SUNGGUH JAUH LARIAN KITA..
Pada 1 masa telah diadakan 1 lumba lari merentas desa. Beribu2 orang ikut serta, tetapi kebanyakannya pula tak cukup persediaan. Perlumbaannya pula sangat jauh... lebih kurang dari JB sampai ke Kangar, Perlis.
Tuan puan dan saya pun ikut menyertai perlumbaan ini. Setelah mengharungi perlumbaan selama beberapa hari, kita baru sampai ke Behrang, di negeri Perak.
Masih jauh lagi perjalanan yg perlu ditempuh. Ramai yg sudah putus asa dan tak mahu lagi ikut serta. Ramai juga yg sudah masuk hospital. Ada yg mati kerana sakit jantung dan paru2.
Saya dan tuan puan enggan menyerah kalah... in syaa Allah, kita akan teruskan larian hingga kita berjaya.
Tuan2 puji saya, dan saya puji tuan puan.. Padahal perjalanan kita masih jauh lagi. Seluruh tubuh sudah terasa lenguh. Rasa macam kekurangan zat dan tenaga. Lutut, pinggang, dada dan kaki terasa sakit..
Entah bila kita akan sampai, dan kita sama2 berharap yg kita semua akan dapat finishkan perjalanan dan seterusnya meraih medal.
Allahu akbar .
Comments
Post a Comment