MUHASABAH DIRI

Assalaamualaikum dan ceria selalu,


Saudara semua.. MUHASABAH DIRI adalah 1 bahagian yg penting di dalam proses penyucian diri.

Muhasabah berasal dari kata hasiba, yahsabu, hisaban .. bermaksud mengira, menilai dan evaluasi

Dalam surah al Hasyr (59) : 18) Allah SWT berfirman:

يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ  ۖ  وَاتَّقُوا اللَّهَ  ۚ  إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Mengetahui terhadap apa yang kamu kerjakan."
(QS. Al-Hasyr 59: Ayat 18)

Rasulullah saw juga bersabda : Orang yg pandai ialah orang yg menghisab dirinya dan bersedia untuk selepas kematian , sedangkan orang yg lemah ialah yg mengikut hawa nafsu dan berangan2 terhadap Allah . HR Turmudzi

Saidina Umar al Kahattab : Hisablah diri sebelum dihisab, dan berhiaslah untuk akhirat (riwayat Turmudzi)


Orang2 ada 2 macam : Yang menerima perlunya muhasabah diri dan yg menolak muhasabah diri.

Yang menerima itu adalah kerana muhasabah adalah jalan orang2 yg saleh, jalan orang2 yg bijak dan jalan pimpinan agama..

Yang menolak pula adalah kerana sikapnya yg suka berangan2 dan sangkaan bahawa itu adalah sikap yg baik, iaitu yg disukai oleh Allah. Padahal Allah suka agar kita meneliti apa yg kita sediakan untuk hari esok.. jangan tidak diteliti.

Penelitian dan pemeriksaan persediaan itulah muhasabah. Muhasabah diri lillahi Taala.

Muhasabah diri kerana Allah, dan ia adalah 1 amal agama... 1 ibadah, kerana ia adalah suruhan Allah subhaanahu wataaala


Periksalah diri kita.. hati kita, hawa nafsu, akal dan angan2.

Periksalah apa cita2 kita di dunia dan akhirat.. sudahkah menepati maksud surah al An'am:162 ?

Periksalah amalan2 kita yg zahir dan yg batin, kerana kita juga akan dihisab yg zahir dan yg batin

Periksalah hubungan hati kita dengan Allah dan kepatuhan kpd Nya

Kiralah usia yg berbaki dan persediaan yg tidak pasti...

Berkata para ulama :

Ketika sihat/kuat, hendaklah takut lbh dari harap...  dan ketika sakit/menghampiri ajal, hendaklah harap lbh dari takut

Berhati2lah daripada menyediakan amal yg bagaikan tiang yg reput, atau buah yg dimakan ulat.


Pernahkah saudara membina rumah dan menyiapkannya untuk diduduki ?

Sudah tentu banyak modal dan pengorbanannya.

Banyak sekali yg perlu difikirkan.. langkah demi langkah. Yg tidak menyediakannya dan hanya terus duduk sudah tentu tidak mengalaminya.

Setiap 1 mesti difikirkan dan dibuat keputusan. Jika kita silap buat keputusan, ia akan diikiti dengan sesalan...

Contohnya ialah, berapa tinggi kita akan tambak tanah itu ? Jika tak cukup tinggi, mungkin akan dinaiki air bila banjir, dan rupanya pun kurang elok.

Keluasannya dan kosnya ? Jika berlebihan kos penambakan, wang  belanja untuk siapkan rumah mungkin tak cukup dan kena buat pinjaman, atau rumah tak dapat disiapkan

Kena fikirkan tentang kedudukan rumah di tapak kita... di mana parkir kereta, dapur, septic tank, bahagian depan dan belakang

Adakah kita nk buat rumah betingkat atau tidak ?

Arah kiblatnya bagaimana ?


Memikirkan pasal tapak itu paling senang. Yang lebih sukar ialah bagaimana nk memperoleh tapak yg baik dan sesuai. Ia perlu disesuaikan dgn bajet.

Biasanya, wang yg ada hanya cukup2 sagaja.. silap sedikit akan lari bajet dan pening kepala kita nk lanjutkan projek kita..

Bagaimana pula persediaan kita untuk hari kembali kpd Allah, sudahkah diperhatikan, dibajet, dicukupkan segala yg perlu?

Kita kena fikirkan untung ruginya.. kalau berumah ditepi sungai atau dilembah, mungkin kosnya rendah.. Tapi bila berlaku banjir, rumah kita mungkin hilang ditelan banjir

Serupalah spt persediaan untuk kembali kpd Allah... jika tak betul hisab kita, kita mungkin gagal untuk mengadap Rabb kita dan melihat wajahNya.

Gagal untuk melihat wajahNya adalah sama berarti azab dan kehinaan.. Kita kena reject sbb gagal dalam ujian hidup di dunia.

Na'uzubillahi min zaalik (semoga Allah lindungi kita dari azab tersebut)


Orang yg kaya akan membeli tapak rumah yg istimewa. Tapak prime. Di segitiga emas, Putera Jaya, dekat dengan semua kemudahan.

Harga tapak sahaja pun saya sudah tak mampu beli walaupun bekerja seumur hidup.

Tapak sahaja sudah jutaan RM ... lagikan  pula nilai rumahnya. Hiasan dalaman pun sangat mahal. Setiap sesuatu dia mahu yg terbaik. Yg kurang baik tak mahu.

Bagamana dengan akhirat kita ?  Yang paling mahal adalah yg paling bernilai. Lebih tinggi lebih hebat.. Yang di atas dengan yg di bawahnya adalah bagaikan jarak langit dengan bumi. Yang paling tinggi adalah mereka2 yg paling hampir dengan Allah, iaitu golongan muqorrobin

Muqorrobin itu bagaikan billionair. Dapat yg paling best.. tidak ada lagi yg di atas taraf billionair di sana nanti, kerana mereka itu nanti akan terbahagi kpd 3 golongan.

Kita pilih nk masuk golongan yg  mana ?

Di dunia ini, modal kita sama sahaja... semua orang mampu.

Biarpun kita adalah orang sakit yg papa dan terlantar di rumah yg usang di dunia ini.... kita tetap mampu menjadi billionair dan duduk di wilayah billionair di sana nanti.


Yaa.. mungkin masih belum jelas..

Yang paling tinggi, paling best, paling billionair akan mendapat kedudukan paling hampir dgn Allah di sana nanti.

Mereka adalah orang2 Mukminin yg mencintai Allah. Perjuangan hidup mereka adalah untuk Allah...

Untuk apa awak berjuang ?  Dia jawab :  Untuk Allah semata2, tiada yg lain.

Kenapa awak berjuang hanya untuk Allah ?  Dia jawab : Kerana cinta dan rindu untuk pertemuan dgn Nya

Barang siapa mengharap pertemuan dgn Rabbnya hendaklah beramal saleh dan jangan dia sekutukan Rabbnya dalam beribadah kpdnya

Comments

Popular Posts