NIKMAT : UJIAN UNTUK BERSYUKUR
Assalamualaikum , apa khabar ?
Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ مَكَّنّٰكُمْ فِى الْأَرْضِ وَجَعَلْنَا لَكُمْ فِيهَا مَعٰيِشَ ۗ قَلِيلًا مَّا تَشْكُرُونَ
"Dan sungguh, Kami telah menempatkan kamu di bumi dan di sana Kami sediakan (sumber) penghidupan untukmu. (Tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 10)
* Via Al-Qur'an Indonesia http://quran-id.com
Kunci untuk dapat bersyukur ialah memandang segala nikmat yg dinikmati adalah kurnia Allah.
Jika kita gagal untuk menghayati tasawwur (atau konsep) ini, maka selama2nya lah kita akan kaitkan nikmat dengan usaha sendiri serta manusia lain...maka jadilah kita orang yg kurang bersyukur kpd Allah.
Jika kita berjaya dlm pelajaran...kita nampak bagaimana Allah berikan kita kejayaan.
Diberikan kita ibu bapa yg baik, menurunkan gene cerdik, dilahirkan kita dizaman yg ada infra struktor pendidikan, tidak berlaku perang, ada sumber kewangan, sihat untuk belajar, jiwa yg tenang... dan macam2 lagi.
Kita nampak betapa ramainya orang yg gagal dlm pelajaran, padahal mereka ingin untuk berjaya.
Ibu bapanya pun ingin anak2nya berjaya, dengan menghantar ke sekolah setiap hari dan hantar kelas tambahan.
Dibelikan macam2 buku latihan dan ubat kecerdasan otak. Dibacakan ya sin dan doa.
Siang malam mereka risaukan pelajaran anaknya.
Allah SWT berfirman:
ثُمَّ لَءَاتِيَنَّهُمْ مِّنۢ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمٰنِهِمْ وَعَنْ شَمَآئِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شٰكِرِينَ
"kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan, dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur."
(QS. Al-A'raf 7: Ayat 17)
Bijak kepala Iblis.. Dia tahu, jika orang tidak menjadi hamba yg bersyukur, maka dia sudah terbabas dari jalan yg lurus dan belok ke jalan kufur.
Sebagai orang2 yg mempunyai akal hati atau ulul albab, kita kena ajar diri kita supaya dapat menghargai bahawa segala nikmat adalah pemberian Allah.
Orang yg tidak hirau untuk menjadi orang2 yg berterima kasih kpd Allah, mereka tidak ambil peduli siapa yg memberi nikmat2 ini
Dia ambil sahaja nikmat itu.. tanpa sebarang renungan hati. Lepas itu dia mendirikan solat, tapi solat didirikan hanya untuk selamat di akhirat.
Di mana kesyukurannya kpd Allah kalau begitu? Sebab itu tidak hairanlah jika Allah firmankan : Sedikit sekali kamu bersyukur.
Percayalah.. jika kita berjaya menjadi hamba yg beriman dan banyak bersyukur kpd Allah, kita akan selamat di kemudian hari..
Hanya berusahalah untuk beriman, patuh kpd perintah2 Allah, dan perbanyakkan bersyukur.
Adakah ketika kita mahu menikmati makan dan minum, kita terlebih dahulu ingat bahawa itu adalah pemberian Allah, lalu kita berterima kasih kpd Nya ? Almarhum guru saya ada ajar ilmu ini.. dan mudah2an kita akan mampu melakukannya.
Adakah kita ingat bahawa pakaian yg kita pakai adalah pemberianNya? Lalu adakah kita ingat Dia ketika memakai pakaian ? Ini juga ada diajar oleh almarhum guru..
Ini semua kelihatannya spt perkara2 kecil.. Tetapi inilah ciri2 orang yg bersyukur.
Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا لُقْمٰنَ الْحِكْمَةَ أَنِ اشْكُرْ لِلَّهِ ۚ وَمَنْ يَشْكُرْ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِىٌّ حَمِيدٌ
"Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, yaitu, *Bersyukurlah kepada Allah! Dan barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri* dan *barang siapa kufur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji*"
(QS. Luqman 31: Ayat 12)
Ramai orang berpendapat, asalkan kita buat yg wajib, tinggalkan yg haram, maka kita sudah beribadat kpd Allah. Sudah beribadat berarti sudah bersyukur kerana ibadat itu tanda syukur.
Ini kesyukuran ialah dapat melihat kurnia Allah yg terhijab disebalik usaha manusia. Ia juga terhijab oleh sifat lupa, lalai.
Kerana itu kita perlukan akal hati ulul albab untuk dapat melihat dengan jelas akan kurnia2 Allah ke atas diri kita.
Kita juga perlukan latihan untuk selalu ingat kpd Nya.
Di dalam ayat berikut, Nabi Sulaiman as dengan akal hatinya dapat melihat bahawa segala kurnia Allah adalah ujian untuk melihat samaada baginda bersyukur atau tidak
Allah SWT berfirman:
قَالَ الَّذِى عِنْدَهُ ۥ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتٰبِ أَنَا۠ ءَاتِيكَ بِهِۦ قَبْلَ أَنْ يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرًّا عِنْدَهُ ۥ قَالَ هٰذَا مِنْ فَضْلِ رَبِّى لِيَبْلُوَنِىٓ ءَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَنْ شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِۦ ۖ وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّى غَنِىٌّ كَرِيمٌ
"Seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab berkata, Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip. *Maka ketika dia (Sulaiman) melihat singgasana itu terletak di hadapannya, dia pun berkata, Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mengujiku, apakah aku bersyukur atau kufur* . Barang siapa bersyukur, maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri, dan barang siapa kufur, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, Maha Mulia."
(QS. An-Naml 27: Ayat 40)
Nabi Sulaiman as adalah seorang Nabi dari keturunan bani Israil. Beliau diutuskan lebih kurang 500 tahun selepas Nabi Musa as dan 900 tahun sebelum Nabi Isa as.
Israil adalah nama manja nabi Yaakub. Putera nabi Yaakub ialah nabi Yusuf, Bunyamin dari 1 ibu, dan ramai lagi dari ibu yg seorang lagi.
Salah seorang adik beradik tirinya bernama Yahuza. Keturunannya ramai.. Maka keturunan nabi Yaakob yg di dalam al Qur'an dipanggil sebagai bani Israil telah juga digelar orang Yahudi kerana mengambil sempena nama Yahuza tadi.
Di dalam al Qur'an, Yahudi disebut : hudan, hadu spt di dalam ayat berikut
Allah SWT berfirman:
وَقَالُوا كُونُوا هُودًا أَوْ نَصٰرٰى تَهْتَدُوا ۗ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرٰهِـۧمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
"Dan mereka berkata, Jadilah kamu Yahudi atau Nasrani niscaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah, (Tidak!) Tetapi (kami mengikuti) agama Ibrahim yang lurus dan dia tidak termasuk golongan orang yang mempersekutukan Tuhan."
(QS. Al-Baqarah 2: Ayat 135)

Comments
Post a Comment