BAGAIMANA BERAMAL

Assalamualaikum..apa khabar?

Sebagai orang awam atau orang2 yg biasa2 sahaja kemampuannya, kita perlu pegang yg pokok2 dalam agama..

Bila yg pokok2 itu kita pegang dengan sungguh2 dan kita banyakkan amal yg baik, in syaa Allah.. masa hadapan kita lbh cerah.

Elakkan dari berpegang kpd pegangan yg tidak pasti. Samalah spt kita panjat pokok, janganlah berpegang kpd ranting yg rapuh.

Yang pokok2 di dalam agama itu ada disebutkan di dalam al Qur'an.. dan ia dijelaskan oleh hadith Nabi saw..

Jika kita berpegang kpd pegangan yg rapuh, yg tidak kukuh sandarannya di dalam al Qur'an dan hadith Nabi saw.. maka risikonya sangat besar.

Apa yg disebutkan berulang2 kali di dalam al Qur'an dan Hadith Nabi saw, hendaklah kita amalkan.

In syaa Allah kita akan selamat..


+++++++


 Apakah yg pokok2 dalam agama ?

Paling penting ialah menjaga TAUHID

Bersama dengan menjaga tauhid ialah NIAT IBADAT YG BENAR2 IKHLAS SEMATA2 KERANA ALLAH.

Inilah juga yg dibimbangkan oleh Rasulullah saw iaitu SYIRIK KHAFI atau MENYENGUTUKAN ALLAH SECARA RAHSIA.. iaitu RIYAK DALAM IBADAT.


Elakkan diri dari ISTA'ANAH kpd selain dari Allah.

Ayat ke 5 surah al Fatihah :  (maksudnya ; HANYA ENGKAU YG KAMI SEMBAH DAN HANYA KPD MU KAMI MOHON PERTOLONGAN)

Mohon pertolongan inilah yg dimaksudkan dgn ista'anah


++++++++++


Pokok kedua ialah MENDIRIKAN SOLAT.

Tanpa mendirikan solat, hilanglah TIANG AGAMA.

Walaupun hadis *as solatu imaduddin* tidak tergolong di dalam hadis sahih, tetapi solat itu memang perkara yg sangat2 penting.

Sayangnya, tidak sampai 20% dari orang Islam di Malaysia ada mendirikan solat fardu 5x sepenuhnya.


+++++++++++

Dan seterusnya kelemahan yg sangat menonjol ialah kelemahan kita untuk KHUSUK DI DALAM SOLAT, sedangkan ia disebutkan beberapa kali di dalam al Qur'an dan hadis Nabi saw.


 Natijah dari solat adalah sekadar mana hati/jiwa kita menyertai solat...

Sebab itu kita perlu belajar dan amalkan solat yg khusuk.

Jangan terikut2 pendapat yg meremehkan solat khusuk, atau nanti kita akan menyesal di kemudian hari.

Solat adalah perkara pokok dalam agama, dan menyempurnakannya adalah keutamaan dalam beragama.


Solat yg paling best ialah secara IBADAT IHSAN .. Jika kita sudah mendapat solat yg secara ihsan ini, in syaa Allah, kita tidak payah susah2 lagi..

Sebab itulah kita kena berusaha berusaha bersungguh2 membaiki solat kita.

Di antara tanda cerdiknya orang ialah menghilangkan yg menggangu solat sebelum dia mendirikan solat

Apakah yg mengganggu solat ?

Yang paling mengganggu solat kita ialah hawa nafsu, akal dan angan2 yg belum mahu masuk Islam sepenuhnya. Kerana itu, ketika kita mendirikan solat, hawa nafsu, akal dan angan2 kita tercari2 yg lain..

Tetapi jika Allah sentiasa menjadi matlamat hidup kita di sepanjang hari, in syaa Allah .... ketika mendirikan solat nanti, kita akan dapat terus menerus ingatkan Allah


++++++++++

 Apa lagi yg penting kita lakukan ?

Membanyakkan ingat Allah tak kira apa situasinya dan menyucikan hati dan jiwa kita dari segala sifat2 yg buruk.

Caranya ? Dengan membanyakkan ingat kpd Allah dan selalu kembali kpd Nya ..


Membanyakkan ingat kpd Allah dan menyucikan hati dan jiwa ini memang banyak sekali di sebutkan di dalam al Qur'an.

Melalaikan perkara sepenting ini, nanti kita akan kerugian besar.

+++++++


*Beruntunglah orang yg menyucikan dirinya dan merugilah orang yg mengotorinya*

*dan ingatlah Allah sebanyak2nya..mudah2an kamu berjaya*

+++++++


Jaga tauhid

Jaga niat

Jaga hati

Jaga jiwa/nafs

Jaga solat

Jaga ingatan kpd Allah

Jaga kesyukuran kpd Allah

Jaga tawakkal

Jaga keredaan kpd Allah

Jaga perintah2nya..

Jauhi kesombongan

Jauhi rasa besar diri

Selalu sedar bahawa apa sahaja kebaikan yg kita lakukan adalah sebenarnya merupakan nikmat pemberian Allah.

 Gantungkan diri atau harapan kpd Allah

Kena selalu ingat, bahwa taqdir Allah yg menentukan terjadinya segala sesuatu.


++++++++++

Setelah itu, kewajiban dari segi harta ..

Siapa2 yg ada harta hendaklah membelanjakan atau melakukan infaq menurut agama.

Banyak lagi hal2 lain spt yg saya tulis 2 hari yg lepas dan pagi tadi.

Jika kita berusaha bersungguh2 melakukan kebaikan, in syaa Allah , Rabb kita akan hapuskan semua kesalahan kita dan memberi kebaikan yg kekal abadi


Puasa Ramadan, haji dan umrah pula menyusul infak rezeki..

Puasa, haji dan umrah perlu banyak zikrullah. Kerana itu, ilmu tentang zikrullah adalah sangat penting

Zikrullah adalah pengisian di dalam ibadat puasa, haji dan umrah.

Comments

Popular Posts