulan Ramadan. Selain dari itu, sederhana2 sahaja.. Buat ala kadar, asalkan dapat selamat.
+++++
Nanti dulu.. sabar dulu... Mari kita renungkan kembali..
Apa itu akhirat ? Apa itu kehidupan selepas mati ?
Adakah kehidupan selepas mati itu hanya ada 2 perkara, iaitu azab neraka dan nikmat tinggal di dalam syurga ?
Kalau begitu, di mana Allah di dalam hati kita ?
Kalau begitu, adakah kita sudah menerima benar2 semboyan hidup dan mati adalah lillahi Taala ? Hidup untuk Allah dan mati untuk Allah (al An'am:162) ?
Apa yg kita fahami dari ayat al Qur'an tersebut yg kita turut baca dalam doa iftitah ?
Tidakkah sepatutnya kita kata begini : Kepuasan saya ialah apabila mendapat keredaan Allah dan pertemuan dengan Nya ?
Inilah sepatutnya yg menjadi cita2 kita jikalau benar hati kita ini mencintai Allah dan RasulNya lbh dari yg lain2..
Baginda Rasulullah saw bersabda yg maksudnya, belum sempurna iman sehingga Allah dan Rasul Nya lbh dicintai dari yg lain2.
Kalau begitu, *kenapa tidak* untuk kehidupan selepas mati nanti, kita hanya cita2kan .. Allah ?
Comments
Post a Comment